Sei sulla pagina 1di 2

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TENANG STESEN, SEGAMAT, JOHOR


MINIT MESYUARAT KWAPM BIL 1 /TAHUN 2017

Tarikh : 29 Disember 2016


Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Bilik Sidang SK Tenang Stesen
Pengerusi : En Latiff bin Aziz
Kehadiran (Bilangan) : 6/6 orang
Yang Hadir : Semua ahli mesyuarat hadir (Seperti lampiran Kehadiran
Mesyuarat)
Turut Hadir (Jika ada) : -Tiada-

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat
adalah untuk memutuskan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 yang layak
menerima KWAPM bagi sesi 2017.
1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat unit KWAPM bagi tahun ini.
1.3. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan.

Tindakan: Untuk Makluman Semua

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Minit Mesyuarat Bil. 1/2016 diterima setelah semakan dibuat.
2.2. Dicadang untuk disahkan oleh Puan Siti Rohani binti Osman.
2.3 Disokong oleh Pn Siti Husmarita binti Husin.

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Untuk Makluman


Semua

4 LAPORAN KWAPM 2015 DAN LANTIKAN PENYELARAS ALIRAN 2016


4.1. Seramai 1 orang murid layak menerima bantuan e-Kasih pada tahun 2016.
4.2. Kesemua pembayaran KWAPM 2016 telah diedarkan kepada murid yang
layak mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
4.3. Unit KWAPM telah mengedarkan borang untuk tahun 2017 pada bulan
Oktober 2016.
4.4. Bilangan murid yang memohon bantuan KWAPM pada 2016 adalah seramai
60 orang.
4.5. Unit KWAPM akan mencari dan mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan KWAPM berdasarkan PGK Nasional iaitu gaji minimum sebanyak
RM920.00 dan perkapita sebanyak RM230.00.
4.6. Penyelaras aliran akan menyemak semula bilangan murid yang layak
menerima bantuan KWAPM dengan mengasingkan borang murid yang layak
dan tidak layak dan mengisi data mengemaskini data APDM secara online
PK 07/3

sekiranya terdapat murid yang memohon dan layak menerima bantuan


KWAPM.
4.7. Penyelaras Aliran Unit KWAPM adalah seperti berikut:
Tahun 1 : Puan Nismah binti Somudin
Tahun 2 : Puan Nurferooza binti Hairi
Tahun 3 : En Mohd Noh bin Aripin
Tahun 4 : Pn Nurfadzlyna binti Tugiman
Tahun 5 : Pn Siti Husmarita binti Husin
Tindakan: Untuk Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

5 KELULUSAN BANTUAN KWAPM BAGI TAHUN 2017


5.1. Mesyuarat memutuskan bahawa seramai orang murid
diperakukan lulus bagi menerima bantuan KWAPM tahun 2017 . Senarai nama
adalah seperti di Lampiran A. (Hendaklah disertakan bersama dengan
lampiran yang mengandungi senarai nama pelajar) dan tiada murid yang tidak
diperakukan menerima bantuan KWAPM bagi tahun 2016.
5.2. Hanyai seorang murid yang layak menerima bantuan e-Kasih
telah disahkan dan dperakukan oleh Guru Besar.
5.3. Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan bantuan
KWAPM kepada murid dibuat dalam bentuk wang tunai dan diedarkan kepada
murid. (Sila pilih yang mana berkenaan dan sertakan justifikasi)
5.4. Mesyuarat memutuskan tarikh agihan Bantuan KWAPM adalah
dalam tempoh 14 hari daripada peruntukan diterima oleh sekolah
sebagaimana yang tercatat dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 6 Tahun
2010 mengenai Bantuan KWAPM.
Tindakan: Untuk Makluman Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

6 HAL-HAL LAIN
6.1. Mesyuarat memutuskan pemilihan adalah muktamad.
6.2. Puan Siti Husmarita binti Husin menyatakan bahawa guru-guru kelas perlu
sentiasa mengemaskini pendapatan ibubapa di dalam APDM untuk
mengenalpastimurid-murid yang betul-betul layak menerima KWAPM.
6.3. Ibu/bapa juga didapati mengambil ringan tentang pengisian borang bantuan
KWAPM dan ini akan menyebabkan guru sukar untuk mendapatkan semula
borang tersebut daripada murid-murid. Ini boleh menyebabkan murid tercicir
dalam menerima bantuan yang sepatutnya.
Tindakan: Untuk Makluman Semua

7 PENUTUP
7.1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

........................................ ................................
(PN SITI HUSMARITA HUSIN ) ( EN LATIFF BIN AZIZ )
Guru KWAPM Penolong Kanan HEM
SK Tenang Stesen SK Tenang Stesen
Tarikh: 2 Januari 2017 Tarikh: 2 Januari 2017

Potrebbero piacerti anche