Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH

33000 KUALA KANGSAR


PERAK

MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


DAN PROGRAM SUSU SEKOLAH BIL 2 / 2016

Tarikh : 9 September 2016


Hari : Jumaat
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Sains
Kehadiran : 9 orang

1. Pn. Junaidah Bt Zainal Abidin


2. Pn. Haniza Bt Abd. Rahim
3. Pn.Hawa bt.Abdul Raman
4. En. Syahriman Irwan b. Md Yusof
5. En. Fakrumizi b. Ya
6. Pn. Norazlin Bt Mat Isa
7. Pn. Norhayatti bt. Md Johor
8. Pn. Ayu bt Baharuddin
9. Pn. Nurul Syaznie bt. Md Salleh

Tidak hadir :-

Agenda :

1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis.


1.1 Pn. Hawa selaku pengerusi mengucapkan terima kasih dan melahirkan rasa
bersyukur kepada ilahi kerana dapat bersama-sama menghadiri Mesyuarat
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kali kedua pada tahun ini.

Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan alu-aluan Penasihat


2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat menghadiri
Mesyuarat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kali kedua pada tahun ini.
2.2 Beliau berharap mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan mendapat persetujuan
bersama.
Tindakan: Makluman

3.0 Perluasan RMT


3.1 Pn. Hawa memaklumkan perluasan RMT mengikut surat siaran yang telah
diperolehinya.
3.2 Pn. Hawa memaklumkan murid RMT akan memperolehi makanan tambahan
sebanyak RM1.50 selama 50 hari sehingga cuti sekolah yang bermula 19/9/2016.
3.3 Pn. Hawa memaklumkan murid akan makan 2 kali setiap hari iaitu waktu pagi dan
waktu rehat.
3.4 Pn.Hawa memaklumkan senarai makanan (menu) telah disediakan dan pihak
sekolah perlu untuk memilih makanan yang sesuai untuk diberikan kepada murid-
murid yang menerima makanan tambahan ini ( sila lihat lampiran ).
3.5 Semua guru sebulat suara bersetuju agar pihak sekolah menetapkan senarai
makanan dan menyerahkan senarai makanan kepada pengusaha kantin (sila lihat
lampiran).
3.6 Cadangan menu :-
a) Waktu pagi Air mineral cup + Susu Sekolah + Makanan mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
b) Waktu rehat Milo ais + Makanan mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.7 Pn. Hawa dan Pn. Junaidah akan berbincang dengan pengusaha kantin untuk
memaklumkan perkara ini dan makanan perlu diisi dalam bekas serta diletakkan
diatas meja yang telah ditetapkan.
3.8 Pn. Hawa memaklumkan makan waktu pagi bermula 7.00 pagi hingga 7.30 pagi.
3.9 Pn. Hawa berharap semua guru kelas menghantar buku RMT secepat mungkin
untuk disemak.

4.0 Hal-hal lain


4.1 Pn. Junaidah mencadangkan guru bertugas perlu memberi maklumbalas pada
setiap hari tentang makanan yang diberikan kepada murid untuk
penambahbaikan.
4.2 Pn. Norhayatti berharap buah yang disediakan pada setiap hari perlu
dipelbagaikan.
4.3 Pn. Junaidah berharap guru bertugas perlu memastikan makanan yang dibekalkan
segar dan mengandungi khasiat.

Tindakan: Guru mata pelajaran

5. Ucapan penangguhan

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana kerjasama yang
diberi sepanjang mesyuarat ini dijalankan. Beliau berharap semua perkara yang
telah dibincangkan di dalam mesyuarat ini perlu diambil tindakan. Selain itu, beliau
memohon maaf senandainya sepanjang beliau mengendalikan mesyuarat terdapat
kesilapan yang dilakukan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.40 pagi.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

.
(PN. NORHAYATTI BT MOHD JOHOR) (PN.HAWA BT ABD. RAMAN)
Setiausaha RMT dan Program Susu Sekolah GURU HAL EHWAL MURID

Potrebbero piacerti anche