Sei sulla pagina 1di 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM

16370 BACHOK, KELANTAN DARULNAIM


Tel : 09-7530067 Faks : 09-7530068
Email : skbekelam@gmail.com

Ruj. Kami : skb700-1/6( )


Tarikh : 09 Januari 2017

Jawatankuasa Panita Bahasa Inggeris,


(Lampiran 1)
Sekolah Kebangsaan Bekelam,
16370 Bachok,
KELANTAN DARUL NAIM

Tuan,

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1/2017

Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 16 Januari 2017


Masa : 01.40 Tengahari
Tempat : Bilik Transformasi
Pengerusi : Encik Rosli Bin Awang (Guru Besar)

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Mengesahkan minit mesyuarat (Bil 3/2016)
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Fokus mesyuarat
3.5 Program panitia 2017
3.6 Hal-hal lain.

4. Diharap semua yang terlibat dapat menghadirkan diri. Kerjasama pihak tuan amat
dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

ROSLI BIN AWANG


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bekelam,
16370 Bachok, Kelantan.

s.k
1. fail
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 1/2017

Tarikh : 28 Mac 2017


Masa : 01.30 Tengahari
Tempat : Bilik Transformasi
Pengerusi : Encik Rosli Bin Awang (Guru Besar)
Agenda :
1. Perutusan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat (Bil 4/2016)
3. Perkara berbangkit
4. Post mortem Subjek Bahasa Inggeris Latihan Kecemerlangan 1 2017
5. Hal-hal lain.

Kehadiran : (Lampiran 1)
1. Encik Rosli Bin Awang (Guru Besar)
2. Puan Salmiah Bt Jusoh (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan Hjh Rosliza Bt Mohamed (Ketua Panitia)
4. Puan Azlin Bt Idris (S/U Panitia)
5. Puan Asmat Bt Ismail
6. Puan Nik Dzrifah Bt Nik Mohamed

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul-Kitab.
1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.3 Pengerusi merakamkan terima kasih atas usaha guru-guru bahasa Inggeris yang cuba
sedaya untuk meningkatkan prestasi matapelajaran ini dalam Peperiksaan LK 1 kali ini.
1.4 Beliau menegaskan walaupun pencapaian masih rendah namun adanya peningkatan
menandakan komitmen yang diberikan oleh semua guru adalah sejajar dengan
tanggungjawab masing-masing.
1.5 Pengerusi mahu semua guru-guru Bahasa Inggeris cuba fikirkan strategi yang sesuai untuk
mempastikan prestasi subjek ini terus meningkat.
Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan minit mesyuarat 4/2016


2.1 Cadangan Pengesahan : Pn Hjh Rosliza
2.2 Sokongan : Puan Nik Dzrifah
Tindakan : Makluman

3.0 Perkara berbangkit


3.1 Puan Azlin membangkitkan tentang perkara 4.6 Kewangan. Para 2 berkenaan dengan
perincian perbelanjaan kewangan panitia. Mengikut perancangan budget yang dirangka
adalah RM358.20 (termasuk buku latihan dan BBM). Beliau meminta pengesahan jumlah
peruntukan panitia Bahasa Inggeris.
3.2 Pengerusi menjelas bahawa pihak sekolah baru menerima peruntukan daripada pihak
kementerian dan pembantu tadbir kewangan masih dalam proses membuat perincian
belanjawan 2017. Beliau akan memaklumkan secepat mungkin selepas belanjawan yang
lengkap diberikan kepada beliau.
Tindakan : Pengerusi
4.0 Post-mortem Subjek Bahasa Inggeris Latihan Kecemerlangan 1 2017
4.1 Puan Hjh Rosliza mengedarkan analisa Subjek matapelajaran Bahasa Inggeris Latihan
Kecemerlangan 1 2017 (lampiran 1) kepada semua.
4.2 Pengerusi menarik perhatian guru-guru kepada keputusan tahap 2 terutama Tahun 5 (5
juara dan 5 Tekun).
4.3 Kelas 5 Juara masih belum ada yang mendapat A Bi Pemahaman dan BI Penullisan. Puan
Azlin menerangkan bahawa murid masih kurang pendedahan kepada format dan cara
menjawab soalan berformat UPSR. Beliau dalam proses menghabiskan sukatan sambil
memberi latih tubi soalan berformat UPSR.
Tindakan : Puan Azlin

4.4 Puan Hajah Rosliza juga menjelaskan bahawa murid 5 Tekun bermasalah dari segi sikap
dimana mereka sangat malas dan tidak bermotivasi. Kertas jawapan ditinggalkan kosong dan
tidak ada inisiatif untuk cuba menjawab soalan. Beliau sekarang berusaha agar murid
sekurang-kurang menjawab soalan peperiksaan tanpa meninggalkan jawapan kosong.
Tindakan : Pn Rosliza

4.5 pengerusi berterima kasih atas usaha yang dilakukan oleh mereka dan meminta agar guru-
guru tidak berputus asa dalam mencari jalan dan inisiatif supaya prestasi matapelajaran dapat
ditingkatkan.
Tindakan semua guru BI

5.0 Hal-hal lain


5.1 Memandangkan En Zawawi mendapat memo pertukaran, Puan Hjh Rosliza memohon supaya
diselaraskan pengagihan peruntukan masa untuk kelas tahun 4. Memandangkan guru Bahasa
Inggeris telah berkurang, beliau memohon pertimbangan Guru Besar untuk pembahagian masa
dapat diselaraskan sebaik mungkin memandangkan guru-guru tahun 6 menggalas tugas yang
agak berat untuk meningkatkan prestasi UPSR.
5.2 Pengerusi akan berbincang dengan Penolong Kanan Pentadbiran dan mempertimbangkan
perkara tersebut.
Tindakan : Pengerusi

6.0 Penutup
6.1 Pengerusi mahu semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan segera. Beliau
mahu melihat peningkatan dan maklumbalas yang positif dapat dilihat dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun.
6.2 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih dan berharap agar segala usaha diberkati
Allah SWT dan memberi ganjaran bukan sahaja di dunia bahkan akhirat juga. Insyaallah.

Disudahi dengan Sura Al-Asr.

Mesyuarat ditangguh jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

AZLIN BT IDRIS,
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris,
Sekolah Kebangsaan Bekelam.

Potrebbero piacerti anche