Sei sulla pagina 1di 5

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP

NAMA : RANJINI VALAUTHAN

PROGRAM : PISMP BM (SJKT)

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SEKOLAH

JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) MENTAKAB

NAMA PROJEK : PROJEK SANTAPAN PAGI

TEMPOH PELAKSANAAN : 07 OGOS 2017 25 OGOS 2017

OBJEKTIF PROJEK :

Pelaksanaan Projek ini diharap akan dapat menghasilkan :

1. Murid boleh membaca dan menambah perbendaharaan kata.

2. Murid boleh bina ayat yang mudah dengan struktur yang betul.

3. Murid dapat minimum C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

4. Murid dapat berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.

5. Murid dapat menunjukkan minat membaca Bahasa Malaysia.

STRATEGI PELAKSANAAN :

Pada mulannya, saya bersama rakan praktikum saya Lalitha Hasokar telah
berbincang dengan Penolong Kanan Pentadbiran Pn.G.Sugandhi dan Guru Besar
En.James Pichaipillai tentang pelaksanaan projek santapan pagi. Guru Besar telah memberi
persetujuan dan telah memberikan beberapa cadangan mengenai pelaksanaan projek ini.
Guru pusat sumbersekolah Pn.Shanthini turut diminta untuk menyertai projek ini untuk
membimbing kami sepanjang pelaksanaan projek ini. Terlebih dahulu kami telah
menyediakan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan dan pengesahan daripada guru
besar dan juga guru penolong kanan pentadbiran. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang
dirangka untuk dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

09.08.2017

7.45 - 8.45 pg - Teka Silangkata (tahap 1 dan 2)

10.08. 2017

7.45 8.45 pg - Membina banyak perkataan (tahap 1 dan 2)

11.08.2017

7.45 8.45 pg - Permainan Ejaan (Speling Bee) - tahap 1 dan 2

14.08.2017

7.45 8.45 pg - Permainan tatabahasa (Surat Khabar) - tahap 1 dan 2

15.08.2017

7.45 8.45 pg - Mencari harta kanun (tahap 1dan 2)

REFLEKSI

KEKUATAN :

Membina semangat membaca di kalangan murid sekolah, terutama matapelajaran


Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan negara kita.
Meningkatkan potensi murid dalam bidang Bahasa Malaysia.
Meningkatkan prestasi Bahasa Malaysia di dalam UPSR.
Memberi motivasi untuk murid-murid membaca bahasa kebangsaan negara kita.
Memfasihkan murid-murid bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Murid-murid dapat mempelajari perkataan yang baru.
Murid-murid dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk membina ayat dan perkataan
dengan baik.
Murid-murid mendapat pendedahan mengenai aktiviti MENCARI PERKATAAN DARI
PERKATAAN.
Murid-murid menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi.
Menarik minat murid melalui aktiviti Bahasa yang pelbagai.
Membina keyakinan diri serta dapat meningkatkan perbendaharaan kata.

KELEMAHAN

Murid murid tidak dapat mengambil bahagian bersungguh sungguh semasa


sesuatu aktiviti dijalankan kerana tidak mengikut tahap murid.
Murid murid yang lemah patut diberi lebih tumpuan semasa program ini dijalankan.
Murid terlalu bergantung kepada rakan semasa kerja kumpulan.

ISU ISU PENAMBAHBAIKKAN

Aktiviti yang dijalankan harus mengikut tahap murid seperti cemerlang, sederhana
dan lemah.
Murid lemah patut diberi tumpuan yang lebih menarik seperti, bercerita, memberi
latihan yang menarik dalam power point.
Murid- murid juga harus diberi set induksi yang lebih menarik.
Murid harus diberi latihan individu yang lebih supaya berdikari dan memupuk
semangat keyakinan.

Guru mencadangkan murid perlu dikategorikan dalam kumpulan kecil


mengikut dengan pencapaian akademik. Terutamanya murid-murid yang lemah perlu
diberi tumpuan yang lebih mendalam. Mereka harus diasingkan dan menyediakan bahan
bacaan yang bersesuai dengan tahap mereka. Selain itu, guru-guru dan murid-murid
perlu lebih disiplin dan menepati masa semasa menjalankan program bacaan pagi.
Bahan-bahan bacaan harus disediakan pelbagai ragam dan jenis supaya menarik dan
memupuk minat membaca. Terutamya bahan bacaan menambahkan pengetahuan Am
dikalangan murid-murid. Bahan bacaan boleh disediakan dalam berwarna-warni supaya
murid seronok membaca .

Guru - guru berminat dengan program ini kerana dapat lihat perubahan dalam
prestasi penguasaan Bahasa Malaysia. Guru-guru berpendapat penguasaan 100%
dalam Bahasa Malaysia dapat dicapai jika program ini dapat diteruskan pada setiap
tahun . Program ini akan diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik iaitu
dengan menyediakan pelbagai bahan bacaan dan aktiviti yang menyeronokkan . Aktiviti
program ini akan diterapkan dalam Persatuan Bahasa Malaysia iaitu semasa waktu ko -
kurikulum.

KEBERKESANAN PROGRAM SANTAPAN PAGI

Tempoh masa yang dijalankan tidak mencukupi untuk melihat keberkesanan


seperti mana di harapkan. Walaubagaimanapun murid telah menunjukkan minat dan aktif
dalam aktiviti yang dianjurkan. Pada waktu pagi, program bacaan santapan pagi
telah dijalankan.Program ini telah memupuk amalan membaca dan kemahiran bertutur
dalam kalangan murid SJK(T)Bandar Mentakab. Ia telah meningkatkan
penguasaan perbendaharaan kata ,kemahiran membaca dan menulis di kalangan murid-
murid . Murid-murid juga dapat membina ayat yang mudah dengan penggunaan struktur
ayat yang betul. Selain itu murid dapat berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia diantara
murid dengan guru . Ia juga dapat meningkatkan minat membaca Bahasa Malaysia
dikalangan murid-murid serta mencintai bahasa kebangsaan kita. Murid-murid cuba
mendapat minimum C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam ujian lisan
dan bacaan. Murid - murid telah menunjukkan penglibatan segara aktif dalam program ini,
terutamanya Program bacaan pagi.

Guru-guru mengharapkan program ini akan diteruskan kerana ada peningkatan


dan kemajuan dalam pencapaian akademik murid. Program ini juga membantu guru bahasa
Malaysia menjalankan pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Selain itu,
program ini sangatbermanfaat kepada murid-murid pemulihan supaya mudah membaca dan
menulis perkataan . Program ini memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan
mata pelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan waktu pagi adalah sesuai dan digunakan
dengan cara yang terbaik.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program santapan pagi seperti silangkata,


membina perkataan, pertandingan lebah telah meningkatkan minat pelajar dan memberi
kesedaran menguasai Bahasa Malaysia. Selain itu,mereka juga tolong- menolong dan
berkerjasama antara satu sama lain untuk merebut hadiah yang diberi. Akhir kata, program
ini harus diteruskan pada setiap masa untuk mencapai dan meningkatkan prestasi akademik
dikalangan murid-murid terutamnya murid di luar bandar.
Aktiviti-aktiviti Projek Santapan Pagi

Potrebbero piacerti anche