Sei sulla pagina 1di 6

LAPORAN

HARI KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BOYAN
2017

Nama Program

HARI KOKURIKULUM 2017

Tarikh

11 NOVEMBER 2017 SABTU

Tempat

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BOYAN

Objektif Program

Meningkatkan kebolehan, kemahiran dan bakat murid.


Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan dalam diri murid-murid.
Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan
murid.
Guru dapat mengenal pasti murid yang berpontensi dan berbakat dalam bidang sukan.
Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani,
emosi dan intelektual.
Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi
arahan.

Rasional
Hari Kokurikulum 2017 SK Kampung Boyan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan
murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai
insan yang seimbang dan harmonis. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam
acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

Kumpulan sasaran

SEMUA MURID TAHUN 3, 4, 5 DAN 6

Senarai Aktiviti

Terdapat 3 aktiviti yang telah dipertandingkan sepanjang sambutan bulan kebangsan. Ia telah disusun
dan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dengan jayanya. Ini semua adalah hasil daripada
kerjasama dan penglibatan aktif murid-murid dan guru-guru. Diantara aktiviti yang telah dipertandingkan
adalah seperti berikut :-

Bil Pertandingan
1 PERTANDINGAN KHEMAH & GAJET
2 IKHTIAR HIDUP
3 BANTU MULA

Penilaian Program

Bil Pertandingan Skor Bilangan Peserta


1 PERTANDINGAN KHEMAH &
MARKAH TERTINGGI KUMPULAN
GAJET
2 IKHTIAR HIDUP MARKAH TERTINGGI KUMPULAN
3 BANTU MULA MARKAH TERTINGGI KUMPULAN

Pada awalnya pertandingan diadili mengikut markah tertinggi setiap pertandingan. Apabila
terdapat beberapa kumpulan mendapat markah yang seri, corak skor berubah kepada markah
purata yang dikumpul oleh setiap kumpulan. Hanya 9 kumpulan dari 12 kumpulan yang
bertanding memperolehi hadiah.

Senarai Pemenang

Tempat 1 : Kumpulan 8
Tempat 2 : Kumpulan 5

Tempat 3 : Kumpulan 4

Tempat 4 : Kumpulan 12

Tempat 5 : Kumpulan 10

Tempat 6 : Kumpulan 1

Tempat 7 : Kumpulan 2

Tempat 8 : Kumpulan 11

Tempat 9 : Kupulan 6

Kekuatan

1. Sokongan dari pihak pentadbir.

2. Kerjasama dari semua guru dan murid.

3. Aktiviti dapat dijalankan dengan baik.

Kelemahan Program

1. Kehadiran murid yang sepatutnya 158 orang tidak mencapai tahap. Yang hadir cuma 107
orang sahaja. Penyebab ketidak hadiran ialah program dilaksanakan pada hari Sabtu.

2. Tidak semua guru terlibat dengan program kerana 6 orang guru membawa murid untuk
program Darmawisata dan 5 orang guru terlibat dengan Program Asyura.

2. Makanan murid untuk tengah hari tidak setanding dengan nilai RM6.00. Pihak
pengurusan kantin hanya menyediakan nasi putih, ayam masak merah dan jelatah.Pihak
jawatankuasa makanan murid harus peka dengan penetapan menu.

3. Tidak semua kumpulan yang bertanding mendapat hadiah.

Cadangan Penambahbaikan.
1. Pelaksanaan program yang sesuai dengan hari dan waktu supaya semua murid dapat
melibatkan diri tanpa pengecualian.

2. Penglibatan guru-guru yang optimum dalam aktiviti yang dijalankan tanpa ada aktiviti
lain berlangsung di sekolah. Perancangan awal setiap program harus disusun dengan teliti
supaya tiada pertindihan dan penundaan aktiviti dan program.

3. Jawatankuasa makanan murid perlu menetapkan menu dengan lebih terperinci supaya
setanding dengan harga.

4. Hadiah untuk pertandingan seharusnya merangkumi semua kumpulan yang menyertai


pertandingan. Kurangkan nilai hadiah bagi yang mendapat 5 tempat tertinggi.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

NOR FAIEZA BT MOHD FAZLI EN AHZIZUL ANUAR B MOHD NORDIN


Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum
Unit Kokurikulum SK Kampung Boyan
SK Kampung Boyan

LAPORAN BERGAMBAR
Hiasan backdrop. Bantu mula - Balutan Kepala

Bantu mula - Balutan kaki dan tangan Ikhtiar hidup - masak nasi dan telur

Ikhtiar hidup - Diajar memasak nasi Ikhtiar hidup - pergerakan murid dipantau oleh guru

Gajet - penerangan & tunjuk ajar dari guru Gajet - murid melaksanakan
Gajet - guru menghakimi hasil murid Gejet - hasil murid dipamerkan

Larian komando - halangan 1 Larian komando - halangan 2

Larian komando - halangan 4


Larian komando - halangan 3

Larian komando - murid melalui kesemua halangan Majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh
dengan membawa bersama harta yang perlu dijaga Mantan Guru Besar

Potrebbero piacerti anche