Sei sulla pagina 1di 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG

31850 JERAM, PERAK


TEL : 05-4775632 / FAX 05-4775632

MEMO DALAMAN

Kepada : Semua guru

Daripada : Guru Besar SK. KUALA DIPANG

Tarikh : 17 FEBRUARI 2017

Perkara : MESYUARAT PENGURUSAN PLC KALI PERTAMA

MINIT MESYUARAT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) KALI


PERTAMA, 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri


Mesyuarat Pengurusan PLC SK Kuala Dipang kali pertama bagi tahun 2017.

3. Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 FEBRUARI 2017


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Antara agenda yang akan dibincangkan ialah :

3.1. Ucapan Pengerusi


3.2. Ucapan penyelaras
3.3. Perbentangan Slide PLC
3.4. Laporan Jawatankuasa
3.4.1 Program Pembudayaan PLC
3.4.2 Latihan/Penataran
3.4.3 Pementoran
3.5. Pelaporan
3.6. Hal-hal lain

4. Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Saya yang menurut perintah.

.
(ENCIK AZHAR BIN MOHD YASIN)
Guru Besar,
SK Kuala Dipang,
31850 Jeram, Perak.
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG
31850 JERAM, PERAK
TEL : 05-4775632 / FAX 05-4775632

MINIT MESYUARAT PLC KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 23 FEBRUARI 2017

Hari : KHAMIS

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : Bilik Gerakan

Hadir : Rujuk Lampiran Kehadiran

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 En Azhar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke


mesyuarat kali ini.
1.2 Beliau berharap supaya semua guru dapat menyalurkan sebarang maklumat
berkaitan PLC dan penambahbaikan yang telah dan akan dilaksanakan di
peringkat sekolah.
1.3 Beliau juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan Encik Zulkifli Bin
HajiAbdul Rani sebagai JU PLC Daerah Kinta Selatan sekaligus setiausaha PLC
di peringkat sekolah.
1.4 Beliau mengharapkan agar semua guru mendapat manfaat daripada
pelaksanaan PLC ini dan mengingati slogan Gegarkan PLC, Mantapkan PDP.

Makluman : Semua guru

Agenda 2 : Ucapan Penyelaras PLC

2.1 Puan Aziani mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua guru
dalam menjayakan PLC. Beliau juga berharap semua guru dapat membantu pihak
pentadbir dalam melaksanakan PLC di sekolah ini. Guru yang masih belum
memahami konsep pelaksanaan PLC ini boleh rujuk kepada Encik Zulkifli selaku JU
Daerah Kinta Selatan.

Makluman : Semua guru

Agenda 3 : Perbentangan Mengenai Komuniti Pembelajaran Professional


(PLC )

3.1 Perbentangan Slide PowerPoint


3.1.1 Pekeliling
3.1.2 Lesson Study, Peer Coaching
3.1.3 Teacher Sharing Session, Video Critique
3.1.4 Learning Walk

Makluman : Semua guru

3.2 Penyelarasan Borang


3.2.1 Penyelaras telah mengedarkan contoh borang-borang yang berkaitan
kepada semua guru yang merangkumi 3 borang utama bagi setiap
kumpulan.
3.3.2 Semua guru mesti melengkapkan borang setelah selesai membuat
pemerhatian kepada ahli kumpulan masing-masing.
3.3.3 Perbincangan refleksi dilaksanakan selepas semua ahli kumpulan
diperhatikan oleh semua ahli kumpulan.

Tindakan : Semua guru

3.4 Buku Panduan PLC


3.4.1 Buku Panduan Komuniti Pembelajaran Profesional akan digunapakai
untuk memantau pelaksanaan PLC di sekolah oleh pihak pentadbir.

Tindakan : Pihak Pentadbir

Agenda 4 : Latihan / Penataran

4.1 Pembudayaan PLC


4.1.1 Pihak sekolah akan melakukan pembudayaan PLC kepada guru
melalui edaran brosur dan risalah PLC melalui program yang melibatkan
JPN dan PPD.
4.1.2 Fokus utama penambahbaikan PLC.
4.2 Latihan/Penataran
4.2.1 Latihan berkaitan penambahbaikan PLC akan dijalankan dalam
bengkel LADAP yang akan dijalankan oleh Encik Zulkifli selaku JU Daerah.
Tarikh yang dicadangkan adalah pada 27 dan 28 Februari 2017.
4.3 Pementoran :
4.3.1 Pn Aziani memohon kerjasama semua ketua panitia supaya dapat
menjalankan aktiviti/program PLC dalam panitia secara formal atau tidak
formal.
4.3.2 Semua program PLC yang dilaksanakan perlu direkod (rujuk buku
panduan penjaminan kualiti).

Tindakan : Semua guru dan SU PLC

Agenda 5 : Pelaporan

5.1 Semua guru perlu merekod segala pelaksanaan PLC di dalam borang yang
telah disediakan.
5.2 Semua pelaporan perlu diserahkan kepada setiausaha PLC untuk simpanan
fail dan dihantar ke PPD apabila diminta.

Tindakan : Semua guru

Agenda 6 : Hal-hal lain

6.1 Laporan Kitaran 1 PLC perlu dihantar ke PPD pada akhir bulan April,
manakala laporan Kitaran 2 pada bulan Oktober.
6.2 Buku Panduan PLC boleh didapati dari Fail Induk PLC.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:


--------------------------------
-------------------------------------
( EN ZULKIFLI BIN HJ ABDUL RANI) ( PN AZIANI BINTI
MOHAMAD)
S/Usaha PLC Penyelaras PLC

Disahkan oleh:

----------------------------------
( EN AZHAR BIN MOHD YASIN)
Penasihat PLC

Potrebbero piacerti anche