Sei sulla pagina 1di 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN SKPK IPOH

Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia. Terima kasih, saudari Pengacara Majlis.
Yang Berusaha Encik Shamshulbahari Bin Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Encik Ramli Bin Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zaifol
Yusli Bin Bakar, Penolong Kanan Kokurikulum, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru
dan murid-murid yang dikasihi, serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah berbesar hati
menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SKPK Ipoh pada tahun 2017.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang dijalankan
di sekolah. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan,
aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat
memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekaligus mengeratkan silaturrahim
dan muhibah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Walaupun murid-murid kita berlatarbelakangkan sekolah khas namun sekolah ini


berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja
cemerlang dalam bidang akademik malah cemerlang juga dalam kegiatan sukan dan
kokurikulum.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada murid-murid, guru dan warga kerja SKPK
Ipoh. Akhir kata, saya berharap kejohanan sukan pada tahun 2017 berjalan dengan
lancar dan jayanya. Buatlah yang terbaik!. Diharap acara sukan tahunan ini menjadi
landasan kepada semua murid-murid untuk meningkatkan keupayaan diri agar dapat
terus maju di alam persekolahan.

Saya dengan sukacitanya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan kali pada tahun 2017,
SKPK Ipoh . Majulah Sukan Untuk Negara!

Potrebbero piacerti anche