Sei sulla pagina 1di 4

Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah

Program UB di Sekolah Rendah


Merancang Program
Program Jangka Pendek dan panjang

Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada


murid-murid tahun 4,5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform
ditubuhkan. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah ialah Kadet
Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, dan Bulan Sabit
Merah Malaysia. Dalam merancang program unit beruniform KRS di sekolah,
terdapat skema yang perlu diikuti iaitu:

1. Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan


Penyelarasan KRS.

2. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan


menghebahkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar

3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan


Kegiatan KRS yang terdiri daripada guru-guru penasihat

4. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam


pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan
merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan

5. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan


kaedah baru pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan

6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran

7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-


kemudahan asas

8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan

9. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta


modal bidang kokurikulum
10. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan
kokurikulum sekolah

11. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-


guru

12. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS

13. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan


program

14. Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar

15. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan

16. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan


penglibatan pelajar dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa

Prinsip merancang program seperti berikut:

1. menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan


pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum

2. merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang


berbentuk aktiviti

3. semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar


kapada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat
patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah

4. menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi

5. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran,


pencapaian, dan kepimpinan

6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi


peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat
7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk
memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak
ramai

8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan


kokurikulum yang dirancang

9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan,


syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan
institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan
mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum

10. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya


saing dan daya tahan masing-masing

11. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan


kokurikulum yang dianjur

Program jangka pendek dan panjang

Program jangka pendek merupakan perancangan terperinci yang


dilakukan oleh pengurus peringkat bawahan. Jangka masanya paling pendek
kurang daripada satu tahun. Program ini menekankan pada tugas-tugas rutin dan
dilakukan secara berulang-ulang seperti kerja harian, mingguan, dan bulanan. Antara
contoh program jangka pendek ialah persediaan untuk pertandingan kawab kaki
daerah dan sekolah, perujian dan pentauliahan pangkat kadet, perkhemahan,
rombongan atau program perdana dan lain-lain. Manakala program jangka panjang
pula bertujuan untuk meningkatkan peratus markah aspek kehadiran setiap ahli.
Jangka masanya adalah panjang sekurang-kurang tiga tahun. contohnya seperti
perjumpaan Unir Beruniform Kadet Remaja 100% pelajar menghadiri aktiviti badan
beruniform.
Pertandingan kawab kaki peringkat Pentauliahan pangkat KRS

Sekolah

Perkhemahan KRS Rombongan/Program Perdana KRS

Potrebbero piacerti anche