Sei sulla pagina 1di 17

TERHAD

GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN


BEKALAN MAKANAN BERMASAK / KEBERSIHAN BANGUNAN & KAWASAN /
KAWALAN KESELAMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP)/
Bahagian/ Institusi Induk/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Institusi
Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai
tatacara penilaian prestasi kontraktor bagi kontrak-kontrak Perkhidmatan
Kawalan Keselamatan (PKK), Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan
Bekalan Makanan Bermasak (BMB). Garis panduan ini merupakan Prosedur
Operasi Standard (Standard Operating Procedure (SOP)) yang perlu dipatuhi
oleh semua JPN/ Bahagian/ Institusi Induk/ PPD/ Institusi Pendidikan di
bawah KPM.

2. TAFSIRAN

Bagi tujuan garis panduan ini:

2.1 Bahagian ertinya Bahagian Matrikulasi, Bahagian Sukan (BS).


Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) dan Bahagian yang
mempunyai Pusat Tanggungjawab di bawahnya yang menguruskan
kontrak-kontrak PKK, KBK dan BMB.

2.2 Institusi Induk ertinya Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk dan Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Induk.

2.3 Institusi Pendidikan ertinya Kolej Matrikulasi, Sekolah Sukan


Malaysia, Sekolah Seni Malaysia, Institut Aminuddin Baki (IAB)
Cawangan dan Institut Pendidikan Guru (Kampus).

1
TERHAD

2.4 Ketua Jabatan ertinya Pengarah JPN, Pengarah Bahagian,


Setiausaha Bahagian, Pengarah IAB Induk dan Rektor IPGM.

2.5 Timbalan Ketua Jabatan ertinya Timbalan Pengarah JPN, Timbalan


Pengarah Bahagian, Timbalan Setiausaha Bahagian, Timbalan
Pengarah IAB Induk dan Timbalan Rektor IPGM.

3. LATAR BELAKANG

3.1 Jabatan Audit Negara melalui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
Tahun 2012 dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) telah
membuat teguran mengenai kelemahan dalam pemantauan prestasi
kontraktor di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.2 Bagi memastikan teguran Ketua Audit Negara dan PAC tidak berulang,
pihak KPM telah mengambil langkah-langkah penambahbaikan
dengan mengemaskini garis panduan sedia ada bagi membolehkan
keseluruhan organisasi di bawah KPM memahami tatacara
pemantauan prestasi kontraktor di KPM.

3.3 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Garis


Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor Perkhidmatan (Bekalan
Makanan Bermasak/ Kebersihan Bangunan & Kawasan/ Kawalan
Keselamatan) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat
bertarikh 8 Januari 2013. Garis Panduan ini telah menetapkan
kaedah/ instrumen penilaian prestasi kontraktor bagi ketiga-tiga
perkhidmatan di atas berdasarkan:

3.3.1 Borang Penilaian Prestasi Perkhidmatan.

3.3.2 Borang Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan.

2
TERHAD

3.3.3 Kehadiran kontraktor ke Mesyuarat Laporan Prestasi Kontraktor


Perkhidmatan KPM.

3.4 Sepanjang pelaksanaan Garis Panduan ini, KPM telah menerima


cadangan penambahbaikan daripada JPN/ Bahagian/ Institusi Induk/
PPD/ Institusi Pendidikan iaitu antaranya supaya KPM
mempertimbangkan untuk:

3.4.1 menggabungkan sebahagian elemen Borang Kaji Selidik


Kepuasan Pelanggan ke dalam Borang Prestasi Bulanan
perkhidmatan yang diisi oleh PPD/ Institusi Pendidikan dan
seterusnya menghapuskan penggunaan Borang Kaji Selidik
Kepuasan Pelanggan.

3.4.2 mengeluarkan elemen pemberian markah kepada kontraktor


berdasarkan kehadiran kontraktor ke Mesyuarat Laporan
Prestasi Kontraktor Perkhidmatan KPM.

3.4.3 Markah kadar responsif kontraktor yang pada asalnya dinilai


semasa kehadiran kontraktor ke Mesyuarat Laporan Prestasi
Kontraktor Perkhidmatan KPM dimasukkan ke dalam Borang
Prestasi Bulanan.

3.4.4 PPD/ Institusi Pendidikan hanya menggunakan satu (1) borang


sahaja berbanding dua (2) borang sebelum ini.

4. PELAKSANAAN

4.1 Panduan Am

4.1.1 Carta alir Pemantauan Prestasi Kontraktor Perkhidmatan KPM


adalah seperti di Lampiran 1.1.

3
TERHAD

4.1.2 Format Borang Prestasi Bulanan Kontraktor bagi peringkat PPD/


Institusi Pendidikan adalah seperti di Lampiran 1.2.

4.1.3 Format Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat


PPD/ Institusi Induk adalah seperti di Lampiran 1.3.

4.1.4 Format Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat


JPN/ Bahagian/ Institusi Induk adalah seperti di Lampiran 1.4.

4.1.5 Format Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi KPM adalah


seperti di Lampiran 1.5.

4.1.6 Skor Pemarkahan bagi kegunaan Institusi Pendidikan adalah


seperti di Lampiran 1.6.

4.2 Panduan pengisian Borang Prestasi Bulanan Kontraktor di Institusi


Pendidikan/ PPD

4.2.1 Borang Prestasi Bulanan hendaklah diisi dengan menggunakan


format seperti di Lampiran 1.2. Pemberian markah kepada
kontraktor perkhidmatan hendaklah berdasarkan pemerhatian
dan pertimbangan Ketua Jabatan/ Timbalan Ketua Jabatan
berdasarkan Skor Pemarkahan seperti dinyatakan pada
Lampiran 1.6.

4.2.2 Selain daripada pemberian markah terhadap kesempurnaan


kerja berdasarkan skop dan spesifikasi perkhidmatan, tahap
responsif kontraktor (responsiveness) hendaklah dinilai dan
diberi markah yang sewajarnya.

4
TERHAD

4.2.3 Dalam hal ini, PPD/ Institusi Pendidikan hendaklah sentiasa


berhubung dengan kontraktor dan mengarahkan kontraktor
melaksanakan tindakan penambahbaikan. Sekiranya tahap
responsif kontraktor adalah lemah iaitu kontraktor tidak
mengambil apa-apa tindakan atau mengemukakan maklum
balas terhadap aduan yang dikemukakan, markah yang
disyorkan adalah 1. Manakala sekiranya tahap responsif
kontraktor adalah Cemerlang iaitu kontraktor tidak pernah gagal
mengemukakan maklum balas/ tindakan penambahbaikan
dalam tempoh yang ditetapkan, maka markah yang disyorkan
adalah 5.

4.2.4 Selaras dengan Surat Arahan Pentadbiran Penguatkuasaan


Kontrak Perkhidmatan yang dikeluarkan pada 27 Mei 2015,
Ketua Jabatan/ Timbalan Ketua Jabatan PPD/ Institusi
Pendidikan hendaklah memastikan:

4.2.4.1 Borang Prestasi Bulanan diisi dan direkodkan pada


setiap 28 haribulan pada bulan perkhidmatan telah
dilaksanakan atau pada tarikh berikutnya sekiranya
28 haribulan tersebut jatuh pada cuti am, cuti umum
atau cuti perayaan.

4.2.4.2 Semua ruangan dalam Borang Prestasi Bulanan diisi


dengan lengkap.

4.2.4.3 Pegawai PPD/ Institusi Pendidikan sentiasa bersikap


profesional dan tiada elemen kasihan atau pilih kasih
dalam pemberian markah. Pemberian markah
hendaklah berdasarkan prestasi sebenar kontraktor
semasa menjalankan perkhidmatan.

5
TERHAD

4.3 Panduan Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat PPD/


Institusi Induk

4.3.1 PPD/ Institusi Induk hendaklah memantau prestasi kontraktor


secara bulanan. Walau bagaimanapun, bagi tujuan laporan
kepada JPN atau KPM, markah prestasi kontraktor hendaklah
dikumpulkan secara purata dengan mengikut format di
Lampiran 1.3. Kiraan purata tersebut hendaklah mengikut
tempoh yang ditetapkan seperti berikut:

4.3.1.1 Sekiranya kontraktor telah melaksanakan


perkhidmatan melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh
mula kontrak, markah prestasi hendaklah dikira
secara purata selama 6 bulan dari bulan terakhir
sebelum laporan kepada JPN atau KPM dikemukakan
sehingga 6 bulan ke belakang; atau

4.3.1.2 Sekiranya kontraktor melaksanakan perkhidmatan


kurang daripada tempoh 6 bulan dari tarikh mula
perkhidmatan, markah prestasi hendaklah dikira
secara purata selama tempoh perkhidmatan telah
dilaksanakan.

4.3.2 Bagi tujuan pembentangan prestasi kontraktor kepada peringkat


yang lebih tinggi dalam Mesyuarat Laporan Prestasi Kontraktor
Perkhidmatan KPM atau sekiranya KPM meminta maklumat
prestasi kontraktor untuk dibentangkan dalam Mesyuarat
Lembaga Perolehan KPM atau untuk tujuan penamatan kontrak,
Ketua Jabatan/ Timbalan Ketua Jabatan PPD/ Institusi Induk
hendaklah memastikan Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor
ini sentiasa ada dan dikemaskini apabila diminta.

6
TERHAD

4.3.3 Bagi kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan


Perkhidmatan Kebersihan Bangunan Kawasan yang
dilaksanakan mengikut zon, PPD/ Institusi Induk hendaklah
mendapatkan markah prestasi daripada setiap Institusi
Pendidikan dan mengira markah purata bagi setiap zon/
kontraktor.

4.3.4 PPD boleh meminta Institusi Pendidikan mengemukakan


Borang Prestasi Bulanan untuk dikepilkan bersama Borang
Pengesahan Kerja yang digunakan untuk tujuan pembayaran
bagi mendapatkan markah purata bagi setiap zon/ kontraktor.

4.4 Panduan Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat JPN/


Bahagian/ Institusi Induk

4.4.1 Laporan yang digunakan bagi peringkat JPN/ Bahagian/ Institusi


Induk adalah berdasarkan bilangan kontraktor yang mendapat
status prestasi Lemah, Tidak Memuaskan, Sederhana, Baik
ataupun Cemerlang mengikut PPD sepertimana skala yang
dinyatakan dalam Lampiran 1.3.

4.4.2 Laporan yang digunakan JPN/ Bahagian/ Institusi Induk


hendaklah menggunakan format seperti dalam Lampiran 1.4.

4.4.3 Ketua Jabatan/ Timbalan Ketua Jabatan JPN/ Bahagian/


Institusi Induk hendaklah mengambil tindakan pemantauan yang
rapi terhadap setiap kontraktor yang berprestasi Lemah, Tidak
Memuaskan dan Sederhana termasuklah mengambil tindakan
penamatan kontrak atau sebagainya berpandukan Buku
Panduan Pengurusan Kontrak Tahun 2015.

7
TERHAD

4.5 Panduan Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat KPM

4.5.1 Laporan yang digunakan bagi peringkat JPN adalah


berdasarkan bilangan kontraktor yang mendapat status prestasi
Lemah, Tidak Memuaskan, Sederhana, Baik ataupun
Cemerlang mengikut JPN/ Bahagian/ Institusi Induk.

4.5.2 Urus Setia pemantauan prestasi di KPM hendaklah


menggunakan format seperti dalam Lampiran 1.5.

4.6 Mesyuarat Laporan Prestasi Kontraktor Perkhidmatan KPM

4.6.1 Mesyuarat Laporan Prestasi Kontraktor Perkhidmatan KPM


hendaklah dilaksanakan sebanyak dua (2) kali setahun
mengikut peringkat berikut:

Peringkat/
Bil. Urusetia Ahli
Mesyuarat
i. Wakil Institusi Pendidikan yang
mempunyai kontraktor yang
berprestasi Lemah dan Tidak
Memuaskan sepertimana skala
yang ditetapkan dalam
PPD/ Institusi
1. Lampiran 1.3.
Induk
ii. Wakil kontraktor yang
berprestasi Lemah dan Tidak
Memuaskan dan berjawatan
Pengurus dan ke atas.
i. Wakil PPD/ Institusi
Pendidikan.
JPN/ Bahagian/
2. ii. Wakil kontraktor yang
Institusi Induk
berprestasi Lemah dan Tidak
Memuaskan dan berjawatan
Pengurus dan ke atas.
Bahagian
Perolehan dan Semua JPN/ Bahagian/ Institusi
3.
Pengurusan Aset, Induk
KPM

8
TERHAD

5. PEMAKAIAN

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama Perjanjian PKK, KBK dan
BMB yang dimeterai untuk premis berkenaan dan Buku Panduan Pengurusan
Kontrak Tahun 2015. Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor
Perkhidmatan (Bekalan Makanan Bermasak/ Kebersihan Bangunan &
Kawasan/ Kawalan Keselamatan) Kementerian Pendidikan Malaysia yang
dikeluarkan melalui surat bertarikh 8 Januari 2013 adalah dibatalkan.

6. TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ditandatangani. Semua


Ketua Jabatan JPN/ Bahagian/ Institusi Induk hendaklah memaklumkan dan
mengedarkan kepada PPD/ Institusi Pendidikan di bawah seliaan masing-
masing untuk mula menggunapakai Garis Panduan ini mengikut tarikh
kuatkuasa yang ditetapkan. Garis Panduan ini boleh dimuat turun melalui
laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my.

Sekian, terima kasih.

SEHATI SEJIWA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

TAN SRI DR. MADINAH MOHAMAD


Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tarikh:

9
Lampiran 1.1

CARTA ALIR GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK / KEBERSIHAN
BANGUNAN & KAWASAN / KAWALAN KESELAMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Mula

Institusi i. Sekolah mengisi Borang Prestasi Bulanan dengan menggunakan format


Pendidikan seperti di Lampiran 1.2
ii. Mengisi Borang Prestasi Bulanan pada setiap 28 haribulan pada bulan
perkhidmatan telah dilaksanakan atau pada tarikh berikutnya sekiranya
28 haribulan tersebut jatuh pada cuti am, cuti umum atau cuti perayaan.
iii. Borang Prestasi Bulanan hendaklah dikemukakan secara bersekali dengan
Borang Pengesahan Kerja yang digunakan untuk tujuan pembayaran.

PPD/ Bahagian/ i. PPD menerima Borang Prestasi Bulanan dan merekodkannya bersama
Institusi Induk prestasi perkhidmatan Institusi Pendidikan yang lain dalam zon yang sama
ii. PPD merekodkan markah prestasi purata dengan menggunakan format
seperti di Lampiran 1.3

JPN i. JPN menerima laporan prestasi daripada PPD dengan menggunakan


format seperti di Lampiran 1.4

KPM i. KPM menerima rumusan laporan prestasi daripada JPN/ Bahagian/ Institusi
Induk dengan menggunakan format seperti di Lampiran 1.5 pada setiap
28 haribulan (pada bulan berikutnya perkhidmatan telah dilaksanakan) atau
pada tarikh berikutnya sekiranya 28 haribulan tersebut jatuh pada cuti am,
cuti umum atau cuti perayaan
Lampiran 1.2
LAPORAN PRESTASI BULANAN
PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN

KOD DAN NAMA SEKOLAH/ INSTITUSI : ABA6060 SK KAMPUNG BOYAN


NAMA KONTRAKTOR : MHO STATION CENTRE
TEMPOH KONTRAK :
BULAN & TAHUN : Oktober 2016

Markah
Bil Perkara Dinilai Ulasan Catatan
Penilaian
A. KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN 1 Kes Salahlaku pekerja:
1. Tandas dan Bilik air 4 Ada Sila lampirkan dokumen sokongan
Bangunan/ Kawasan Sekolah/Asrama/ Kawasan
2. 4 Tiada
Sekolah/Asrama Keseluruhan /
3. Pelupusan sampah 5
2 Cadangan Pihak Sekolah :
4. Pemotongan di kawasan berumput 4 2.1 Perkhidmatan Diteruskan /
Kawasan sepanjang pagar, tebing parit, balapan,
5. 3 2.2 Perkhidmatan Ditamatkan
kolam titipan air dan longkang /parit
B. TANAMAN POKOK/POKOK BUNGA

6. Penyiraman / Pembajaan 4
(Ulasan)
7. Mencantas / Menggembur 3
C. BAHAN / PERALATAN
Kuantiti mencukupi seperti dinyatakan dalam
8. 5
perjanjian

9. Kualiti menepati seperti dinyatakan dalam perjanjian 5


D. PENGURUSAN PEKERJA

10. Kehadiran Pekerja 4

11. Ketepatan masa bertugas 3

12. Pematuhan Syarat pemilihan pekerja 5


Maklumbalas/ tindakan kontraktor terhadap
13. 4
teguran/laporan
F. TAHAP RESPONSIF KONTRAKTOR (RESPONSIVENESS)
14. Maklum balas terhadap teguran yang diberikan 4
Tindakan penambahbaikan terhadap aduan mengikut 4
15.
tempoh ditetapkan Nota: Ulasan hendalah selari dengan markah prestasi
JUMLAH KESELURUHAN 63 yang diberikan
PERATUS =
84 %
(JUMLAH KESELURUHAN/75)*100
Skala markah berdasarkan takrifan yang dinyatakan dalam Lampiran 1.6:
1 : Lemah 2 : Tidak Memuaskan 3 : Sederhana 4: Baik 5 : Cemerlang

Catatan : Seksyen 18, akta SPRM: "Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang agen, atau sebagai seorang agen dia menggunakan, dengan niat hendak
memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengan prinsipalnya itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk
mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa pernyataan yang palsu atau tidak lengkap tentang apa-apa butir
matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya."
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama Nama
KPT/PEK/ Guru Penolong Kanan Ketua Jabatan
Tarikh: Tarikh:
Lampiran 1.2
BORANG PRESTASI BULANAN
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN

KOD DAN NAMA SEKOLAH/ INSTITUSI : ABA6060 SK KAMPUNG BOYAN


NAMA KONTRAKTOR : WISE STAR
TEMPOH KONTRAK : 1 APRIL 2016 - 30 SEPTEMBER 2018
BULAN & TAHUN :
Okt 2016
Markah
Bil Perkara Dinilai Ulasan Catatan
Penilaian
A. KEHADIRAN 1. Kes Kehilangan Aset Kerajaan:
Jumlah pekerja yang dibekalkan seperti 5 Ada Sila lampirkan dokumen sokongan
1.
dalam dokumen perjanjian Tiada /
2.
Pematuhan masa bertugas 5
2. Kes Salahlaku Oleh Pengawal :
B. KAWALAN KELUAR/ MASUK ORANG AWAM Ada Sila lampirkan dokumen sokongan
Tiada
3. Buku Log Masuk 4 /

4. Pas Pelawat 4
3. Kes Pencerobohan/ Polis:
Ada Sila lampirkan dokumen sokongan
5. Kawalan Pagar/Palang Masuk 4
C. KAWALAN/ RONDAAN Tiada /
6. Rondaan mengikut jadual 4
4. Cadangan Pihak Sekolah :
7. Rondaan kawasan dan bangunan 4 /
4.1 Perkhidmatan Diteruskan
8.
Kawalan trafik di dalam kawasan premis 4
4.2 Perkhidmatan Ditamatkan
D. BAHAN/ PERALATAN (Ulasan)
Kuantiti mencukupi seperti dinyatakan
9.
dalam perjanjian 5
Kualiti menepati seperti dinyatakan
10.
dalam perjanjian 5
E. PENGURUSAN
Kerjasama/ hubungan (syarikat-
11.
pengguna) 5
12. Maklumbalas/ tindakan kontraktor
terhadap teguran/laporan 4
Kebersihan dan kekemasan diri & pondok
13. 4
pengawal keselamatan
14. Disiplin 4
F. TAHAP RESPONSIF KONTRAKTOR (RESPONSIVENESS)
Maklum balas terhadap teguran yang
15. 5
diberikan
Tindakan penambahbaikan terhadap Nota: Ulasan hendalah selari dengan
16. 5
aduan mengikut tempoh ditetapkan markah prestasi yang diberikan
JUMLAH KESELURUHAN
71
PERATUS =
(JUMLAH KESELURUHAN/80)*100 88.75%
Skala markah berdasarkan takrifan yang dinyatakan dalam Lampiran 1.6:
1 : Lemah 2 : Tidak Memuaskan 3 : Sederhana 4: Baik 5 : Cemerlang

Catatan : Seksyen 18, akta SPRM: "Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang agen, atau sebagai seorang agen dia menggunakan, dengan niat
hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengan prinsipalnya itu mempunyai kepentingan, dan yang dia
mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa pernyataan yang palsu atau
tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya."
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama Nama
KPT/PEK/ Guru Penolong Kanan Ketua Jabatan
Tarikh: Tarikh:
Lampiran 1.2
LAPORAN PRESTASI BULANAN
PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK

KOD DAN NAMA SEKOLAH / INSTITUSI :


NAMA KONTRAKTOR :
TEMPOH KONTRAK :
BULAN & TAHUN :

Markah
Bil Perkara Dinilai Perkara Kekerapan Tindakan
Penilaian
A. PENERIMAAN BAHAN MENTAH 1. Sajian lewat kali 1. Jumlah Notis Amaran* : kali
1. Kualiti bahan mentah basah
2. Sukatan / Saiz / Timbangan 2. Bekalan tidak dibuat langsung kali 2. Jumlah Denda dikenakan : kali
3. Kualiti bahan mentah kering
B. SAJIAN 3. Bekalan tidak ikut Borang Pesanan kali : RM
4. Kualiti sajian
5. Ketepatan masa sajian 4. Bekalan rendah mutu ( Bahan Mentah) kali 3. Pelanggaran Syarat Kontrak* : kali
6. Menepati menu
C. PENGURUSAN PEKERJA 5. Bekalan tidak cukup timbangan/ sukatan/ unit kali 4. Kes Keracunan* : kali
7. Kerjasama/Hubungan
8. Khidmat layanan 6. Sajian ditolak kerana rosak dan sebagainya kali 5. Cadangan Pihak Sekolah:
9. Kebersihan diri 5.1 Perkhidmatan Diteruskan
10. Etika Pemakaian Pengendalian Makanan 7. Kegagalan 5.2 Perkhidmatan Ditamatkan
D. PENGURUSAN PREMIS a. Mengganti bekalan yang ditolak kali (ulasan)
11. Peralatan b. Mencukupkan bekalan yang terkurang kali
12. Keseluruhan dapur c. Pematuhan menu kali
13. Dewan Makan
14. Stor bahan kering
15. Penyimpanan bahan pencuci/racun serangga
16. Longkang/Tong sampah/ sisa makanan
E. TAHAP RESPONSIF KONTRAKTOR (RESPONSIVENESS)
17. Maklum balas terhadap teguran yang diberikan

Tindakan penambahbaikan terhadap aduan Nota: Ulasan hendalah selari dengan


18.
mengikut tempoh ditetapkan markah prestasi yang diberikan
JUMLAH KESELURUHAN %
PERATUS =
(JUMLAH KESELURUHAN/90)*100
Skala markah berdasarkan takrifan yang dinyatakan dalam Lampiran 1.6:
1: Lemah 2: Tidak Memuaskan 3 :
Sederhana 4: Baik 5: Cemerlang
Ulasan Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar:

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama Nama
Penyelia Asrama Pengetua/Guru Besar
Tarikh: Tarikh:
Lampiran 1.3
RUMUSAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KONTRAKTOR PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN/ KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN/ PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK
BAGI TEMPOH BULAN ................ HINGGA BULAN .............. TAHUN ............

NAMA JPN / PPD :

Bulan Markah Purata 6


Bil. Nama Kontraktor Nama Zon Status Prestasi
Bulan
1 2 3 4 5 6

1 Teras Kasturi Enterprise 100.00 80.00 89.00 55.00 100.00 100.00 87.33 BAIK

2 0.00 LEMAH

3 0.00 LEMAH

4 0.00 LEMAH

5 0.00 LEMAH

6 0.00 LEMAH

7 0.00 LEMAH

8 0.00 LEMAH

9 0.00 LEMAH

10 0.00 LEMAH

SKALA : 0-39 40-59 60-79 80-89 90-100

TIDAK
STATUS PRESTASI : LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG
MEMUASKAN

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama Nama
PT PE/ PEK / KPT
Tarikh: Tarikh:
Lampiran 1.4
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (Contoh : Johor)

LAPORAN PENILAIAN SETENGAH TAHUN PRESTASI KONTRAKTOR . BAGI BULAN DISEMBER HINGGA MEI / JUN HINGGA NOVEMBER TAHUN .

Bilangan Syarikat
Prestasi Jumlah
Bil. PPD Prestasi Prestasi Prestasi
% Tidak % % Prestasi Baik % % Syarikat
Lemah Sederhana Cemerlang
Memuaskan
1 PPD1 2 40 0 0 0 0 2 40 1 20 5
2 PPD2 0 0 3 50 0 0 2 33.3 1 16.7 6
3 PPD3 1 33.3 0 0 0 0 1 33.3 1 33.3 3
4 PPD4 0 0 1 16.7 2 33.3 1 16.7 2 33.3 6
5 PPD5 0 0 0 0 3 60 0 0 2 40 5
Jumlah 3 12 4 16 5 20 6 24 7 28 25
Lampiran 1.5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN SETENGAH TAHUN PRESTASI KONTRAKTOR . BAGI BULAN DISEMBER HINGGA MEI / JUN HINGGA NOVEMBER TAHUN .

Bilangan Syarikat
Prestasi Jumlah
Bil. Negeri Prestasi Prestasi Prestasi
% Tidak % % Prestasi Baik % % Syarikat
Lemah Sederhana Cemerlang
Memuaskan
1 Johor 3 12 4 16 5 20 6 24 7 28 25
2 Kedah 7 30.4 2 8.7 5 21.7 6 26.1 3 13 23
3 Kelantan 9 30 4 13.3 7 23.3 4 13.3 6 20 30
4 Melaka 1 4 3 12 5 20 7 28 9 36 25
5 Negeri Sembilan 1 4 6 24 3 12 6 24 9 36 25
6 Pahang 2 8 8 32 12 48 0 0 3 12 25
7 Perak 3 12 4 16 5 20 6 24 7 28 25
8 Perlis 7 30.4 2 8.7 5 21.7 6 26.1 3 13 23
9 Pulau Pinang 9 30 4 13.3 7 23.3 4 13.3 6 20 30
10 Sabah 1 4 3 12 5 20 7 28 9 36 25
11 Sarawak 1 4 6 24 3 12 6 24 9 36 25
12 Selangor 2 8 8 32 12 48 0 0 3 12 25
13 Terengganu 1 4 6 24 3 12 6 24 9 36 25
14 WP Kuala Lumpur 2 8 8 32 12 48 0 0 3 12 25
15 WP Labuan 3 12 4 16 5 20 6 24 7 28 25
16 WP Putrajaya 7 30.4 2 8.7 5 21.7 6 26.1 3 13 23
Jumlah 59 14.6 74 18.3 99 24.5 76 18.8 96 23.8 404
LAMPIRAN 1.6

Skor Pemarkahan

Skor Ciri Skor Gred Skor

Tidak menepati spesifikasi perkhidmatan dan


tiada komitmen untuk mengambil langkah
penambahbaikan terhadap kesalahan yang
1 Lemah
dilakukan.
Kontraktor tidak bersikap responsif terhadap
aduan yang dikemukakan.

Kerapkali berlaku penyimpangan terhadap


spesifikasi perkhidmatan dan kurang mengambil
komitmen serta langkah pembetulan dan
Tidak
2 penambahbaikan terhadap kesalahan yang
memuaskan
dilakukan.
Kontraktor kurang bersikap responsif terhadap
aduan yang dikemukakan.

Terdapat sedikit penyimpangan dan ianya tidak


menjejaskan kualiti perkhidmatan seperti yang
dikehendaki di dalam syarat/ terma kontrak.
Selain itu, ada komitmen untuk melaksanakan
3 Sederhana
langkah pembetulan dan penambahbaikan
terhadap kesalahan yang dilakukan.
Kontraktor bersikap responsif terhadap aduan
yang dikemukakan.

Tahap perkhidmatan yang diberikan adalah


sentiasa menepati spesifikasi yang telah
ditetapkan dalam syarat/ terma kontrak.
4 Sentiasa memberikan kualiti perkhidmatan yang Baik
baik.
Kontraktor sentiasa bersikap responsif terhadap
aduan yang dikemukakan.

Tahap perkhidmatan yang diberikan sentiasa


menepati spesifikasi perkhidmatan yang telah
ditetapkan dalam syarat/ terma kontrak dan
kerapkali melangkaui ekspektasi pelanggan.
5 Cemerlang
Proaktif dan komited melaksanakan
perkhidmatan dengan cemerlang.
Kontraktor tidak pernah gagal mengambil
tindakan serta merta terhadap sebarang aduan.

Potrebbero piacerti anche