Sei sulla pagina 1di 5

SK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan

Be The Best

Minit Mesyuarat HEM Bil. 1/2017

Tarikh : 28 Disember 2016

Hari : Rabu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Konferensi Bestari

Kehadiran :

1. En. Jamaluddin B Mustafa (Guru Besar)


2. Pn. Wan Zarina Bt Wan Zahari (Pk Pentadbiran)
3. En. Mohamad Zafifi B Ansor (Pk Hal Ehwal Murid)
4. En. Mohd. Zulkhairi B Mansor (Pk Ko Kurikulum)
5. Pn. Adabiyatull Hilaliyah Bt Othman
6. Pn. Aliah Bt Suleiman
7. En. Asrul Sani B Anuar
8. En. Burhan B Ismail
9. Pn. Fadzilah Bt. Zakaria
10. Pn. Farihatun Alrasyidah Bt Imam Sarkowi
11. Pn. Hafizah Bt Hamzah
12. Pn. Haryani Bt Ibrahim
13. En. Isma Kamal B Ismail
14. Pn. Kala A/P Balakrishnan
15. Pn. Kaliamal A/P Letchumanan
16. En. Khairul Akmal B Abd Fatah
17. Pn. Lizawati Bt Adnan
18. En. Mohd Bakhtiar B Yacob
19. En. Mohd Hafiz B Ab Roni
20. En. Mohd Husnan B Muhammad Hassan
21. Pn. Noor Aini Bt Abdullah Halim
22. Pn. Nor Azian Bt Abdul Rashid
23. Pn. Noor Khairunnisa Bt Razali
24. Pn. Noor Khuzaimah Bt Khalid
25. Pn. Noor Radziah Bt Awang Kechik
26. Pn. Norazah Bt Ibrahim
27. Pn. Nur Farhana Bt Baharuddin
28. Pn. Nurzahidah Bt Ahmad
29. Pn. Rohilah Bt Hamzah
30. Pn. Salmah Bt Disa
31. Pn. Zaiton Bt Shamsuri
32. En. Soo Yi Jie
33. Pn. Suriyatina Bt Abdullah
34. Pn. Suzana Bt Hashim
35. Pn. Suzanawati Bt Idris
36. Pn. Teh Li Yeun
37. En. Teoh Peng Hai
38. Pn. Wan Zalila Bt Wan Husain
39. Pn. Zainurshima Bt Zainul Mukhtar
40. Pn. Siti NorAin Bt Mohd Hashim
41. Pn. Zauwifah Bt
42. En. Haidir B Saaduddin
43. Pn. Kong Woan Lee
44. Pn. Nurizati Bt Meor Ahmad

TIDAK HADIR :

1. Pn. Vasanthi A/P Murugan Cuti sakit


2. Pn. Zawiah bt Saari Cuti Sakit

Agenda mesyuarat :

1) Ucapan Pengerusi majlis


2) Nyanyian Lagu Rasmi
3) Bacaan Doa
4) Ucapan Guru Besar
5) Pengesahan Minit Mesyuarat
6) Perbincangan Maklum Balas
7) Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

1.0 UCAPAN PENDAHULUAN GURU BESAR (EN. JAMALUDDIN BIN MUSTAFA)


1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru dalam mesyuarat kali ini.
1.2 Guru Besar menerangkan tentang dasar pembangunan sekolah dan perancangan
strategik yang mana setiap panitia harus mendapatkan maklumat dapatan pada PK Koku
(En. Mohamad Zulkhairi b. Mansor).
1.3 Beliau juga menerangkan tentang Amalan Polisi 3K yang mengandungi 6 item
penting yang harus diamalkan.
1.3.1 Ketetapan Pelaksanaa HEM.
1.3.2 Pengurusan Disiplin
1.3.3 Pengurusan Keselamatan
1.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid
1.3.5 Pengurusann Bantuan Murid
1.3.6 Pengurusan Bimbingan & Kaunseling
1.6 Guru Besar juga berharap apa yang akan dibentangkan oleh PK HEM dapat diterima
dengan hati yang terbuka. Jika terdapat sebarang masalah boleh dirunding dengan
sebaiknya.

2.0 UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (EN. MOHAMAD ZAFIFI BIN ANSOR)
2.1 PK HEM menerangkan tentang fungsi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid yang harus
diketahui oleh semua warga sekolah.
2.1.1 Menetapkan dasar pelaksanaan hal ehwal murid.

Tindakan : Semua S/U Unit HEM

2.1.2 Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.


Tindakan : Semua S/U Unit HEM

2.1.3 Melibatkan Guru Besar, semua Guru Penolong Kanan, dan semua
guru.
Tindakan : Semua S/U Unit HEM

2.1.4 Menyediakan belanjawan tahunan bidang HEM.


2.1.5 Merancang program, projek dan aktiviti HEM selaras dengan strategik
sekolah.
Tindakan : Semua S/U Unit HEM

2.1.6 Memantau, menilai keberkesanan program, projek dan aktiviti HEM


serta melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan
aktiviti HEM.
2.2 PK HEM juga menerangkan tentang enrolmen murid bagi tahun 2017 setakat ini
ialah seramai 566 orang murid.
Makluman : Semua guru
2.3 Beliau memberitahu bahawa Skor SKPM yang paling baik adalah skor 4 (SKPM
2013) dan skor yang paling maksimum adalah skor 6 (SKPM 2010). (rujuk
lampiran).
Tindakan : Semua guru
2.4 PK HEM juga menyatakan bahawa peratus kehadiran murid bagi skor 4 ialah
98%-100% manakala peratus kehadiran murid sekolah ini bagi tahun 2016 ialah
93.3% iaitu masih berada pada tahap Skor 1.
Tindakan : Guru kelas
2.5 PK Hem juga mengingatkan kepada semua guru agar mengisi setiap amalan baik
murid di dalam pengisian online. Tindakan : Semua guru

3.0 UCAPAN GURU BIMBINGAN & KAUNSELING (Pn. Lizawati bt Adnan)


3.1 Pn. Lizawati memperkenalkan ahli jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling
bagi tahun 2017.
Makluman : Semua guru
3.2 Beliau juga menerangkan tentang dasar-dasar dan fungsi Unit Bimbingan &
Kaunseling sekolah dan pelaksanaannya merangkumi semua guru dan murid.
Makluman : Semua guru
3.3 Beliau juga mengharapkan program Guru Penyayang dapat diteruskan dan
ditambah baik pada setiap tahun.
Tindakan : Semua guru
3.4 Pn. Lizawati memohon kerjasama semua guru untuk sama-sama mendisiplinkan
murid dan saling bekerjasana dalam melaksanakan program-program di bawah
Unit Bimbingan & Kaunseling.
Tindakan : Semua guru melalui
rekod disiplin dan SSDM

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Pn. Wan Zalila bt Wan Hussain mencadangkan agar menyelaraskan peraturan
kelas dan adab belajar kepada semua kelas.
Tindakan : S/U HEM
4.2 Pn. Noor Aini bt Abdullah Halim mencadangkan bacaan surah Toha pada setiap
pagi sebelum memulakan PdP sebagai ikhtiar untuk melembutkan hati semua
murid.
Tindakan : Guru bertugas
5.0 HAL- HAL LAIN

5.1 Penggunaan buku salah laku murid dalam kelas perlu digunakan secara
terancang.

Tindakan : S/U Unit Disiplin

5.2 Segala tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan mengikut PDCA (Plan, Do,
Check, Action).

Makluman : Semua guru

5.3 Pengerusi berharap jawatankuasa unit- unit perlu menjalankan tugas dengan
penuh tanggungjawab demi untuk kesempurnaan dan keharmonian sekolah.

Makluman : J/K Unit-Unit HEM

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN (GURU BESAR)

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________________ _____________________
(FARIHATUN ALRASYIDAH BT IMAM SARKOWI) (MOHAMAD ZAFIFI B. ANSOR )
Setiausaha HEM Penolong Kanan HEM

Disahkan Oleh,

___________________________

(JAMALUDDIN B. MUSTAFA)

Guru Besar

Potrebbero piacerti anche