Sei sulla pagina 1di 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK MENARA

21210 KUALA TERENGGANU


KUALA TERENGGANU.
TEL: 09- 6156686

YAB Dato Seri Hj. Ahmad Said


Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16,
Wisma Darul Iman,
20502 Kuala Terengganu 2 JULAI 2013

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM LAWATAN KE ZOO


KEMAMAN UNTUK MURID - MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)

Merujuk perkara di atas pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak YAB Dato Seri
untuk pihak kami menjalankan Pogram Lawatan Berilmiah Ke Zoo Kemaman untuk murid-murid
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dan murid-murid Pendidikan
Pemulihan Khas seperti berikut :

1.1 Nama Program : Lawatan Berilmiah ke Zoo Kemaman


1.2 Tarikh Pelaksanaan : 8 Julai 2013 (Isnin)
1.3 Masa : 8.00 pagi 2.30 petang
1.4 Tempat : Zoo Kemaman, Kemaman, Terengganu

2. Untuk makluman YAB Dato Seri, program ini dianjurkan buat pertama kali yang melibatkan
kawasan luar dari daerah Kuala Terengganu bersama murid-murid PPKIBP Sekolah Kebangsaan
Teluk Menara.

3. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak YAB Dato Seri dapat menghulurkan sumbangan
bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut. Sumbangan boleh dihulurkan
dalam bentuk seperti berikut :

3.1 Tajaan Makanan untuk 32 orang murid bersama 8 orang guru atau
3.2 Wang Tunai atau
3.3 Pengangkutan

4. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, sila hubungi Penyelaras PPKIBP, Encik A. Karim
bin A. Rahman di talian 010-9157748.

5. Bersama-sama ini disertakan kertas cadangan yang telah kami sediakan untuk rujukan pihak
tuan. Kerjasama pihak tuan memberikan sumbangan dalam menyempurnakan program ini amatlah
kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Disahkan oleh,

.. ..........
( A. KARIM BIN A. RAHMAN) (EN. MAT ZAKI BIN EMBONG)
Penyelaras PPKIBP,
Sekolah Kebangsaan Teluk Menara,
Guru Besar,
21200 Kuala Terengganu, Sekolah Kebangsaan Teluk Menara,
Terengganu Darul Iman. 21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.