Sei sulla pagina 1di 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROKAN (LKTP)

73200 GEMENCHEH,NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN, RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


(RMT) & PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA
BIL : 2 TAHUN 2017

Tarikh : 20 April 2017


Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Wacana Minda SKBR

KEHADIRAN :
1. En. Idris B. Wahab Guru Penolong Kanan HEM
2. Pn. Norazizah Bt Mohamed Norok Penyelaras Kantin, RMT dan PS1M
3. En. Amirul Hairin Bin Mohd. Hanapi AJK
4. Pn. Norasleyza Bt Zakaria AJK
5. En. Shamil Usrah Bin Zulkipli AJK
6. Pn. Siti Rohaizah Bt Dolah AJK
7. Pn. Hasmira Bt Azman Pengusaha kantin

1.0 UCAPAN PENGERUSI (EN. IDRIS B. WAHAB)


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir pada hari
ini .
1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat dijalankan bagi membincangkan perkara yang
berkaitan dengan kantin, RMT dan Program Susu 1 Malaysia
1.3 Pengerusi memberikan ucapan penghargaan kepada semua ahli diatas kerjasama yang
diberikan dalam pengurusan dan pelaksanaan kantin, RMT dan Program Susu 1Malaysia.
Makluman : Semua ahli

1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Norasleyza Bt Zakaria mencadangkan agar minit mesyuarat Kantin, Rancangan
Makanan Tambahan dan Program Susu 1 Malaysia Bil 1 Tahun 2017 disahkan tanpa
sebarang pindaan.

2.2 Pn. Siti Rohaizah Bt Dolah menyokong cadangan supaya minit mesyuarat disahkan.

2.3 Penerimaan cadangan di atas adalah sebulat suara tanpa sebarang bantahan.
Tindakan : Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT

Perkara 5.1 : Penyelaras RMT memaklumkan bahawa bilangan murid yang makan di meja
makan RMT telah dikurangkan kepada 8 orang berbanding 10 orang dan setiap tempat telah
dilabelkan dengan nama murid RMT.
Tindakan : Makluman
4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN
4.1 KANTIN
4.1.1 Penyelaras kantin menyatakan bawa laporan kendiri kantin yang perlu
dihantar pada setiap bulan secara atas talian telah dihantar mengikut waktu
yang ditetapkan iaitu tidak lewat daripada 10 hb bagi setiap bulan.
Tindakan : Makluman

4.1.2 Tahap pemarkahan laporan kendiri kantin setakat ini adalah pada aras baik.
Tindakan : Makluman

4.1.3 Tiada masalah atau isu besar yang timbul berkaitan dengan kantin sehingga
hari ini.
Tindakan : Makluman

4.1.4 Penyelaras kantin memaklumkan bahawa projek terdekat yang akan


dijalankan adalah projek keceriaan kantin. Semua ahli diminta memberi
pandangan dalam menjayakan projek tersebut.
4.1.4.1 Pihak pengusaha kantin menyatakan bahawa pihak kantin akan
mengecat bangunan kantin. Semua papan kenyataan akan
ditanggalkan buat sementara waktu dan akan dipasang semula
setelah kerja-kerja mengecat dan melukis mural siap dilaksanakan.
Tindakan : Pengusaha kantin

2
4.1.4.2 Penyelaras menyampaikan cadangan dari mantan penyelaras RMT
iaitu Pn Aminah Bt Jamil agar setiap panatia menyediakan sepuluh
keping BBM, nota atau maklumat untuk ditampal pada meja kantin
bagi membolehkan murid membaca maklumat yang diletakkan di
situ.
Cadangan diterima sebulat suara tanpa sebarang bantahan.
Tindakan : Guru panitia dan AJK Kantin
4.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
4.2.1 Penyelaras RMT menyatakan bahawa jumlah murid RMT terkini ialah
seramai 49 orang.
Tindakan : Makluman

4.2.2 Penyelaras RMT juga menyatakan bahawa pemilihan menu terkini adalah
berdasarkan buku pengurusan yang dibekalkan oleh KPM.
Tindakan : Makluman

4.2.3 Penyelaras RMT menyatakan bahawa laporan berkenaan RMT setakat ini
berada dalam keadaan baik.
Tindakan : Makluman

4.2.4 Beliau juga mengingatkan agar guru RMT yang bertugas mengisi buku
kehadiran dan buku laporan yang disediakan. Guru RMT hendaklah
memastikan semua murid memakai tag yang dibekalkan bagi mengelakkan
murid yang tidak mendapat RMT mengambil makanan.
Tindakan : Guru RMT

4.3 Program Susu 1 Malaysia


4.3.1 Pengerusi menyatakan bahawa setakat ini belum ada sebarang maklumat
berkenaan Program Susu 1 Malaysia.
Tindakan : Makluman

5.0 HAL - HAL LAIN


5.1.1 Penyelaras RMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
RMT kerana memberi kerjasama yang baik dalam pengurusan RMT.

3
6.0 PENUTUP/UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
mengharapkan agar semua AJK dapat memberi kerjasama yang baik bagi
melancarkan pengurusan kantin, RMT dan Program Susu 1 Malaysia.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh :
Jawatankuasa Kantin, RMT dan Program Susu 1 Malaysia
SK Bukit Rokan(LKTP)

Potrebbero piacerti anche