Sei sulla pagina 1di 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Kokurikulum

Unit Beruniform : Pengakap Kanak-kanak

Tarikh : 26 Julai 2017 (Rabu)

Masa : 1.30 petang 2.30 petang

Tajuk : Kawad kaki

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton pertandingan kawad kaki.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1. Psikomotor : Membuat sekurangnya dua jenis pergerakan kawad kaki dengan arahan yang
betul.
2. Kognitif : Mengetahui perbezaan setiap hukaman kawad yang diberikan.
3. Afektif : Meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti yang dijalankan.

Nilai : Kerjasama, Keyakinan diri

Bahan Bantu Mengajar : Pembesar suara, marker, gambar


LANGKAH / MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN
PEMBELAJARAN

1. Permulaan 1. Pengenalan tajuk aktiviti yang akan 1. Guru menunjukkan gambar sekumpulan Fasa Permulaan
(5 minit) dijalankan pengakap sedang melakukan kawad kaki. Strategi :
2. Guru menyoal murid apa yang akan dipelajari. Hubungkait
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi BBM :
pelajaran. Gambar
4. Guru menyatakan aktiviti yang akan
berlangsung sempena perkhemahan yang akan
dijalankan.

2. Perkembangan Aktiviti 1 1. Murid didedahkan semula dengan pergerakan- Fasa Perkembangan


(40 minit) Pendedahan Kawad Statik Dan Dinamik pergerakan dan arahan. BBM :
2. Guru akan mengajar semua pergerakan kawad Kertas arahan
statik dan dinamik supaya peserta mengingati
kembali pergerakan kawad kaki:
- Masuk baris dan paraskan skuad.
- Kawad statik (sedia, senang diri, buka dan
tutup barisan, berpusing, luruskan barisan)
-Kawad dinamik (berjalan, berhenti, hormat ke
hadapan, hormat terima sijil,tukar langkah)
Aktiviti 2 1. Murid dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil
Pengendalian Aktiviti Kawad Kaki bagi membuat latihan secara berkumpulan.
2. Setiap murid diminta memberi arahan hukuman
masuk baris dan paraskan skuad.
3. Setiap murid diminta mengambil giliran untuk
memberi arahan dalam kumpulan masing-
masing.
4. Guru akan membuat pembetulan dan menegur
mana-mana pergerakan yang tidak betul.

Aktiviti 3 1. Murid akan dikumpulkan semula dalam Fasa Kemuncak


Pengurusan Selepas Latihan Kawad kumpulan besar untuk membuat latihan bersama. Pengukuhan latihan
Kaki 2. Murid akan dipilih secara rawak untuk diuji.
Guru akan memberikan jenis pergerakan dan
murid akan memberi arahan kepada sekawan
yang lain.
3. Denda akan dikenakan kepada murid dan ahli
sekawan yang lain sekiranya kesilapan
dilakukan.Ia bertujuan supaya murid lebih fokus
kepada latihan yang diberikan.

Penutup 1.Persembahan murid 1. Murid akan melakukan persembahan penuh Fasa Penutup
(15 minit) kawad kaki di hadapan guru. Kemahiran membuat
2.Guru memberi komen tentang 2.Guru memberi penerangan dan memberikan kesimpulan
persembahan murid. komen apa yang perlu dibaiki dalam
persembahan kawad kaki mereka.
3. Refleksi - Arahan hukuman yang jelas dan lantang
- Keseragaman pergerakan
3. Guru membuat rumusan pendek tentang aktiviti
yang dijalankan dan penerapan nilai.

Potrebbero piacerti anche