Sei sulla pagina 1di 5

Mesyuarat Jawatankuasa LINUS 2.

0 Sekolah BIL 1/2017

Tarikh : 14 Februari 2017


Hari : Selasa
Tempat : Makmal Komputer
Jam :1220-1350

Kehadiran

1. Guru Besar, Tn. Hj. Bujang b. Hj. Lee


2. PK Pentadbiran,Pn. Fatimah bt. Hj. Bili
3. Penyelaras LINUS, Pn. Rosnani bt Bujang
4. En. Anuar b. Kapok
5. Pn. Nona bt Sulong
6. Pn. Jamaah bt Abg Seruji
7. Pn. Khadziah bt Bujang
8. Pn. Rosmawati bt Samaon
9. Pn. Zubaidah bt Wan Syukran
10. En. Zharif Asyraf b. Khozali
11. Pn. Patimah bt. Pon
12. En. Dennis ak Bakar
13. En. Chipriano ak Dolik
14. En. Muhammad Asraf b. Mohd. Isa
15. Pn. Hasnah bt Lee

1.0 Ucapan Aluan Guru Besar Haji Bujang Haji Lee


Guru Besar mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua guru dalam
mensyuarat Program Linus BIL 1/2017. Beliau juga menyatakan fokus tujuan
mensyuarat LINUS pada kali ini ialah menetapkan hala tuju sekolah tentang
Program LINUS berdasarkan Pendidikan abad ke-21. Beliau juga turut
menekankan pengantarabangsaan sistem pendidikan negara kita agar setanding
dengan negara maju yang lain. Beliau turut mengingatkan bahawa program LINUS
dibawah NKRA adalah sama taraf dengan kelas aliran arus perdana, dan
PRASEKOLAH. Beliau turut menyatakan di SKAL ini ada Guru Pemulihan LINUS
iaitu Pn. Hasanah bt Lee dibawah kuota oleh PPD Saratok. Terdapat beberapa
kategori LINUS iaitu LINUS biasa, dan LINUS Tegar. Guru Besar turut
mengingatkan bahawa faktor keturunan bukan masalah utama LINUS. Penetapan
KPI LBI, LBM, dan NUMERASI di peringkat SEKOLAH mesti 100% sebelum
Tahun 4 kecuali KPI LBI sahaja 90% kerana terdapat Saringan Khas Tahun 4 bagi
LBI. Pelaksanaan dan pelaporan LINUS perlu dibuat secara telus bagi
mengelakkan pihak pentadbir sekolah dipanggil ketika data LINUS dipaaparkan
melalui DASHBOARD ketika dialog prestasi di peringkat PPD, ataupun JPN.
Beliau turut membangkitkan beberapa isu tentang LINUS seperti:-
Tiada pembetulan dibuat ketika pemeriksaan kertas saringan LINUS.
Markah ada, tetapi saringan tidak dilaksanakan.
Pendokumentasian LINUS perlu dibuat dengan baik, dan teratur
Murid perlu menguasai Konstruk 3 sehingga Konstruk 12, manakala murid
yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dianggap sebagai LINUS
Tegar.
Semua guru LINUS perlu pastikan perekodan, dan pelaporan LINUS betul
dan tepat.
Pendokumentasian perlu 3 TAHUN kebelakang (2014,2015, dan 2016)

2.0 Pengesahan minit Mesyuarat LINUS 2016.


Minit mesyuarat LINUS 2016 telah disokong oleh Pn Nona bt Sulong, dan disahkan
oleh En. Anuar b. Kapok

3.0 Ucapan Penyelaras LINUS, Pn. Rosnani bt Bujang


Pn. Rosnani menyatakan fokus utama 2017 oleh Unit LINUS PPD Saratok ialah
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP LINUS), dan aktiviti Intervensi LINUS. Beliau turt
mengingatkan semua guru LINUS mesti mempunyai senarai nama murid LINUS.
Beliau turut memfokuskan tentang sesi penulisan Rancangan Pengajaran Harian
LINUS 2.0 dari segi objektif, aktiviti, dan refleksi. Semua guru LINUS boleh
menggunakan Modul LINUS 2.0 yang dibekalkan oleh KPM sebagai aktiviti
pengayaan.
4.0 Pelantikan Jawatankuasa Organisasi LINUS 2.0 2017
Jawatankuasa Organisasi Linus 2.0 Sekolah Kebangsaan Abang Leman adalah
seperti berikut:-

Pengerusi : Tn. Hj Bujang b. Hj. Lee (Guru Besar)


N. Pengerusi 1 : Pn. Fatimah bt Hj. Bili (GPK Pentadbiran)
N. Pengerusi 2 : En. Opandi b. Dris (GPK Hal Ehwal Murid)
N. Pengerusi 3 : En. Yusuf b. Sanyut (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Rosnani bt Bujang
Pen. Penyelaras : En. Zharif Asyraf bin Khozali
Setiausaha LBI : Amalina bt Hasbi
Setiausaha LBM : Pn. Hasnah bt Lee
Setiausaha Numerasi : Pn. Puspaliza bt. Sekeli
Bendahari : Pn. Khadziah bt Bujang
Ahli-ahli : Semua Guru LINUS
Guru Kaunseling
Guru Pendidikan Khas/LINUS
Ketua Panitia BM, BI, dan Matematik

5.0 Pemulihan LINUS oleh Guru Pemulihan Khas, Pn. Hasnah bt Lee
Beliau menyatakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Linus bagi Bahasa Melayu
adalah 6 waktu dan Matematik 10 waktu. Antara contoh Program Pemulihan
LINUS yang telah dijalankan seperti Anakku Membaca.

6.0 KPI Linus 2.0


Antara perkara yang disentuh
1) Penghantaran maklumat LINUS- sebelum portal dibuka, saringan mesti
disiapkan.
2) Pelaporan Program Intervensi
3) Pengisian Saringan (Portal LINUS)
4) Penghantaran Tapak Analisis-
5) Sifar kesalahan pada penandaan instrumen saringan dan BPPI.

7.0 Takwim LINUS 2.0 2017 (rujuk lampiran)


8.0 Pelan Tindakan LINUS 2.0 2017 (rujuk lampiran)

9.0 Program Intervensi 2017


Penyelaras LINUS, Pn. Rosnani bt Bujang menyatakan pelaksanaan program
intervensi adalah fleksibel. Ia bergantung kepada guru itu sendiri sama ada hendak
dilaksanakan diawal, ketika, atau diakhir sesi PdP. Guru perlu mengenalpasti masalah
dalam kalangan murid dan memikirkan intervensi yang sesuai untuk mengatasi
masalah tersebut. Maka, semua guru LINUS telah dikehendaki mengisi Borang
Program Intervensi (rujuk Lampiran) sebagai maklumat kepada Penyelaras LINUS.

10.0 Lain-lain Perkara.


1) Penyelaras LINUS memaklumkan Hari Pelancaran Program LINUS dijangka
dalam bulan April.
2) Penyelaras LINUS juga turut menyentuh tentang pengurusan biilik LINUS
seperti penyusunan fail, modul, dan keceriaan bilik.
3) Penyelaras LINUS mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran, dan semua guru yang hadir dalam mensyuarat
pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan jam 1350.

Dicadangkan : En. Anuar b. Kapok


Disokong : Pn. Nona bt Sulong

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.. ............
(ZHARIF ASYRAF B. KHOZALI) (FATIMAH BT BILI)
Pen. Penyelaras LINUS GPK Pentadbiran

Potrebbero piacerti anche