Sei sulla pagina 1di 5

LAPORAN

PROGRAM BULAN KEBANGSAAN


2017

Nama Program

Program Bulan Kebangsaan 2017.

Objektif Program

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat
membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas jasa-
jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema
sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional
daripada luput ditelan zaman.

Rasional

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi


memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Kampung Boyan serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep
dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha
meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya dapat
mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Kampung Boyan secara menyeluruh. Selain
itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK
Kampung Boyan di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara
sekolah dan daerah.
Kumpulan sasaran

Semua murid SK Kampung Boyan

Senarai Aktiviti

Banyak aktiviti yang telah dipertandingkan sepanjang sambutan bulan kebangsan. Ia telah
disusun dan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dengan jayanya. Ini semua adalah
hasil daripada kerjasama dan penglibatan aktif murid-murid dan guru-guru. Diantara aktiviti
yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut :-

BIL AKTIVITI

1 PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

2 PERTANDINGAN MENGHIAS KELAS

3 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER DAN LOGO

4 KUIZ

5 TAYANGAN VIDEO

6 PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK

7 PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

8 PERTANDINGAN MEWARNA

9 PERHIMPUNAN HARI MALAYSIA DAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN.

Penilaian Program

Kekuatan

1. Sokongan dari pihak pentadbir.

2. Kerjasama dari semua guru dan murid.

3. Kerjasama dapat dijalankan dengan baik.


Kelemahan Program

1. Sesetengah program tertunda dari perancangan kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

2. Murid tahun 6 tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti kerana memberi tumpuan untuk
persediaan UPSR.

Cadangan Penambahbaikan.

1. Pelaksanaan tempoh program yang sesuai supaya murid tahun 6 dapat merasai bersama-
sama kemeriahan sambutan ini.

2. Penglibatan menyeluruh murid-murid, guru-guru dan ibubapa perlu ditingkatkan dalam


aktiviti yang dijalankan supaya penghayatan bulan kebangsan lebih dirasai.

3. Perlu juga dilaksanakan Lawatan Sambil Belajar ke tapak tinggalan sejarah di dalam
negeri contohnya Pasir Salak, Kota Ngah Ibrahim, Museum Negeri, dan Tugu Peringatan
Prajurit Perang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

NOR FAIEZA BT MOHD FAZLI EN AHZIZUL ANUAR B MOHD NORDIN


Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum
Unit Kokurikulum SK Kampung Boyan
SK Kampung Boyan
LAPORAN BERGAMBAR

PELANCARAN PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA

PENYAMPAIAN HADIAH MURID PENYAMPAIAN HARIAH MURID


PERDANA PENDIDIKAN KHAS

HADIAH PENYERTAAN GURU HADIAH PENYERTAAN STAFF

Potrebbero piacerti anche