Sei sulla pagina 1di 6

Cara Menjahit dress leher ala kimono

Cara Menjahit dress leher ala kimono

Salam syawal yang ke 12... Hari ni saya nak kongsi cara menjahit dress leher ala kimono. Sebenarnya saya tak tahu nak
panggil baju ni nama apa. Long dress agaknya atau maxi. Gambar atas tu baju customer. Saya ikut contoh tu aje.

Ini bahagian kain yang sudah saya potong. Bahagian belakang (tak putus). Bahagian depan putus bawah dada.
Bahagian kecil tu tangan.

Mula2 jahit bahagian bahu (sambung bahu)


Jahit kolar tadi di leher baju. Sorry, kain untuk kolar tu saya lupa ambil gambarnya.

Lepas tu jahit tepi

leher yang sudah dipasang. Gambar bahagian dalam baju


bahgian luar baju

Iron bagi kemas bahagian luar tu.

potong lebihan leher tu dan tindih kemas2. Jahit tepi bahagian bawahnya.
Buat lipatan kecil di bawah tindihan lapik leher tu. Tak buat pun tak apa tapi saya ikut baju contoh apa yang ada dibaju tu,
kenalah saya ikut saja.

Sambung bahagian atas dan bawah baju tu. Lepas tu Jahit tepi.

Ini sudah siap bersambung. Lipatan tak berapa jelas.


Lepas tu bolehlah sambung bahagian tepi baju (kiri kanan) dan pasang tangan.

Jahit lengan

Tangan yang sudah bersambung dengan badan baju

Cara Menjahit dress leher ala kimono


Ok siap sudah. Selamat mencuba kawan2 yang nak jahit baju macam ni. Kalau nak share di page korang, silakan...
sama2 kita kongsi ilmu yang tak seberapa ini.