Sei sulla pagina 1di 1

Laporan Hari Sukan Sekolah

LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 3

Pada 23 Januari 2013,Sekolah Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan sukan tahunan


sekolah.Hari sukan bermula pada pukul 8:00 pagi.Hari sukan diadakan di Padang Sekolah
Kebangsaan Besout 3 yang terletak di belakang sekolah.

Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur mengikut rumah masing-masing
untuk masuk ke padang.Kami berkawat kaki mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk
menerima tabik kehormatan oleh murid-murid.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Kemudian
Pengerusi PIBG dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.

Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara
100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali
turut dipertandingkan.

Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli
Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua
pemanang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada pemenang.

Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari
tersebut. Johan ialah Rumah Kuning, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah
Kuning mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah
Kuning,manakala olahragawan ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah Kuning.

Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada 26
Januari.Sebelum pulang,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru Besar juga
mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.

Disediakan oleh, 28 JANUARI 2010

(SUBUH BIN ZUHUR)

Setiausaha sukan,

Sekolah Kebangsaan Besout 3.

Potrebbero piacerti anche