Sei sulla pagina 1di 9

Kata Ganti Nama

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.


Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri,
Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang
yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang
berbentuk jamak.

Kata Ganti
Diri Penggunaannya
Pertama
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau
saya (tunggal)
dalam suasana rasmi
hamba
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
(tunggal)
patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila
kami (jamak)
bercakap dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

Bentuk contoh kata nama diri pertama


tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua


Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk
jamak seperti berikut :

Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua


Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Kedua
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
engkau (tunggal)
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua


1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

Kata Ganti diri ketiga


kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga


tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Ketiga
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
beliau (tunggal
ibu bapa, guru, dan pemimpin
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
dia dan ia (tunggal)
rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.


1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, . akan berangkat esok pagi , kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata
pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-
pengikutnya.
Ringkasan

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak


Diri Pertama aku kami
( Orang yang bercakap ) saya kita
patik
hamba
Diri Kedua awak awak semua
( Orang yang dilawan bercakap ) kamu kamu semua
engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
Diri Ketiga dia mereka
( Orang yang diceritakan halnya) ia
nya
beliau
baginda

Kata Ganti Tanya


1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah kah dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah berapakah
kenapakah
mengapakah
Kata Ganti Nama Penggunaannya
apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?

Kata Ganti Tempat


1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Tempat Penggunaannya


sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
sini
yang bercakap
situ digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatang ini, itu
Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat
dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian

contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.

Kata Ganti Umum / Tak Tentu


Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.

Kata Ganti Nama Penunjuk


Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.

Kata Ganti tak tentu.


1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh


apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi
gurunya.
Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu Penggunaannya
sapa-sapa digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu

Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata Ganti Nama Diri
terdiri daripada 3 jenis,iaitu:
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama

1. Saya : digunakan dalam situasi rasmi,semasa bercakap dengan orang yang lebih tua.
2. Aku : bercakap dengan orang yang rapat, doa kepada tuhan.
3. Beta : digunakan oleh raja.
4. Patik : digunakan oleh rakyat biasa semasa bertutur dengan raja.
5. Kami : tidak termasuk orang yang diajak bercakap.
6. Kita : digunakan untuk orang yang bertutur dan termasuk orang yang diajak
bercakap.

Kata Ganti Nama Diri Kedua

1. Anda : digunakan apabila tiada hubungan langsung atau pertemuan.


2. Awak : digunakan untuk bercakap dengan kawan.
3. Engkau: digunakan antara dua pihak yang rapat hubungannya, digunakan untuk
membahasakan Tuhan semasa berdoa.
4. Kamu : digunakan oleh orang yang lebih tua terhadap orang yang lebih muda.
5. Kalian : digunakan untuk diri kedua yang lebih muda daripada orang yang bercakap
atau lebih daripada seorang.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1. Dia/Ia : digunakan untuk orang biasa.


2. Beliau : digunakan untuk orang yang terhormat.
3. Baginda : digunakan untuk raja.
4. Mereka : digunakan untuk diri ketiga yang lebih daripada seorang.
Latihan 1:

1. ____________seorang budak yang baik hati dan jujur.


2. Di manakah ____________tinggal.
3. ____________bertiga merupakan sahabat karib.
4. "Dayang,____________ingin bersantap sekarang juga," titah Sultan Mahmud.
5. Puan Monaliza ialah guru kelas saya. ____________ seorang guru yang penyayang
dan baik hati.
6. "Sembah____________harap diampun,"kata Laksamana Kirana kepada
____________Sultan Rauddin Syah.
7. "____________akan ke rumah awak esok,"kata Rauna dan Rauni kepada
____________.
8. Cis, berani ____________membuli adikku!

baginda beta patik engkau


kami mereka awak
dia saya beliau

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu, duit _______ hilang, kata Umair kepada ibunya.

A kita

B kami

C saya

D mereka

2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.

A Dia

B Kita

C Kami

D Mereka

3 Jika _______ ada masalah sila jumpa saya, kata Cikgu Sarah kepada saya.

A mereka

B kamu

C kami

D dia

4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.

A Dia

B Kami

C Awak

D Saya
5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.

A dia

B kami

C kamu

D beliau

6 Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh, kata cikgu.

A dia

B kita

C kamu

D mereka

7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan, kata Siti kepada Nurul.

A mereka

B awak

C saya

D kami

8 Boleh _______ tumpang bertanya? kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.

A kamu

B awak

C kami

D saya

9 Ampun _______ tuanku, sembah Hang Tuah kepada raja.

A beta

B patik

C hamba

D baginda
10 Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya, kata Ani kepada

kawan-kawannya.

A dia

B awak

C beliau

D kalian

11 Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman

permainan, kata Umi kepada ibunya.

A beliau

B kami

C kita

D dia

12 Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan, kata

Cikgu Maimun kepada saya.

A kami

B kamu

C beliau

D mereka

13 Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu

memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______

A ia

B dia

C beliau

D mereka

14 Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga

titisan darah yang terakhir, kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.

A kita
B kami

C beliau

D mereka

15 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan, kata Siti

dan Yusni kepada Nurul.

A mereka

B engkau

C kalian

D kami

Potrebbero piacerti anche