Sei sulla pagina 1di 27

Teknik Drama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu:

Tinjauan
Terhadap Sikap Dan Minat Murid Orang Asli Di Sekitar Negeri Pahang
Oleh:
Ghazali Bin Ismail
Mazlan Zaharuddin Bin Mat Arof
Mohamad Hanifah Bin Moideen
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis, Pahang
Abstract
This quantitative survey research was conducted in order to gain some
understanding
into the interest and attitude of Orang Asli pupils toward the application of
drama
techniques in the teaching and learning of Bahasa Melayu. Drama techniques
such as
plays, pentomime and several other related activities in the pedagogical practice
of
Bahasa Melayu have been proven to be successfull in inspiring liveliness in the
teaching
and learning process in the classroom because of the diversity of medium and
heterogeneity of the activities. Henceforth, this study tries to unreval the extent
to which
drama techniques influence the interest and attitude of the pupils towards
Bahasa
Melayu as a subject insofar as to induce a positive attitude towards the learning
in
general. A total of 160 Orang Asli pupils in six districts in the state of Pahang
were
involved in this study which was analysed using statistical frequency. The finding
of this
study indicated that Orang Asli pupils were interested in the nature of the
teaching and
learning of Bahasa Melayu using drama techniques. They participated actively in
the all
activities prepared by the teacher. This study also proved that by using drama
techniques in the language classroom, the school became more appealing as the
Orang
Asli pupils were now interested in attending school.
Pendahuluan
Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan
memperkembangkan potensi
diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu.
Pengajaran juga
berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman
murid
supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam
kehidupannya. Ini
akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi
faedah diri
dan masyarakat, bangsa dan negaranya
Bagi mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan penting. Seseorang
guru
harus merancang, melaksana dan membuat penilaian sesi pengajaran dan
pembelajaran agar menepati citarasa dan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
(FPK). Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik
mengajar dapat
dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan
membawa
kesan yang maksimum lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid yang
bermasalah.
Salah satu teknik yang mampu memenuhi ciri tersebut adalah melalui
pelaksanaan
2
teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa
Melayu.
Matlamat ini akan menjadi realiti sekiranya para guru dapat melaksanakan
set
pengajaran dan pembelajaran dengan berpaksikan ilmu kemahiran yang
tinggi,
perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang sistematik. Sesungguhnya
pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam bilik darjah
mampu
menyuburkan minat belajar dan menamkan sikap positif terhadap mata
pelajaran
Bahasa Melayu khususnya bagi menangani murid-murid yang agak lambat
menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Dari segi sosialnya pula, aktiviti yang
berteraskan
elemen drama seperti berlakon, berupaya menyuburkan kemahiran
bersosial seperti
semangat kerjasama, berani dan bertanggungjawab.
Pendidikan drama di sekolah atau dalam bilik darjah lazimnya diserapkan
dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu atau aktiviti kebahasaan yang lain. Bahkan
aktiviti
berunsurkan drama, begitu bermanafaat kepada murid-murid kerana
mereka akan
meneroka dan meraih pelbagai kemahiran baik secara langsung mahupun
secara tidak
langsung. Sebagai contohnya, melalui aktiviti berdialog dengan
menggunakan skrip,
akan mengasuh murid-murid membaca dan bertutur dengan menggunakan
intonasi
dan sebutan yang betul dan jelas. Manakala melalui aktiviti gerak lakon
pula, akan
memupuk semangat berani tampil ke hadapan tanpa malu dan segan,
sekaligus akan
menjadikan seorang murid yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan
seterusnya
berupaya mencorakkan pembinaan personaliti diri yang mantap.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa masyarakat orang asli
merupakan satu kelompok masyarakat yang mendiami kawasan luar
bandar. Mereka
hidup dalam keadaan yang serba ringkas dan mudah. Corak kehidupan
sebegini
ternyata banyak mempengaruhi gaya pembelajaran murid-murid Orang
Asli. Secara
puratanya murid-murid Orang Asli mempunyai pencapaian yang lemah
dalam
akademik. Mereka juga tidak mempunyai minat yang tinggi. Begitu juga
dengan sikap
terhadap pelajaran pelajaran. Kebanyakkan murid orang asli begitu pasif
dan pemalu.
Namun begitu, sifat-sifat negatif yang sinonim dengan murid orang asli
terutamanya dari aspek minat dan sikap terhadap pelajaran bukanlah
sesuatu yang tepu
sifatnya. Minat boleh dipupuk dan sikap boleh diubah jika kena dengan
cara dan
gayanya. Apa yang paling penting adalah usaha yang berterusan oleh para
pendidik
untuk mencari strategi yang sesuai dalam usaha menyampaikan ilmu dan
nilai kepadamurid orang asli.
Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan
pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan
daya kognitif dan
kemahiran sosial murid-murid. Apa yang diharapkan agar strategi yang
dirancang
dengan mengaplikasikan beberapa teknik drama mampu memberi
semangat dan
dimensi baru kepada minat dan sikap murid-murid orang asli terhadap
subjek Bahasa
Melayu khususnya dan terhadap bidang pelajaran amnya. Sesungguhnya
usaha murni
ini diharap dapat mengubah senario amalan pedagogi Bahasa Melayu ke
arah yang
lebih mantap,kemas dan tersusun dalam usaha mengubah nasib
masyarakat orang asli
ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang.
Tujuan Kajian
3
Kajian ini mengemukakan 4 objektif seperti berikut:
1. Untuk meninjau bagaimana reaksi murid Orang Asli terhadap mata
pelajaran
Bahasa Melayu yang menerapkan teknik drama.
2. Untuk meninjau penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti
pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama.
3. Untuk meninjau implikasi daripada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran teknik
drama ke atas kemahiran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di
kalangan
murid-murid Orang Asli.
4. Untuk meninjau implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa
Melayu
teknik drama terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah di kalangan
murid
Orang Asli.
Rasional Kajian
a. Guru
1. Dapat memberi kesedaran kepada guru tentang keberkesanan
penerapan teknik
drama dalam usaha mengajar kemahiran berbahasa.
2. Dapat membantu guru-guru merancang aktiviti drama yang kreatif dan
inovatif
bagi menarik minat murid orang asli belajar dengan seronok dalam bilik
darjah.
3. Dapat membantu guru mengetahui dan mengenal pasti masalah-
masalah yang
dihadapi oleh murid Orang Asli dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Dapat membantu guru mengetahui tahap aprisiasi murid Orang Asli
sebagai
asas dalam penyediaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran Bahasa
Melayu melalui penerapan teknik drama.
b. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
1. Dapat membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia
dalam usaha merangka modul berkesan bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid-
murid
Orang Asli.
Definisi Operasi
Untuk menjelaskan lagi gaya operasional yang digunakan dalam kajian ini,
beberapa
frasa penting diberi penjelasan untuk mengikis sebarang ketaksamaan
yang mungkin
timbul daripada pelbagai istilah yang agak relatif:
Pengajaran
Pengajaran dalam kajian ini bermaksud satu proses atau aktiviti yang
berusaha untuk memperkembangkan fizikal, inetelek, rohani dan emosi
seseorang individu. Pengajaran dalam konteks kajian ini pengajaran yang
dilakukan oleh guru dalam bilik darjah bagi menambah kemahiran,
kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman murid.
4
Pembelajaran
Pembelajaran ialah satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan.
Proses ini merupakan perkembangan sikap, emosi, nilai dan estetika serta
kesenian.
Teknik
Merupakan tindakan yang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran
dan
pembelajaran. Guru mestilah menguasai teknik pengajaran yang pelbagai
supaya mereka dapat menyesuaikan diri teknik tersebut dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Drama
Abdul Rahman Napiah (1984: 2) berpendapat:
..drama ialah bentuk karya fiksyen atau cereka yang mementingkan dialog
dan aksi watak. Sesebuah drama yang lengkap ditulis dinamakan skrip..
Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963: 23) pula menyatakan:
drama satu bentuk seni sastera untuk mempersembahkan terus perlakonan
dan watak manusia menerusi lakonan seseorang di hadapan para penonton..
Teknik Drama
Teknik drama dalam kajian ini bermaksud cara bagaimana sesuatu
pergerakan
tubuh badan bergerak atau dilakonkan. Teknik ini juga merujuk kepada
pengesahan secara spontan atau diatur sama ada bersuara atau tidak.
Dalam
erti kata lain, cara bagaimana seseorang itu melakonkan atau melakukan
aksi
seperti;
1. main peranan,
2. meniru perlakuan watak atau orang sebenar.
3. dialog
4. Lakonan bisu
5. Pentomin dan lain-lain.
Minat
Minat merujuk kepada reaksi pelajar mengikuti secara berterusan dan
mendalami sesuatu perkara atau kemahiran yang dipelajari dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Orang Asli
Satu kelompok masyarakat yang menghuni di sesuatu tempat. Biasanya di
kawasan pedalaman yang jauh dari arus pembangunan. Hidup dalam
keadaan
yang serba sederhana dan ringkas.Terdapat beberapa jenis suku kaum
seperti jakun, jahut dan semelai.
Batasan Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan untuk
melihat reaksi
murid Orang Asli dari segi minat dan sikap semasa dan selepas mengikuti
set
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan
teknik drama.
Oleh itu populasi kajian ialah murid-murid sekolah Orang Asli yang
mengikuti kelas
5
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di 8 buah sekolah dalam
daerah
Temerloh, Bera, Cameron Highland, Pekan, Rompin dan Bentong.
Kajian juga dibataskan kepada perkara-perkara berikut:
1. Murid tahap dua yang dijadikan kumpulan sasaran di 8 buah sekolah
tersebut.
2. Kelas dan guru yang telah dipilih sahaja yang akan dibuat pemerhatian
dan
pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Hanya aplikasi teknik drama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
Bahasa Melayu sahaja yang dicerap.
4. Dua aspek yang dikaji iaitu proses pengajaran guru dan pembelajaran
murid.
Tinjauan Literatur
Drama dalam pendidikan telah bermula apabila anak-anak Queen Victoria
dan Albert
mementaskan Athalia dan beberapa cerita lain. Bermula dari sinilah
dikatakan drama
telah mula digunakan untuk membantu pengajian bahasa di sekolah-
sekolah. Peranan
drama dalam pendidikan begitu signifikan berlaku pada pertengahan abad
kelapan
belas (Zainal Abd. Latiff 1989: 4)
Kemudian Coldwell Cook sebagaimana yang dipetik oleh Zainal Latiff
(1991:4)
pula telah memperkenalkan kaedahnya cara mainan (Play Way) untuk
pembelajaran.
Prinsip asasnya ialah aktiviti drama adalah cara yang berkesan untuk
pembelajaran,
dimana kanak-kanak belajar dengan cara membuat sesuatu. Tokoh-tokoh
yang lain
menggunakan kaedah-kaedah yang hamper serupa ialah John Menik dan
William
Went. Bermula dari sini, banyak sekolah telah cuba mengadakan aktiviti
pembelajaran
dengan berbagai-bagai kaedah drama.
Cook dalam Courtney Richard (1975: 54) menyatakan bahawa lakon
merupakan satu cara yang sebenar untuk belajar. Di negara-negara barat
terutama di
England, terdapat pendekatan yang dikenali sebagai The Living History yang
membenarkan kata-kata Cook di atas. Pendekatan ini menggunakan
peristiwa dalam
sejarah dan dilakonkan semula oleh kanak-kanak di tempat kejadian.
John Adam (1960) sebagaimana oleh Zainal Latiff (1991:5) telah
mempelopori
pendidikan yang dikenali sebagai Pidato Centric dan pendidikan dari kaca
mata kanakkanak.
Pendekatan ini lebih mementingkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak
terhadap pendidikan. Pendekatan ini selaras dengan pendapat Athur T.
Jershild (1963:
35) yang menyatakan bahawa apabila kanak-kanak itu memasuki sekolah
rendah,
mereka telahpun mempunyai daya ingatan untuk mengumpul semua
pengalamanpengalaman
silam dan merancang untuk masa depannya. Beliau juga menegaskan
bahawa kanak-kanak itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan boleh
mentakrif
lambang-lambang yang mereka lihat tanpa menyoal apakah sebenarnya
maksud
lambang itu.
Di Britain, pada tahun 1974, kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 7
tahun kebanyakkan daripada masa mereka dihabiskan dengan mainan.
Bagi yang
6
berumur 7 11 tahun, mereka mempunyai waktu-waktu tertentu untuk
aktiviti drama.
Pada peringkat sekolah menengah pula, terdapat pertambahan guru-guru
pakar dalam
bidang drama. Oleh itu, banyak sekolah yang mempunyai drama dalam
jadual waktu
mereka ( Zainal Abdul Latif 1989: 5)
Penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sememangnya mampu memikul tanggugjawab untuk
memperkembangkan potensi murid-murid. Menurut Mana Sikana (1985:90),
beliau
mengungkapkan bahawa meskipun drama yang sifatnya sebagai satu cabang
seni
selalunya bercorak ekslusif tetapi drama dapat digunakan dalam bidang
pengajaran dan
pembelajaran.
Kajian yang dilakukan oleh Faziah Sulaiman (1980) mendapati bahawa
pelaksanaan teknik drama dalam pedagogi Bahasa Melayu KBSR mampu
mencapai
objektif program Bahasa Melayu melalui aktiviti lakonan, main peranan
dan
improvisasi. Misalnya melalui teknik main peranan, murid-murid berupaya
untuk bertutur
dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam
pelbagai bentuk perhubungan.
Hal ini juga sejajar dengan pendapat Robiah Kulup Hamzahmurid orang
asli.
Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan
pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan
daya kognitif dan
kemahiran sosial murid-murid. Apa yang diharapkan agar strategi yang
dirancang
dengan mengaplikasikan beberapa teknik drama mampu memberi
semangat dan
dimensi baru kepada minat dan sikap murid-murid orang asli terhadap
subjek Bahasa
Melayu khususnya dan terhadap bidang pelajaran amnya. Sesungguhnya
usaha murni
ini diharap dapat mengubah senario amalan pedagogi Bahasa Melayu ke
arah yang
lebih mantap,kemas dan tersusun dalam usaha mengubah nasib
masyarakat orang asli
ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang.
Tujuan Kajian
3
Kajian ini mengemukakan 4 objektif seperti berikut:
1. Untuk meninjau bagaimana reaksi murid Orang Asli terhadap mata
pelajaran
Bahasa Melayu yang menerapkan teknik drama.
2. Untuk meninjau penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti
pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama.
3. Untuk meninjau implikasi daripada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran teknik
drama ke atas kemahiran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di
kalangan
murid-murid Orang Asli.
4. Untuk meninjau implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa
Melayu
teknik drama terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah di kalangan
murid
Orang Asli.
Rasional Kajian
a. Guru
1. Dapat memberi kesedaran kepada guru tentang keberkesanan
penerapan teknik
drama dalam usaha mengajar kemahiran berbahasa.
2. Dapat membantu guru-guru merancang aktiviti drama yang kreatif dan
inovatif
bagi menarik minat murid orang asli belajar dengan seronok dalam bilik
darjah.
3. Dapat membantu guru mengetahui dan mengenal pasti masalah-
masalah yang
dihadapi oleh murid Orang Asli dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Dapat membantu guru mengetahui tahap aprisiasi murid Orang Asli
sebagai
asas dalam penyediaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran Bahasa
Melayu melalui penerapan teknik drama.
b. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
1. Dapat membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia
dalam usaha merangka modul berkesan bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid-
murid
Orang Asli.
Definisi Operasi
Untuk menjelaskan lagi gaya operasional yang digunakan dalam kajian ini,
beberapa
frasa penting diberi penjelasan untuk mengikis sebarang ketaksamaan
yang mungkin
timbul daripada pelbagai istilah yang agak relatif:
Pengajaran
Pengajaran dalam kajian ini bermaksud satu proses atau aktiviti yang
berusaha untuk memperkembangkan fizikal, inetelek, rohani dan emosi
seseorang individu. Pengajaran dalam konteks kajian ini pengajaran yang
dilakukan oleh guru dalam bilik darjah bagi menambah kemahiran,
kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman murid.
4
Pembelajaran
Pembelajaran ialah satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan.
Proses ini merupakan perkembangan sikap, emosi, nilai dan estetika serta
kesenian.
Teknik
Merupakan tindakan yang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran
dan
pembelajaran. Guru mestilah menguasai teknik pengajaran yang pelbagai
supaya mereka dapat menyesuaikan diri teknik tersebut dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Drama
Abdul Rahman Napiah (1984: 2) berpendapat:
..drama ialah bentuk karya fiksyen atau cereka yang mementingkan dialog
dan aksi watak. Sesebuah drama yang lengkap ditulis dinamakan skrip..
Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963: 23) pula menyatakan:
drama satu bentuk seni sastera untuk mempersembahkan terus perlakonan
dan watak manusia menerusi lakonan seseorang di hadapan para penonton..
Teknik Drama
Teknik drama dalam kajian ini bermaksud cara bagaimana sesuatu
pergerakan
tubuh badan bergerak atau dilakonkan. Teknik ini juga merujuk kepada
pengesahan secara spontan atau diatur sama ada bersuara atau tidak.
Dalam
erti kata lain, cara bagaimana seseorang itu melakonkan atau melakukan
aksi
seperti;
1. main peranan,
2. meniru perlakuan watak atau orang sebenar.
3. dialog
4. Lakonan bisu
5. Pentomin dan lain-lain.
Minat
Minat merujuk kepada reaksi pelajar mengikuti secara berterusan dan
mendalami sesuatu perkara atau kemahiran yang dipelajari dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Orang Asli
Satu kelompok masyarakat yang menghuni di sesuatu tempat. Biasanya di
kawasan pedalaman yang jauh dari arus pembangunan. Hidup dalam
keadaan
yang serba sederhana dan ringkas.Terdapat beberapa jenis suku kaum
seperti jakun, jahut dan semelai.
Batasan Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan untuk
melihat reaksi
murid Orang Asli dari segi minat dan sikap semasa dan selepas mengikuti
set
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan
teknik drama.
Oleh itu populasi kajian ialah murid-murid sekolah Orang Asli yang
mengikuti kelas
5
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di 8 buah sekolah dalam
daerah
Temerloh, Bera, Cameron Highland, Pekan, Rompin dan Bentong.
Kajian juga dibataskan kepada perkara-perkara berikut:
1. Murid tahap dua yang dijadikan kumpulan sasaran di 8 buah sekolah
tersebut.
2. Kelas dan guru yang telah dipilih sahaja yang akan dibuat pemerhatian
dan
pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Hanya aplikasi teknik drama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
Bahasa Melayu sahaja yang dicerap.
4. Dua aspek yang dikaji iaitu proses pengajaran guru dan pembelajaran
murid.
Tinjauan Literatur
Drama dalam pendidikan telah bermula apabila anak-anak Queen Victoria
dan Albert
mementaskan Athalia dan beberapa cerita lain. Bermula dari sinilah
dikatakan drama
telah mula digunakan untuk membantu pengajian bahasa di sekolah-
sekolah. Peranan
drama dalam pendidikan begitu signifikan berlaku pada pertengahan abad
kelapan
belas (Zainal Abd. Latiff 1989: 4)
Kemudian Coldwell Cook sebagaimana yang dipetik oleh Zainal Latiff
(1991:4)
pula telah memperkenalkan kaedahnya cara mainan (Play Way) untuk
pembelajaran.
Prinsip asasnya ialah aktiviti drama adalah cara yang berkesan untuk
pembelajaran,
dimana kanak-kanak belajar dengan cara membuat sesuatu. Tokoh-tokoh
yang lain
menggunakan kaedah-kaedah yang hamper serupa ialah John Menik dan
William
Went. Bermula dari sini, banyak sekolah telah cuba mengadakan aktiviti
pembelajaran
dengan berbagai-bagai kaedah drama.
Cook dalam Courtney Richard (1975: 54) menyatakan bahawa lakon
merupakan satu cara yang sebenar untuk belajar. Di negara-negara barat
terutama di
England, terdapat pendekatan yang dikenali sebagai The Living History yang
membenarkan kata-kata Cook di atas. Pendekatan ini menggunakan
peristiwa dalam
sejarah dan dilakonkan semula oleh kanak-kanak di tempat kejadian.
John Adam (1960) sebagaimana oleh Zainal Latiff (1991:5) telah
mempelopori
pendidikan yang dikenali sebagai Pidato Centric dan pendidikan dari kaca
mata kanakkanak.
Pendekatan ini lebih mementingkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak
terhadap pendidikan. Pendekatan ini selaras dengan pendapat Athur T.
Jershild (1963:
35) yang menyatakan bahawa apabila kanak-kanak itu memasuki sekolah
rendah,
mereka telahpun mempunyai daya ingatan untuk mengumpul semua
pengalamanpengalaman
silam dan merancang untuk masa depannya. Beliau juga menegaskan
bahawa kanak-kanak itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan boleh
mentakrif
lambang-lambang yang mereka lihat tanpa menyoal apakah sebenarnya
maksud
lambang itu.
Di Britain, pada tahun 1974, kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 7
tahun kebanyakkan daripada masa mereka dihabiskan dengan mainan.
Bagi yang
6
berumur 7 11 tahun, mereka mempunyai waktu-waktu tertentu untuk
aktiviti drama.
Pada peringkat sekolah menengah pula, terdapat pertambahan guru-guru
pakar dalam
bidang drama. Oleh itu, banyak sekolah yang mempunyai drama dalam
jadual waktu
mereka ( Zainal Abdul Latif 1989: 5)
Penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sememangnya mampu memikul tanggugjawab untuk
memperkembangkan potensi murid-murid. Menurut Mana Sikana (1985:90),
beliau
mengungkapkan bahawa meskipun drama yang sifatnya sebagai satu cabang
seni
selalunya bercorak ekslusif tetapi drama dapat digunakan dalam bidang
pengajaran dan
pembelajaran.
Kajian yang dilakukan oleh Faziah Sulaiman (1980) mendapati bahawa
pelaksanaan teknik drama dalam pedagogi Bahasa Melayu KBSR mampu
mencapai
objektif program Bahasa Melayu melalui aktiviti lakonan, main peranan
dan
improvisasi. Misalnya melalui teknik main peranan, murid-murid berupaya
untuk bertutur
dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam
pelbagai bentuk perhubungan.
Hal ini juga sejajar dengan pendapat Robiah Kulup Hamzah(1989:3) yang
mengungkapkan bahawa pengaplikasian teknik drama dalam bilik darjah
mampu
membina daya pemikiran intelek yang tinggi, perkembangan bahasa dan
interaksi sosial
yang baik. Tegasnya, penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran
dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya di sekolah
rendah mampu
memainkan peranan sebagai pemangkin dalam usaha dan menambah
kefahaman
terhadap isi pelajaran dan menyuburkan minat belajar di kalangan murid.
Metodologi
Kajian ini telah dilakukan untuk melihat reaksi murid-murid Orang Asli
terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam
mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sekitar negeri Pahang Darul
Makmur.
Pengelasan reka bentuk kajian ini adalah untuk menentukan kesan
pembolehubah tak bersandar (teknik drama) pada pemboleh ubah
bersandar (minat
belajar, penglibatan murid, keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis dan
minat datang
ke sekolah). Pengelasan rekabentuk adalah berdasarkan kepada sejauh
mana sesuatu
rekabentuk memberi kawalan terhadap eksperimen. Oleh itu, kajian ini
menggunakan
reka bentuk pemerhatian satu kumpulan.
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan (Gay &
Arasian,
2003:10). Populasi kajian ialah murid orang asli sekolah rendah
kebangsaan di enam
daerah di negeri Pahang Darul Makmur. Kajian ditadbir ke atas satu
kumpulan
eksperimen untuk mengkaji kesan olehan pembolehubah tak bersandar.
Cerapan
dilakukan dengan menggunakan borang pemerhatian (BP1) bagi
menentukan
kedudukan subjek semasa olahan diberikan. Ujian juga dilakukan selepas
olahan
7
diberikan bagi menentukan kedudukan subjek dengan menggunakan
borang soal
selidik(BSS1).
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah
a. Pemerhatian turut serta
b. Soal selidik
Borang pemerhatian (Borang BP1) digunakan untuk melihat pemboleh
ubah kajian
semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala satu set
soal selidik
(BSS1) juga digunakan untuk melihat pemboleh ubah selepas sesi
pengajaran dan
pembelajaran dilakukan.
SET 1 : Soal selidik kepada murid-murid (subjek) selepas mengikuti
pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu melalui teknik drama.
Bahagian A: Butir-butir peribadi murid
Bahagian B: Soalan umum tentang minat murid dan sikap murid setelah
mengikuti satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menerapkan teknik drama.
SET 2 : Borang Pemerhatian..
Populasi
Populasi kajian ini adalah murid-murid orang asli sekolah kebangsaan yang
dipilih
berdasarkan daerah iaitu daerah Bera, Pekan, Rompin, Temerloh, Bentong
dan
Cameron Highland. Bagi mendapatkan sampel kajian yang benar-benar
mewakili
populasi, kaedah persampelan kelompok telah digunakan. Kaedah
persampelan
kelompok adalah pemilihan sampel berdasarkan kumpulan dan bukan
individu secara
rawak (Gay, 1996). Murid-murid yang telah dipilih sebagai responden terdiri
daripada
murid lelaki dan perempuan yang belajar dalam Tahun 5. Seramai 160
orang murid
yang mewakili 6 daerah dalam negeri Pahang telah terlibat dengan kajian
ini. Taburan
persampelan ditunjukkan melalui jadual di bawah.
8
Jadual 1
Taburan murid-murid mengikut jantina dan suku kaum di sekolah yang
dipilih
Suku kaum Jantina
Bil
Sekolah pilihanProsedur Pengumpulan Data
Pengumpulan data kajian ini dijalankan di 8 buah sekolah yang mewakili 6
daerah.
Dengan bantuan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pihak sekolah,
guru-guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kelas yang terpilih diberi
penerangan
mengenai tatacara pengendalian kajian ini terlebih dahulu. Sebelum
pencerapan
dilakukan, guru-guru telah dibekalkan dengan beberapa set rancangan
pengajaran dan
pembelajaran yang menggaplikasikan teknik drama sepenuhnya dalam
setiap langkah
pengajaran. Hal ini bertujuan supaya guru dapat membuat persiapan
secukupnya.
Proses pengumpulan data dimulakan dengan pencerapan ke atas sampel
murid semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu yang
menggunakan teknik drama sepenuhnya. Catatan pemerhatian dibuat
dalam Borang
Pemerhatian (BP1). Selepas sesi pengajaran pembelajaran berlangsung,
sampel murid
yang sama telah diminta menjawab soalan yang terdapat dalam Borang
Soal Selidik
(BS1) dengan bimbingan pengkaji.

Analisis Data
Data telah dikumpul hasil daripada maklumat yang terdapat dalam Borang
Soal Selidik
(BS1) dan Borang Pemerhatian Pra (BP1). Data yang dikumpulkan dalam
borang soal
selidik, telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS Window versi
11.0.
Manakala borang pemerhatian dianalisis secara deskriptif. Penganalisisan
data dalam
kajian melibatkan statistik deskriptif seperti jadual di bawah.
Jadual 2
Kaedah analisis data kajian
Bil
Permasalahan kajian
Pemboleh ubah
Skala
pengukura
n
Statistik
1.
Minat murid-murid orang asli
terhadap mata pelajaran Bahasa
Melayu yang menggunakan
teknik drama dalam pengajaran
dan pembelajaran pemulihan.
a. Minat murid
b.Pengajaran
mengunakan teknik
drama
Ordinal
Frekuansi
2.
Untuk mengetahui sambutan
murid orang asli dalam setiap
aktiviti drama yang
dirancangkan semasa
pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
a.Penglibatan murid
b.Pengajaran
menggunakan teknik
drama.
Ordinal
Frekuansi
3. Untuk mengetahui pengaruh
aktiviti drama dalam p-p yang
mampu menjana daya fikir yang
kreatif dan kritis murid orang
asli.
a. Kemampuan berifkir
secara kritis yang
dijelmakan melui aksi
yang kreatif
b.Pengajaran
menggunakan teknik
drama
Ordinal
Frekuansi
4.
Untuk mengetahui kesan
amalan pengajaran yang
menerapkan teknik drama
terhadap menarik minat murid
Orang Asli untuk hadir ke
sekolah
a. Minat datang ke
sekolah
b.Amalan p-p
menggunakan teknik
drama
Ordinal
Frekuansi
Analisis Data
10
Analisis data tertumpu kepada empat aspek yang merupakan angkubah
signifikan
bagi melihat reaksi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan
teknik drama. Empat aspek tersebut adalah:
1. Minat belajar mata pelajaran Bahasa Melayu
2. Penglibatan murid-murid untuk mengikuti aktiviti yang dirancang oleh
guru
3. Keupayaan murid berfikir lebih aktif dan kreatif
4. Motovasi diri murid untuk datang ke sekolah
Soalan-soalan yang diajukan berdasarkan kepada 4 aspek tersebut dipilih,
diproses dan
diperturunkan dalam bentuk jadual yang memperlihatkan data dalam
bentuk peratusan
dan kekerapan.
Dapatan Kajian
Kajian ini melibatkan sejumlah 160 orang murid Orang Asli. Ia terdiri
daripada 8 buah
sekolah kebangsaan sekitar negeri Pahang. Dapatan kajian dapat
dirumuskan melalui
jadual di bawah:
Jadual 3
Sikap dan Minat Murid Orang Asli terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama
Setuju
Tidak Setuju
Bil
Perkara
Kekerapan
(f)
Peratus
%
Kekerapan
(f)
Peratus
%
1. Guru yang mengajar melalui teknik
drama menjadikan saya seronok
belajar subjek Bahasa Melayu
118
73.8
42
26.3
2. Saya sedia menawarkan diri
melakukan aktiviti yang diarahkan
oleh guru
128
80
32
20
3. Aktiviti yang saya dilakukan
mendorong saya berfikir lebih kritis
dan kreatif.
109
68.1
51
31.9
4. Saya suka datang sekolah jika cikgu
mengajar aktiviti lakonan dan
nyanyian setiap hari.
149
93.1
11
6.9
Jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat 73.8 % murid-murid Orang
Asli
bersetuju bahawa mereka berminat untuk belajar mata pelajaran Bahasa
Melayu yang
diajar pada hari tersebut. Manakala hanya terdapat 26.3% sahaja yang
tidak bersetuju.
Dapatan daripada pemerhatian turut serta oleh pengkaji juga mendapati
murid-murid
menunjukkan riak muka yang ceria dan gembira semasa sesi pengajaran
dan
11
pembelajaran berjalan. Keadaan ini sedikit sebanyak mencerminkan
perasaan
dalamannya yang cukup seronok dan gembira mengkuti kelas tersebut.
Selain itu, jadual di atas juga menunjukkan bahawa peratus murid-murid
yang
bersedia untuk menawarkan diri bagi mengikuti aktiviti yang dirancang
oleh guru
adalah besar iaitu 80 %. Manakala hanya 32 orang sahaja yang tidak
bersedia untuk
ikut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Hal ini juga dibuktikan melalui
pemerhatian
pengkaji yang mendapati bahawa murid-murid sentiasa mengangkat
tangan apabila
guru meminta murid melakukan aktiviti yang dirancangkan semasa sesi
pengajaran dan
pembelajaran. Malah suasana kelas menjadi agak bising tetapi terkawal.
Melalui salah satu aktiviti berasaskan drama yang dijalankan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu aktiviti main peranan tugas seorang
posmen ,
ternyata beberapa orang murid orang asli yang diberi peranan masing-
masing, berjaya
melakukan dengan baik. Daripada pemerhatian pengkaji terdapat
beberapa adegan
dan situasi spontan yang sangat kreatif telah dipamerkan oleh murid-
murid. Ternyata
melalui aktiviti drama mereka mampu berfikiran lebih kreatif dan kritis.
Pernyataan ini
dibuktikan lagi melalui dapatan kajian yang menunjukkan bahawa terdapat
68% murid
bersetuju bahawa aktiviti berasaskan drama mampu menjadikan mereka
berfikiran lebih
kreatif dan kritis. Manakala hanya 32% sahaja yang tidak bersetuju
dengan pernyataan
itu.
Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa unsur-unsur hiburan,
keseronokan dan peluang turut serta dalam setiap aktiviti yang
berunsurkan drama
sememangnya memberi pengaruh besar kepada minat murid-murid orang
asli untuk
datang ke sekolah. Ini dibuktikan daripada hampir 93% murid orang asli
bersetuju
apabila diajukan soalan yang berkenaan. Selebihnya pula, iaitu hanya 6.9%
sahaja
yang tidak bersetuju bahawa aktiviti drama tidak mendorong minat
mereka untuk
datang ke sekolah setiap hari mata pelajaran Bahasa Melayu di ajar.
Rumusan, perbincangan dan cadangan
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid
Orang Asli
begitu seronok dan berminat untuk mengikuti kelas mata pelajaran
Bahasa Melayu,
yang diajar oleh guru yang menggunakan teknik drama. Kenyataan ini
dibuktikan
dengan sebahagian besar murid (73.8%) memberikan reaksi positif
semasa menjawab
soalan yang diajukan dalam borang soal selidik. Pemerhatian turut serta
oleh pengkaji
juga mendapati bahawa murid-murid telah mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran
yang berlangsung selama satu jam, dengan tekun dan bersungguh-
sungguh. Segala
arahan dan permintaan guru, dipatuhi dan dilakukan dengan baik. Riak
muka mereka
begitu ceria dan situasi bilik darjah begitu hidup.
Situasi ini bukanlah perkara yang luar biasa, bahkan ia sememangnya
diduga
akan berlaku. Beberapa faktor mungkin boleh dikaitkan dengan hal ini.
Pertamanya,
tidak boleh dinafikan bahawa segala bentuk aktiviti yang dijalankan itu,
lebih menjurus
kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar
(student oriented).
Gaya pengajaran dan pembelajaran ini sudah tentu menuntut kepada
penyertaan yang
menyeluruh dan penglibatan yang aktif daripada murid. Murid-murid bukan
sahaja
sebagai penonton dan pendengar yang setia (hanya memasang telinga dan
membuka
mata), malah akan turut serta dalam sebarang aktiviti yang dirancangkan
oleh guru.
12
Tambahan pula dengan perancangan yang rapi dan persediaan yang baik
dibuat oleh
guru, sudah tentu hasilnya tentu membanggakan. Murid seronok belajar,
manakala guru
seronok mengajar. Menurut aliran pendekatan teori tingkahlaku yang
dipelopori oleh
tokoh-tokoh seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan Skinner (Slavin, R.E
1997) telah
membuktikan bahawa pembelajaran yang dilakukan dengan adanya
kesediaan
dalaman sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran positif. Thorndike,
misalkan
melalui teorinya yang berkait rapat dengan konsep Hukum Kesediaan,
Hukum Kesan
dan Hukum Latihan, berpendapat bahawa pembelajaran akan menjadi
lebih sempurna
sekiranya dilaksanakan dalam bentuk yang menyeronokkan. Seandainya
dapat
dilaksanakan dalam bilik darjah sudah pasti akan memberi impak yang
positif dalam
pengajaran dan pembelajaran (Roblyer, M.D, et al. (1977)..
Faktor kedua adalah minat murid-murid Orang Asli terhadap mata
pelajaran
Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama, juga disebabkan oleh
mereka
diberi ruang dan peluang untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang
dirancang oleh
guru. Lumrah kehidupan sebenar masyarakat orang asli yang lasak dan
sentiasa
bergerak untuk survivalnya nampak lebih sinonim dengan aktiviti yang
disediakan
melalui teknik drama. Sebagai contohnya, melalui aktiviti main peranan,
murid diminta
tampil ke hadapan, bergerak dan bertindak sebagaimana yang diarahkan,
sudah tentu
akan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. Teknik drama mampu
memenuhi
keperluan ini kerana drama membuat situasi pengajaran dan pembelajaran
yang
kurang konkongan, tidak formal dan penglibatan secara lansung dan aktif
di kalangan
murid-murid ( Faridah Jaafar 1989:2)
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa setelah diserapkan teknik
drama
dalam pengajaran dan pembelajaran, bilangan murid Orang Asli yang
bersedia untuk
memberikan kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti mempunyai
peratus yang
tinggi. Tidak kurang daripada 80% responden bersedia untuk mengikuti
sebarang aktiviti
teknik drama yang dirancang oleh guru. Melalui pemerhatian pengkaji,
murid Orang Asli
begitu ghairah mengangkat tangan dan menawarkan diri, untuk turut serta
dalam setiap
aktiviti. Pemerhatian pengkaji juga mendapati, situasi ini memberi sedikit
cabaran
kepada guru dalam pengurusan bilik darjah.
Fenomena ini agak luar biasa dan jarang berlaku. Sebagaimana yang kita
ketahui masyarakat orang asli begitu pasif dan sangat menebal rasa
rendah dirinya.
Anak-anak murid Orang Asli amat sukar untuk memberi kerjasama jika dia
tidak
berminat terhadap sesuatu perkara. Faktor inilah merupakan salah satu
tabiat negatif
yang menyumbang kepada kemunduran masyarakat Orang Asli di negara
kita.
Namun begitu, pengalaman mengikuti kelas Bahasa Melayu di 8 buah
sekolah
Orang asli yang menjadi subjek kajian, didapati bahawa rata-rata murid
Orang Asli
memberikan respon yang baik terhadap aktiviti yang dijalankan oleh guru.
Perasaan
malu, segan dan rendah diri ternyata berjaya dihindari seketika semasa
mengikuti
pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama.
Walaupun tempoh
pemerhatian yang singkat iaitu selama 60 minit sahaja, namun dapat
diperhatikan
dengan jelas perubahan sikap ini. Sekaligus, dapatan kajian ini juga selari
dengan
pendapat Faridah Jaafar dan Hasriah Hussein (1989). Menurut dua orang
pengkaji ini,
tujuan drama di sekolah adalah untuk meningkatkan daya pemikiran murid
supaya lebih
cerdas serta dapat membina keyakinan diri (1989:2)
13
Selain itu, menurut Rahmah Bujang (1989), pendidikan drama di sekolah
antara
lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam
memahami
sesuatu subjek dan membolehkan murid-murid mengendalikan sesuatu
melalui
lakonan. Sememangya, murid-murid Orang Asli yang menjadi subjek kajian
sudah
memenuhi matlamat tersebut. Hal ini kerana melalui aktiviti main peranan
yang
dijalankan, murid-murid harus melibatkan diri untuk memahami tugas
sebenar mengikut
peranan yang diberikan. Seandainya, mereka diberi peranan sebagai polis
misalnya,
maka murid perlu terlebih dahulu memahami tugas sebagai seorang
anggota polis,
mengaitkan dengan pengalaman sedia ada, kemudian menterjemahkan
semula dalam
bentuk lakonan dalam bilik darjah.
Corak pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama,
amat
berkait rapat dengan falsafah pembelajaran Konstruktivisme. Pendukung
teori ini seperti
Dewey, Piaget, Vysgotsky dan Bruner (Epstein, 2002) mempercayai bahawa
dalam
proses pembelajaran, peranan utama seharusnya dimainkan oleh pelajar
atau murid itu
sendiri. Seseorang murid dianggap telah mengalami proses belajar
sekiranya beliau
berjaya membina kefahaman kendiri tentang ilmu atau idea baru melalui
pengalaman
sedia ada atau skemata. Green & Gredler (2002) menambah bahawa
seseorang murid
akan belajar apabila pembelajaran mereka sentiasa dibawah kawalan dan
mereka juga
sedar bahawa mereka belajar dalam keadaan terkawal. Sehubungan itu,
melalui aktiviti
yang dijalankan dalam teknik drama, banyak menyediakan gabungan
pengalaman
sedia ada murid untuk di bawa dan dilakonkan atau dinyanyikan dalam
bilik darjah. Jadi
tidak hairanlah murid-murid Orang Asli sentiasa bersedia untuk bersama-
sama dengan
guru bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dengan jayanya
kerana ia merupakan satu saluran murid-murid orang asli berkongsi
pengalaman
dengan kawan lain.
Masalah ponteng sekolah sudah menjadi sinonim dengan budaya sekolah
orang
asli. Kedatangan harian ke sekolah begitu mengecewakan. Sememangnya,
pihak
pengurusan sekolah telah melakukan berbagai-bagai cara dan ikhtiar
untuk mengatasi
gejala ini kerana jika keadaan ini berterusan maka hasrat kerajaan untuk
mengatasi
masalah murid tercicir, khusunya di kalangan masyarakat luar bandar,
akan menemui
jalan buntu.
Dapatan kajian ini mendapati bahawa murid Orang Asli berminat untuk
datang
ke sekolah jika guru menyediakan set pengajaran dan pembelajaran yang
berteraskan
drama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir 92% responden
bersetuju dengan
kenyataan ini. Dengan bahasa yang lebih mudah dapat dikatakan iaitu,
teknik drama
yang diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
berkeupayaan
bagi menarik minat murid-murid Orang Asli untuk datang ke sekolah.
Fenomena ini
nampaknya memberikan satu dimensi baru dalam usaha mengurangkan
masalah
keciciran murid yang menjadi salah satu agenda utama Kementerian
Pelajaran
Malaysia.
Secara semula jadi, ramai orang gemar kepada hiburan sama ada melalui
nyanyian, tarian dan lakonan. Persembahan yang menghiburkan ini
merupakan
sebahagian daripada kehidupan masyarakat, tidak kira rupa paras dan
warna kulit.
Melalui seni pesembahan (lagu atau tarian), seseorang itu dapat berhibur,
meluahkan
perasaan dan menyampaikan mesej. Begitu juga dengan masyarakat orang
asli. Anakanak
orang asli amat meminati seni persembahan dan seni muzik. Sejak dari
kecil lagi
14
mereka didedahkan dengan lagu-lagu rakyat warisan nenek moyang
mereka. Salah
satu daripadanya adalah persembahan tradisional Sewang. Oleh itu
tidaklah
menghairankan jika seni persembahan menjadi sebahagian daripada cara
hidup
masyarakat orang asli.
Arnald Bently (1966), mendefinisikan nyayian sebagai melafazkan sesuatu
perkataan atau rangkaikata ayat dalam bentuk lagu yang merangkumi
beberapa unsur
muzik termasuk irama, melodi, tempo, rentak, dimanik dan mod. Aktiviti
nyanyian
sememangya menjadi salah satu aset yang dipraktikkan dalam pengajaran
dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Murid diminta untuk menyanyi sambil
bergerak
mengikut seni kata lagu dan murid diminta berlakon mengikut skrip yang
dibekalkan,
merupakan sebahagian daripada aktiviti biasa dilakukan dalam
pengajaran dan
pembelajaran teknik drama. Misalnya, melalui lagu rakyat dan lagu kanak-
kanak,
seperti Burung Kenek-Kenek dan Seloka Pak Kaduk. Menurut Siti
Khairiah Zubir
(2006: 229-230), aktiviti nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa
Melayu bukan sahaja mengembirakan murid-murid malah ia berupaya
mengeksplotasi
kecerdasan pelbagai murid seperti kecerdasan verbal-linguistik,
kecerdasan kinestatik
dan kecerdasan muzik. Tambahnya lagi, Teori Kecerdasan Pelbagai yang
dipelopori
oleh Gardner , David G. Lazer dan Thomas Amstrong sangat perlu
diaplikasikan dalam
bilik darjah kerana ia boleh digunakan untuk meningkatkan harga diri,
kreativiti dan
motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan .
Guru dan murid
seronok ke sekolah, kadar ponteng kelas menurun dan pencepatan
pembelajaran
berlaku. Kes slah laku berkurangan dan murid bermasalah dan lembam
dapat
meningkat tahap pencapaian mereka.
Pemikiran kritis yang dijelmakan melalui aksi yang kreatif telah berjaya
ditunjukkan oleh murid-murid Orang Asli. Hasil dapatan kajian telah
menunjukkan
bahawa lebih daripada 68% responden bersetuju apabila diajukan soalan
yang
mengaitkan aktiviti drama dengan dorongan keupayan berfikir.
Menurut Rahmah Bujang dan Azlin Hamdon yang dipetik oleh Dahlia Janan
dan
Zuraini Ramli (2006:308), seni persembahan yang mencakupi aktiviti
bercerita,berlagu,
gerak tari atau lakonan pendek (sketsa) membolehkan peserta atau orang
yang
melakukannya menguji pencapaian intelek, emosi dan nilai hidup mereka.
Selain itu,
mereka juga dapat meluahkan pernyataan perasaan seperti marah, kasih,
suka dan
duka selain dapat memperlihatkan kreativitinya. Ciri-ciri sedemikian
semangnya dapat
dieksploitasikan melalui aktiviti yang dijalankan semasa proses
pengajaran dan
pembelajaran teknik drama. Murid-murid akan diberi peluang untuk
mengembangkan
potensi diri melalui medium seni persembahan. Melalui aktiviti simulasi,
main peranan,
pentomin dan improvisasi, murid boleh melakukan aktiviti mengikut daya
kreativiti
masing-masing. Sebagai contohnya, melalui satu aktiviti yang meminta
murid Orang Asli
menghayati watak seorang posmen. Ternyata beberapa orang yang dipilih
untuk
melakonkan aksi sebagai seorang posmen, berjaya menghayatinya dengan
baik.
Sebahagian daripada mereka juga menyatakan perasaan simpati terhadap
nasib yang
menimpa seorang posmen yang dikejar anjing semasa menghantar surat di
sebuah
rumah. Walaupun diungkapkan dalam bahasa lisan yang ringkas, tetapi
ternyata
mereka telah berkemampuan mengaplikasikan kemahiran berfifkir secara
kritis dan
kreatif di dalam bilik darjah.
Menurut Rubin (1991), kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
memerlukan
pemikiran bercapah yang bergantung kepada pengetahuan dan
pengalaman personal
15
murid. Kemahiran yang dimaksudkan merangkumi kemahiran menilai,
membuat
kesimpulan, menghayati dan mengesan pengajaran. Melalui teknik
mengalami
menghayati yang dilakukan oleh murid Orang Asli dalam aktiviti lakonan,
ternyata
menyerlahkan kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif. Hal ini sekali
gus
membuktikan bahawa murid orang asli sememangnya tidak ada beza
dengan muridmurid
bangsa lain jika dididik dengan gaya dan cara yang betul.
Diharapkan kajian ini dapat diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu dalam
usaha
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
khususnya di
kalangan Orang Asli. Kajian ini menunjukkan bahawa minat yang
mendalam dan sikap
yang positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu boleh meningkatkan
kebolehan
murid menguasai kemahiran berbahasa sekali gus dapat meningkatkan
pencapaian
murid secara keseluruhannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pengalaman menjalankan kajian ini membuatkan penyelidik merasakan
bahawa
teknik drama seperti main peranan, nyanyian, melafazkan dialog dan
lakonan begitu
berkesan dalam usaha menarik minat murid Orang Asli untuk mengikuti
sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Apabila pengkaji melakukan refleksi tentang sesi pengajaran dan
pembelajaran
yang menggunakan teknik drama, kami berasa sungguh kesal kerana
didapati guru-guru
di sekolah Orang Asli jarang menggunakan teknik drama dalam pengajaran
dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Sedangkan sudah terbukti bahawa teknik ini
sangat
sesuai dan begitu berkesan.
Setelah menjalankan kajian ini pengkaji mendapati bahawa kita
seharusnya
berani berubah demi kejayaan murid-murid Orang Asli. Berubah dari segi
amalan dalam
pendekatan pengajaran, perancangan dan perspekstif terhadap murid.
Kepelbagaian
pendekatan dan teknik dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran
adalah aset penting untuk menarik minat untuk belajar di kalangan murid-
murid.
Secara keseuruhannya kajian ini telah menunjukkan bahawa peningkatan
penguasaan kemahiran berbahasa di kalangan murid Orang Asli boleh
dipertingkatkan
melalui amalan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan
teknik drama.
Serentak dengan itu dapat membantu mengatasi masalah buta huruf yang
begitu
membimbangkan sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru
ini.
16
Rujukan
Abdul Rahman Napiah 1987. Drama Moden Malaysia: Perkembangan dan
Perubahan.
K. Lumpur: DBP
Azman Wan Chik 1981. Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan Melayu,
K.L :
Utusan Publication & Distributors
_______________1982. Drama Melayu Melalui Sistem Pendidikan, dalam
Rahman
Bujang (ed). Drama Melayu 25 tahun. K.L : DBP
Countney, Richard 1991 (terjemahan). Lakon, Drama dan Pemikiran. K.
Lumpur: DBP
Epstein, M. 2002. Cinstruction. http://tiger.fowson.edu
Faziah Sulaiman 1995. Drama Dalam Pendidikan Bahasa. K. Lumpur:Bahagian
Pendidikan Guru.
_____________1995. Pengajaran Lisan melalui Drama. K.Lumpur: Institut
Bahasa.
Faridah Jaafar dan Hasriah Hussein. 1989. Peranan Drama Dalam Pendidikan.
Kerta
Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian
Malaysia. Serdang, 14-15 Okt.
Gay, L.R. dan Arasian, P., 2003. Educational Research: Competencies for
analysis and
application. (5th.Ed) . New Jersey :Prantice Hall
Green, S.k. & Gredler, M. E, 2002. A review and analysis of constructivism
for schoolbased
practice. Dlm School Psycology Review, V.3 n1 ms 53-70.
Idris Mohd Radzi dan Dahlia Janan (ed). 2006. Mengajar dan Belajar Bahasa
Melayu :
Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim : UPSI
Mana Sikana 1985. Kaedah Kajian Drama. K. Lumpur: Karya Bestari.
17
Rahmah Bujang. 1989. Falsafah dan Matlamat Drama Dalam Pendidikan. Kerta
Kerja
Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian
Malaysia,
Serdang, 14-15 Okt.
Rubin,D., 1991. Diagnosis and Correction in Reading Instruction. (2nd. Ed.).
Massachussets Allyn and Bacon.
Robiah Kulop Hamzah. 1989. Pengendalian Aktiviti Drama dalam Pendidikan di
luar bilik
darjah. Kerta Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,.
Universiti
Pertanian Malaysia, Serdang, 14-15 Okt.
Roblyer, M.D., Edwards,J, Harviluk, M.A., 1977. Antegrating Educational
Technology
into Teaching. New Jersey: Prantice Hall.
Slavin, R.E 1997. Educatinal Psychology : Theory and Practise. Boston: Allyn
Bacon.
Zainal Abdul Latif.1989. Bentuk Teater yang sesuai untuk Pendidikan masa kini.
Kertas
Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan, Universiti Pertanian
Malaysia, Serdang, 14-15 Oktober.

Potrebbero piacerti anche