Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG

MINIT MESYUARAT PANITIA KESENIAN BIL 1 / TAHUN 2017

Tarikh : 19 Januari 2017

Masa : 1.40 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Permatang

Pengerusi :

Kehadiran : 1. En. Zaidi Bin Hassan (Penolong Kanan Kurikulum)


2. Cik Farhana Atiqah Binti Hj. Ahmad Radzuan
(Ketua Panitia Kesenian)
3. Pn. Nor Fazni Binti Ibrahim
4. En. Supardi Bin Syafie
5. Pn. Saripah Binti Yusof
6. Pn. Rosnah Binti Sirat (Setiausaha Panitia Kesenian)

Hadir Bersama (Jika ada) : TIADA

Tidak Hadir : TIADA

Urus Setia/Setiausaha : Pn. Rosnah Binti Sirat

1 PERUTUSAN PENGERUSI (CIK FARHANA ATIQAH BINTI HJ. AHMAD


RADZUAN)

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Panitia Kesenian kali


pertama untuk sesi 2017.
Tindakan: Pengerusi

2 UCAPAN PENASIHAT (EN. ZAIDI BIN HASSAN)

2.1 En. Zaidi Bin Hassan mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk
hadir bersama dalam mesyuarat kali pertama.
2.2 Beliau memesan kepada semua guru supaya tidak menganggap matapelajaran
Pendidikan Seni sebagai matapelajaran sampingan tetapi ia merupakan salah
satu matapelajaran yang penting dalam pembentukan kognitif murid.
2.3 Beliau juga mengingatkan agar semua guru berbincang untuk mengemukakan
pendapat tentang keperluan barangan Pendidikan Seni yang perlu dibeli pada
tahun 2017.
Tindakan: Semua ahli
3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1. Minit Mesyuarat Bil 3/2016 dicadangkan pengesahannya oleh En. Zaidi Bin
Hassan selaku Penolong Kanan Kurikulum disokong sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.

Tindakan: Semua ahli


4 PERKARA BERBANGKIT:
4.1. Perkara 4.1 pada minit Bil 3/ 2016 lampiran 1 : Post Mortem PAT

Terdapat kekuatan dan kelemahan dalam Post Mortem PAT. Dari segi
kekuatan, murid diberi soalan peperiksaan seminggu sebelum ujian bagi
memeastikan murid dapat membuat persediaan sebelum peperiksaan
berlangsung, soalan yang diajukan adalah berdasarkan silibus Rancangan
Pengajaran Tahunan dan penilaian yang diberi oleh guru adalah berdasarkan
aspek seni bahasa. Namun, terdapat kelemahan iaitu murid malas berusaha
mendapatkan idea sendiri dan tidak membawa bahan seperti mana yang diminta
dalam soalan peperiksaan serta bersikap sambil lewa semasa menjawab soalan
terutamanya murid tahap 2.

Segala kelemahan akan cuba ditangani oleh guru-guru PSV dan Kesenian.

Tindakan: Semua ahli

5 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

5.1 Kurikulum
5.1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan
Semua guru PSV perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan
perlu mengajar mengikut silibus yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran
Tahunan tersebut.
Tindakan: Semua ahli

5.1.2 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Offline


Semua guru PSV harus menjalankan penilaian PBS kepada murid-murid KSSR
dari darjah 1 hingga 6 secara offline iaitu pada bulan April dan Oktober. Guru
juga perlu mencetak Rekod Perkembangan Murid dan perlu ditampal pada
bahagian belakang buku rancangan mengajar. Sebagai rujukan berkaitan
penilaian PBS, guru boleh merujuk Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid. Setiap penilaian perlu disemak oleh Ketua Panitia setiap 3 bulan.

Tindakan: Semua ahli

5.1.3 Kualiti PKSR PSV dan Kesenian


Semua guru PSV dan Kesenian perlu berganding bahu untuk meningkatkan
kualiti PKSR bagi mata pelajaran PSV dan Kesenian dengan mengadakan
aktiviti melukis dan mewarna poster. Selain itu, murid perlu diberi pendedahan
secara berterusan dalam aktiviti mengolah, melukis dan mewarna setiap kali
kelas PSV berlangsung.

Tindakan: Semua ahli

6 HAL-HAL LAIN

6.1 Alat dan bahan untuk PdP


Setiap guru diminta menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk
PdP bagi memudahkan Ketua Panitia untuk membeli barangan tersebut
melalui duit yang disediakan.
Tindakan: Makluman

6.2 Minggu Panitia PSV peringkat akan diadakan pada bulan Ogos bersama Bulan
Kemerdekaan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ialah

6.2.1 Mewarna poster kemerdekaan


6.3.1 Melukis poster kemerdekaan
6.3.2 Mewarna poster sempena Minggu Pencegahan Dadah
6.3.4 Melukis poster sempena Minggu Pencegahan Dadah

Tindakan: Makluman
7 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

....................................................
(PN. ROSNAH BINTI SIRAT)
Setiausaha
Panitia Kesenian SK Permatang.

Disemak oleh,

....................................................
(_________________________________)
Ketua Panitia,
Panitia Kesenian SK Permatang.

Disahkan oleh,

....................................................
(EN. SU MUSA BIN JOHOR)
Guru Besar SK Permatang.

Potrebbero piacerti anche