Sei sulla pagina 1di 4

4.

0 TINJAUAN LITERATUR

Kajian tindakan merupakan salah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan

pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis, dan

bersedia untuk mengubah amalannya. Ia juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran

sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk

memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Elliot (1981) mendefinisikan kajian tindakan

sebagai kerangka untuk penilaian kendiri (framework for self-evaluation) di sekolah dan

pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk

memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial. Pengkaji telah

membuat beberapa tinjauan literatur tentang kajian-kajian dan kenyataan yang dikeluarkan

individu tertentu dalam lingkungan tajuk yang sama meliputi kemahiran bahasa, penulisan

karangan dan nilai murni.

Atkinson dan Hilgard (1983) mendefinisikan persepsi sebagai proses menyusun dan

mentafsir pola-pola rangsangan melalui organ penerimaan dan kemudian menghasilkan dan

membentuk imej mengenai persekitaran. Lavvesque (1992) telah mendefinisikan persepsi

sebagai suatu proses bagaimana manusia memproses dan mengendalikan pelbagai

maklumat yang didapati daripada persekitarannya dengan menggunakan

pancainderanya.Mengikut Don Bryne (1979), dalam Mohd Norizwan (2009), simbol grafik

semasa menulis adalah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan

dengan lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap. Setiap murid mempunyai sikap dan

pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti murid

yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran. Setelah itu, beri mereka

motivasi agar mereka mengubah daripada berpandangan atau bersikap negatif terhadap

pelajaran kepada sikap positif ( Mohd. Kamarul Yusri Khaidzir: 2004). Mengenai proses

pengajaran dan pembelajaran, Atan Long (1979) mendefinisikan pengajaran sebagai satu

tingkah laku yang memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar untuk membantu mereka

dalam proses pembelajaran. Pengajaran adalah salah satu daripada tiga faktor yang saling
berkaitan selain daripada pembelajaran dan isi kandungan (kurikulum). Pembelajaran ialah

satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan. Ia berlaku di

dalam diri seseorang sejak ia dilahirkan. Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan

strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta

memperoleh kebiasaan, pengetahuan dan sikap positif (Boon & Ragbir 1998). Untuk kajian

ini pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada aktivitiaktiviti yang telah dirancang oleh

guru mengikut sukatan pelajaran, penyediaan dan pembinaan bahan edaran, proses

mengajar dalam bilik darjah, membina soalan-soalan ujian dan membuat lembaran kerja.

Terdapat empat kemahiran yang dipentingkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini iaitu

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Antara keempat-empat kemahiran

tersebut, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks. Menurut Abdul

Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis

menjadikan murid lemah dan berminat dalam mata

pelajaran bahasa Melayu.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid-

murid. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis, pelajar

akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman,

perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri

sendiri (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz, 1997). Penekanan terhadap aspek

kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KSSR bagaimanapun tidak menjamin

pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan

sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd. Nashuha Jamiidin, 1995).

Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan

pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun

2020. Siri panduan Guru KBSR Jilid 3 (1992) pula menyatakan bahawa terdapat sub
kemahiran dalam tulisan mekanis iaitu kemahiran tulisan tangan, kemahiran huruf besar,

kemahiran tanda baca dan kemahiran mengeja. Dalam sub kemahiran tulisan tangan, fokus

pembelajaran adalah terhadap pembentukan huruf dan konsep jarak antara perkataan

dalam ayat. Perkara ini amat bersesuaian dengan kajian yang

dijalankan bagi mengatasi masalah huruf besar dan huruf kecil yang bercampur

campur dalam penulisan responden.

Menurut kajian British et al. (1975, dalam Mohd Norizwan, 2009) kemahiran menulis amat

diperlukan dalam pelbagai mata pelajaran yang dipelajari di sekolahsekolah Britain.

Kepentingan menguasai kemahiran menulis juga telah ditekankan oleh Kamarudin dan Siti

Hajar (1997) iaitu kemahiran menulis penting dalam kalangan pelajar kerana mereka bakal

menjadi penulis yang akan mengisi khazanah dan budaya bangsa. Hal ini sejajar dengan

saranan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam Buku Panduan Guru Bahasa

Malaysia Tahun 1 (2011) yang telah

menggariskan prinsip pengajaran kemahiran menulis iaitu:

... melahirkan idea dalam bentuk penulisan dan perlu mengamalkan prinsip ansur maju,

keseragaman dalam membentuk dan menulis huruf perlu dititikberatkan dan latihan menulis

yang berterusan perlu dijadikan amalan.

(Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2011, p. 7-8)

Menurut Siti Hajar (2009), aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah

dibahagikan kepada peringkat-peringkat seperti mengenal dan mengecam abjad, menyebut

nama huruf kecil secara rawak, mengenal dan membezakan huruf kecil yang sama bentuk,

mengecam nama huruf besar mengikut turutan, menyebut

nama huruf besar secara rawak, mengenal dan membezakan huruf kecil dan huruf

besar secara berperingkat-peringkat.

Menurut Sundralingam (1989), kegagalan murid menulis karangan yang baik ialah kerana

guru bahasa masih menggunakan pendekatan yang tradisional. Guru mengemukakan satu
tajuk karangan, seterusnya membincangkan isi-isi penting bersama murid dan kemudian

murid akan menulis tajuk tersebut. Pendekatan ini bukan sahaja tidak menggalakkan hasil

penulisan yang baik, kerana guru tidak memberi rangsangan yang sesuai untuk

mencetuskan pemikiran murid serta tidak menggerakkan minat, malah murid juga kurang

dipandu dari aspek proses menulis mengikut tahap-tahap tertentu. Kesimpulannya, didapati

prestasi dan kemampuan murid menulis karangan yang baik masih rendah dan perlukan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran menulis karangan yang sesuai dengan kehendak

dan

kemampuan murid sendiri.

Kemahiran mengenal dan membezakan huruf kecil yang hampir sama bentuk perlu dikuasai

oleh responden kerana kemahiran ini merupakan asas dalam kemahiran membaca. Dalam

perkembangan fizikal dan mental sepanjang zaman prasekolah, kanak-kanak biasanya

mengalami kekeliruan huruf (Rosener dan Rosener, 1990). Kekeliruan tersebut biasanya

hilang secara beransur-ansur apabila kanakkanak melangkah ke alam persekolahan. Isu

kekeliruan dan kelewatan

perkembangan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak dikenali sebagai disleksia.

Gibson dan Lewin (1975) telah mengenal pasti huruf yang dipelajari dengan mengenali ciri-

ciri spatial yang tertentu. Dalam kes ini, guru-guru sangat berperanan untuk membantu

kanak-kanak pada tahap awal membaca untuk membezakan hurufhuruf secara visual

dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti buku huruf dan

penggunaan kad huruf.

Potrebbero piacerti anche