Sei sulla pagina 1di 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SAUJANA,


TAMAN SRI SAUJANA,
81900 KOTA TINGGI, TEL: 07-8835103
JOHOR FAX : 07-8835100

MINIT MESYUARAT RMT BIL 1/2017

Tarikh : 22 Januari 2017

Masa : 1.10 - 2.10pm

Tempat : Kantin SK Seri Saujana

Pengerusi : Pn. Halida Bt Bakri

Kehadiran(Bilangan) : 7 orang

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa
dalam mesyuarat RMT kali pertama.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan
sepanjang pelaksanaan RMT yang dijalankan sepanjang tahun 2017 ini.
1.3 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat pada kali ini lebih tertumpu kepada
pelaksanaan pengagihan RMT kepada murid yang layak.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00


PK07 Pengurusan Mesyuarat

Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Zurainie Binti Mas Agus Darwish.

2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn Wan Haslina Binti Abdullah.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Murid-murid RMT akan menerima makanan pada waktu rehat. Guru

bertugas harian diminta mencatat laporan harian RMT pada waktu rehat

dan melaporkan tentang masalah RMT kepada Guru RMT atau Guru

HEM.

Tindakan: Guru bertugas


harian

3.2 Kebersihan Kantin

3.2.1 Guru-guru diminta memberi kerjasama untuk memupuk nilai menjaga

kebersihan diri murid-murid semasa makan di kantin. Murid-murid yang

telah makan mestilah buang sampah ke dalam tong sampah yang

disediakan.

3.2.2 Guru-guru yang bertugas pada hari tersebut diminta juga buat pemantauan

sekeliling sekolah untuk memastikan sekeliling kantin sentiasa dalam

keadaan yang bersih.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00


PK07 Pengurusan Mesyuarat

Tindakan: Pengusaha Kantin & AJK RMT

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1. Pengerusi mengumumkan lantikan baru AJK RMT bagi tahun 2017. Senarai
nama guru RMT dan tugas ada dalam Lampiran 1. Termasuk jadual bertugas
harian

Tindakan: AJK RMT


4.2. Mengenalpasti murid-murid yang layak menerima RMT bagi tahun 2017.
Mengedar dan mengumpulkan borang maklumat murid RMT untuk simpanan
fail.

Tindakan: AJK RMT


4.3 Merancang dan menetapkan menu harian RMT bersama pengusaga kantin.
Menu akan dipaparkan di papan kenyataan di kantin untuk rujukan AJK RMT.

Tindakan: Pengusaha Kantin & AJK RMT

5 HAL-HAL LAIN

5.1.Guru yang bertugas perlu sentiasa memastikan murid makan tepat pada masa
dan tidak membazir.

Tindakan: Guru bertugas harian

5.2 Guru bertugas perlu membuat laporan harian untuk simpanan fail dan juga rujukan
pengusaha kantin untuk penambahbaikan.

Tindakan: Guru bertugas harian

6 PENUTUP

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00


PK07 Pengurusan Mesyuarat

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.10 petang

Disediakan oleh,

( NORATIQAH BINTI AYOB )


Urus Setia

Tarikh : 23 Januari 2017

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00