Sei sulla pagina 1di 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI 2/2017

Tarikh : 24 Mei 2017


Hari : Khamis
Masa : 1:30 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Kubong.

KEHADIRAN
1. En.Sanggah Janggu (Guru Besar)
2. En. Dahlan bin Salleh ( PK Pentadbiran)
3. Pn. Rosidah Binti Bardi (PK Hem)
4. Azri Bin Nadzir (Ketua Panitia)
5. Adam Amirul bin Zakaria (Setiausaha)
6. Pn Noordiana Binti Abu Bakar
7. En. Dahlan Jurut
8. Pn. Lilly Anak Daud
9. Pn. Nooradillah binti Ibrahim
10. En. Ahmad Tarmizi binti Awang Lah

Agenda 1 : Kata-kata Aluan Ketua Panitia (En. Azri bin Nadzir)

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. Mengucapkan terima
kasih kepada semua guru Bahasa Melayu di atas kehadiran mereka ke mesyuarat kali ini.

1.2 KP berharap mesyuarat kali kedua 2017 akan memantapkan lagi kecemerlangan panitia
Bahasa Melayu SK Kubong.

1.3 KP mengingatkan semula pesanan daripada Guru Besar semasa mesyuarat kurikulum kali
kedua.

-Dapatan daripada pemantauan En. Sanggah terhadap Fail RPH guru-guru bahasa Melayu.

- Beliau meminta semua guru hafal visi dan misi sekolah. Visi dan misi sekolah
hendaklah dipamerkan dan dilekatkan dalam buku rancangan mengajar serta kelas.
- Mesyuarat panitia hendaklah dipengerusikan oleh Ketua panitia sebanyak empat kali
setahun.
- Mesyuarat panitia perlu dilakukan ikut takwim yang telah dirancang.
- Minit mesyuarat hendaklah berformat seperti di dalam lampiran.
- Borang maklum balas minit mesyuarat yang dilampirkan yang telah diedarkan dalam
Mesyuarat kurikulum. Diminta guru-guru mengisinya untuk tindakan susulan.
- Sistem tafsiran peperiksaan mesti ada pengesahan perlu mempunyai JSU bagi
memudahkan guru-guru menghasilkan soalan-soalan yang bersesuaian dengan tahap
perkembangan prestasi murid-murid.
- Failkan soalan-soalan peperiksaan dalam fail koleksi soalan sementara soalan yang
belum digunakan hendaklah disimpan dalam fail bank soalan.
- Fail rekod mengajar mestilah kemas dan bersih kerana lambang peribadi guru dan perlu
sentiasa dikemas kini maklumat-maklumat terkini.
- Hasil pemantauan juga , GB mengucapkan tahniah kepada guru-guru terutamanya guru
bahasa Melayu kerana kekemasan fail RPH mereka.
- Semua guru mesti tahu maksud dan tujuan KSSR.
- Kursus dalaman hendaklah diberikan kepada rakan-rakan guru yang lain selepas guru
guru selesai kursus di luar sekolah.
- Guru hendaklah kenal pasti head count pencapaian murid-murid dengan ETR.
Kenal pasti juga masalah murid-murid dan sedia tindakan atau intervensi untuk
meningkatkan tahap penguasaan murid.
- Lihat semula rancangan panitia sama ada dilaksanakan atau tidak mengikut takwim
yang telah dirancang.

Tindakan: Ketua panitia dan semua guru BM

Agenda 2: Ucapan Pen .Kanan 1 (En. Dahlan bin Salleh)

- Penasihat berharap panitia memberi penekanan ulasan yang lebih terperinci dalam post
mortem setiap peperiksaan.
- Nyatakan bagaimana guru mengambil tindakan untuk mengatasi tindakan apa sahaja
program yang dirancang sama ada tercapai atau tidak.
- Setiap program mega perlu ada dokumentasi.
- Fail-fail panitia hendaklah dikemas kini dan surat-surat berkaitan panitia hendaklah
disimpan dalam fail panitia.
- MBI dan MBM akan dipantau dan tarikh belum ditetapkan dan berharap guru-guru sentiasa
bersedia.
- Penasihat berharap panitia membincangkan fokus utama apa perancangan panitia yang
telah dirancang dan akan dibuat pada masa akan datang.
- Dasar latihan minimum telah dipatuhi dalam kelas yang diajar mengikut kemampuan murid.
- Penasihat juga menyatakan agar panitia dapat melaksanakan perancangan dan mengkaji
keberkesanan program yang telah dirancangkan.
- Penasihat juga menyatakan pemantauan terhadap buku latihan murid serta meminta guru
menghantar buku latihan murid .
- Penasihat juga berharap agar pencapaian murid tercapai sepertimana yang disasarkan
terutama dalam UPSR.
- Guru-guru tahun 1 diharap dapat mengukuhkan lagi pembacaan terhadap murid tahun 1.

Tindakan: Semua guru BM


Agenda 3: Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3.1 Minit mesyuarat telah dicadangkan untuk disahkan oleh En. Dahlan Jurut dan disokong oleh
Pn. Noordiana binti Abu Bakar.

Tindakan: Makluman

Agenda 4: Perkara Berbangkit

4.1 Tiada perkara berbangkit


Tindakan : Makluman

Agenda 5: Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017

5.1 KP membacakan analisis peperiksaan pertengahan tahun dan meminta semua guru BM
membuat post mortem.

Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 (Pemahaman)

Tahun Jumlah Murid Pencapaian Murid dalam


Peperiksaan Pertengahan % %
Tahun A+B+C+D E
A B C D E
Tahun 6 8 2 4 1 - 1
Tahun 5 6 1 3 1 - 1
Tahun 4 10
Tahun 3 10
Tahun 2 10
Tahun 1 7

Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 BM (Penulisan)

Tahun Jumlah Murid Pencapaian Murid dalam


Peperiksaan Pertengahan % %
Tahun A+B+C+D E
A B C D E
Tahun 6 8 - 2 3 2 1
Tahun 5 6 - - 2 1 3
Tahun 4 10
Tahun 3 10
Tahun 2 9
Tahun 1 7

5.2 KP mengingatkan semua guru BM menyediakan soalan secara mengikut topik agar murid dapat
memahami kehendak soalan pada ujian-ujian akan datang.
5.3 KP menyarankan guru-guru untuk sering berbincang sesama sendiri bagi mencari langkah-langkah
yang perlu bagi mengatasi masalah murid yang lemah terutama dalam Bahasa Melayu Penulisan.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu


Agenda 6: Laporan Program Khas PROTIM/LINUS/PEMULIHAN/NILAM/LDP

6.1 Program Linus

- Pn. Noordinan memaklumkan bahawa setakat ini murid sahaja yang terlibat
dengan Linus .Murid tersebut masuk ke kelas pemulihan tetapi diajar ikut Linus. Murid-murid tahun
1 telah menjalani saringan lisan Numerasi dan Literasi dan untuk Lisan semua murid telah lulus.

6.2 Pemulihan
- Pn. Noordinan memaklumkan setakat ini murid tahun 2 hanya seorang ditempatkan kelas pemulihan.
Untuk program Linus tahun 1 , seramai 8 orang telah dihantar pada awal bulan Julai atas
permintaan guru Linus untuk tempoh cubaan selama sebulan.

6.3 Nilam
- Pn. Nooradillah memaklumkan data Nilam telah dikemaskinikan dan difailkan. Beliau juga
memaklumkan murid-murid boleh masuk ke pusat sumbar seperti biasa. Guru-guru juga diminta untuk
merekodkan waktu masuk ke pusat sumber dan tujuan berada di sana.

Tindakan: Makluman
Agenda 7: Hal-hal Lain

7.1 KP memaklumkan bahawa bengkel cara-cara memeriksa kertas Bahasa Melayu (Penulisan) akan
diadakan sehingga diberitahu tarikh.
7.2 Ujian Percubaan satu UPSR akan diadakan selepas hari Raya Aidilfitri dan akan diberitahu tarikhnya
kemudian. Soalan akan disediakan oleh PPD. Guru tahun 6 juga diminta membuat analisa seperti biasa
selepas ujian dijalankan dan direkodkan dalam fail.

Tindakan: Makluman

Penutup
Akhir sekali KP mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru dalam menjayakan
mesyuarat kali kedua ini. Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah An-Asr

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh;

.
(En Azri bin Nadzir)
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SK. Kubong, Limbang .

Disahkan oleh;
.....................
(En. Dahlan Salleh)
PK Pentadbiran,
SK Kubong, Limbang.