Sei sulla pagina 1di 12

SJK(T) SARASWATHY,

JALAN TIONG, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

KALI PERTAMA BAGI SESI 2017

TARIKH : 05.02.2017

MASA :12.30 tengah hari

TEMPAT : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN : Jumlah hadir : 10/10 orang

Senarai Guru Hadir :

1. En.S.Kalaichelvam (Guru Besar)

2. Pn.V.Selvanayagi (Penolong Kanan Pentadbiran)

3. En S.Jayasangar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

4. Pn S.Kogila (Penolong Kanan Kokurikulum)

5. Pn M.Yasothai (Penolong Kanan Petang)

6. Pn.P.Tulasi (Setiausaha Hal Ehwal Murid)

7. Cik K.Gavita (Penyelaras Kantin)

8. Pn.R.Kala Devi

9. En.D.Narenthiran

10. Pn.K.Gomathi

11. Pn.L.Anitha

1
Ucapan Aluan Pengerusi

1. En.S.Jayasangar selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) mengalu-alukan


semua ahli jawatankuasa kantin SJK (T) Saraswathy ke Mesyuarat Pengurusan Kantin
kali pertama bagi sesi 2017.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

2. Beliau berharap ahli jawatankuasa kantin tahun ini akan melaksanakan tanggungjawab
yang diberikan dengan baik serta berkerjasama untuk melakukan aktiviti
penambahbaikan terhadap pengurusan kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Perutusan Tuan Guru Besar


3. En.S.Kalaichelvam selaku guru besar mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa kantin
ke Mesyuarat Kantin kali pertama bagi sesi 2017.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

4. Beliau mengingatkan bahawa mesyuarat ini harus dijalankan mengikut perancangan


sekolah dan agenda-agenda yang telah ditetapkan supaya dapat meningkatkan kualiti
pengurusan kantin sekolah.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Membincang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

5. Minit mesyuarat keempat sesi 2016 telah dibentangkan dan disahkan dengan:
Dicadang oleh : En.D.Narenthiran
Disokong oleh : Pn.R.Kala Devi
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Perkara -perkara Berbangkit.

6. Penolong Kanan HEM memberitahu bahawa kawasan kantin telah diubahsuai mengikut
kesesuaian sekolah untuk memulakan satu sesi persekolahan pada tahun 2017. Sinki
murid juga telah ditambahkan di sebelah kanan kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
2
Laporan Post Mortem Tahun 2016

7. En.S.Jayasangar memberitahu bahawa terdapat pelbagai kekuatan dan kelemahan dalam


pengurusan kantin pada tahun 2016 yang boleh dijadikan pengajaran pada tahun ini.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Perjanjian Kantin
8. En.S.Jayasangar menyatakan bahawa tender kantin baru ini telah bermula dari tarikh
01 Disember 2016 dan akan bertamat pada tarikh 30 November 2018. Beliau
memberitahu bahawa pihak pengusaha kantin harus berkhidmat seperti yang ditetapkan
bagi tempoh masa berkenaan.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

9. Beliau memberitahu bahawa pihak pengusaha kantin telah membaca perjanjian kantin
dengan teliti dan menandatangani kontrak tersebut. Beliau meminta penyelaras kantin
memastikan bahawa pengusaha kantin menyimpan salinan perjanjian kantin tersebut di
kantin sepanjang waktu bertugas.
Tindakan: Penyelaras Kantin

10. Beliau berharap setiap ahli jawatankuasa kantin membaca, meneliti dan memahami
kandungan Perjanjian Kantin dengan baik sebelum mejalankan tugas dalam bidang
pengurusan kantin sekolah.
Tindakan: Ahli Jawatankuasa Kantin

Senarai Harga Makanan Murid & Guru


11. Guru Besar menyatakan bahawa harga makanan guru dan murid berlainan kerana
makanan dan minuman serta harga barangan tersebut sahaja tertakluk kepada kontrak dan
perjanjian kantin yang ditandatangani. Manakala harga makanan dan minuman guru
boleh dijual mengikut harga pasaran terkini. Oleh itu, pihak kantin harus diminta untuk
memaparkan harga makanan setiap hari mengikut menu yang dimasak.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

3
12. En.S.Jayasangar meminta penyelaras kantin dan ahli jawatankuasa kantin untuk
memastikan harga makanan dan minuman murid selaras dengan harga makanan dan
minuman murid yang dinyatakan dalam perjanjian kantin 2017/2018.
Tindakan : Penyelaras Kantin

Laporan Guru Bertugas Kantin

13. Cik K.Gavita menyatakan bahawa ahli pengurusan kantin akan memantau kebersihan
kawasan kantin sepanjang minggu dan akan menulis laporan dalam buku yang
disediakan.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin

14. Beliau menyatakan bahawa Buku Laporan Kantin akan dibuat dan ahli jawatankuasa
kantin akan bermula bertugas pada bulan Januari tahun 2017. Langkah ini harus
dipraktikan untuk meningkatkan kualiti dalam pengurusan kantin sekolah.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Keceriaan Kantin

15. En.S.Jayasangar memberitahu bahawa ahli jawatankuasa pengurusan kantin patut


mengambil langkah untuk menambahkan keceriaan di kawasan kantin. Guru-guru juga
patut melawat ke kantin sekolah lain untuk mendapatkan idea yang baik.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin

Pakaian Pengusaha Kantin

16. Guru Besar menyatakan bahawa pengusaha kantin harus memakai topi, apron dan kasut
semasa memasak dan menghidangkan makanan di kantin. Mereka harus menanggalkan
apron dan kasut sebelum menggunakan tandas dan mesti memakai semula selepas itu.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

17. Beliau memberitahu bahawa guru-guru harus mengambil gambar dalam telefon bimbit
dan memberi aduan bertulis kepada ahli jawatankuasa pengurusan kantin jika pekerja
kantin tidak memakai topi, apron dan kasut semasa bertugas di kantin.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin
4
Jadual Waktu Rehat

18. En.S.Jayasangar menyatakan bahawa pihak sekolah telah memberi waktu jadual waktu
rehat sesi pagi dan sesi petang yang terkini kepada pihak pengurusan kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

19. Beliau juga telah meminta guru-guru yang bertanggungjawab harus memberitahu pihak
kantin lebih awal jika terdapat perubahan dalam waktu masa rehat.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Teguran Ibubapa
20. Guru Besar menjelaskan bahawa sebarang teguran dan aduan daripada ibubapa terhadap
pengurusan kantin perlu direkodkan secara bertulis. Pihak sekolah tidak akan mengambil
tindakan jika aduan dan teguran tidak dibuat secara bertulis.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Laporan Kesihatan Pekerja


21. En.S.Jayasangar meminta penyelaras kantin untuk mengumpul laporan kesihatan setiap
pekerja di kantin dan failkan dengan baik.
Tindakan: Penyelaras Kantin

Laporan Pemantauan Kantin Pejabat Pelajaran Daerah KMY


22. Penolong Kanan HEM memberitahu bahawa Kantin SJK(T) Saraswathy berada dalam
golongan kategori tidak memuaskan pada tahun 2016. Beliau berharap pengurusan kantin
pada tahun ini akan mendapat markah yang baik dalam pemantauan oleh Kementerian
Kesihatan nanti.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

23. Beliau berharap guru-guru akan mencadangkan idea-idea yang bernas dan berkesan bagi
meningkatkan kualiti kantin SJK(T) Saraswathy supaya mandapat mencapai tahap
cemerlang dalam Laporan Pemantauan Kantin Pejabat Pelajaran Daerah KMY pada
masa akan datang.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
5
Hal-hal Lain
24. Guru Besar juga menyatakan bahawa disiplin murid pada masa rehat sangat tidak
memuaskan. Hal ini disebabkan oleh murid-murid membuat bising, tidak beratur dengan
sistematik, membuang sampah di kawasan kantin dan lain-lain lagi. Oleh iru, guru
bertugas mingguan dan ahli jawatankuasa pengurusan kantin harus berkerjasama antara
satu sama lain supaya bertugas di kantin pada waktu rehat di kantin sekolah.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

25. Guru Besar menegaskan bahawa pihak kantin tidak boleh menjual makanan yang sama
dengan menu RMT hari berkenaan pada waktu rehat sesi pagi dan petang.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________________ ___________________
(Cik Gavita A/P Kanapathy) (En.S.Jayasangar)
Penyelaras Kantin Penolong Kanan HEM
SJK(T) Saraswathy SJK(T) Saraswathy

6
SJK (T) SARASWATHY,
JALAN TIONG, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

KALI KEDUA BAGI SESI 2017

TARIKH : 07.05.2017

MASA :12.00 tengah hari

TEMPAT : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN : Jumlah hadir : 10/11 orang

Senarai Guru Hadir :

1. En.S.Kalaichelvam (Guru Besar)


2. Pn.V.Selvanayagi (Penolong Kanan Pentadbiran)

3. En S.Jayasangar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

4. Pn S.Kogila (Penolong Kanan Kokurikulum)

5. Pn M.Yasothai (Penolong Kanan Petang)

6. Pn.P.Tulasi (Setiausaha Hal Ehwal Murid)

7. Cik K.Gavita (Penyelaras Kantin)

8. En.D.Narenthiran

9. Pn.K.Gomathi
10. Pn.L.Anitha
11. Pn.R.Kala Devi

7
Ucapan Aluan Pengerusi

1. En.S.Jayasangar selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) mengalu-alukan


semua ahli jawatankuasa kantin SJK(T) Saraswathy ke Mesyuarat Pengurusan Kantin
kali kedua bagi sesi 2017.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
2. Penolong kanan Hem mengharapkan apa jua yang diminitkan diambil tindakan segera.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Membincang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

3. Minit mesyuarat Pertama sesi 2017 telah dibentangkan dan disahkan dengan:
Dicadang oleh : Cik.K.Gavita
Disokong oleh : Pn.K.Gomathi
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Perkara -perkara Berbangkit.

4. Penolong Kanan HEM memberitahu bahawa keceriaan kantin masih di tahap yang sama,
diharap ada penambahbaikan oleh semua pihak supaya kantin lebih ceria, bersih dan
selesa.
Makluman: Pengusaha Kantin dan Ahli Jawatankuasa Kantin
5. Penolong Kanan Hem menyatakan bahawa guru mingguan bertugas kantin harus
memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin murid. Guru bertugas harus
memastikan murid beratur mengikut lorong yang disediakan dan makan di tempat yang
disediakan.
6. Setiausaha Hem Pn Thulasi menyatakan kebersihan kantin selepas waktu rehat harus
diutamakan terutamanya pada waktu rehat petang.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Senarai Harga Makanan Murid & Guru

7. Penolong Kanan Hem menyatakan bahawa harga makanan murid telah diberi kepada
pihak kantin dan dipamerkan di papan kenyataan kantin. Manakala harga makanan dan
minuman guru boleh dijual mengikut harga pasaran terkini. Oleh itu, pihak kantin harus
diminta untuk memaparkan harga makanan setiap hari mengikut menu yang dimasak.
8
Namun, harga makanan yang dijual di kantin haruslah berpatutan.
Makluman:Pengusaha Kantin dan Ahli Jawatankuasa Kantin
8. En.S.Jayasangar meminta penyelaras kantin dan ahli jawatankuasa kantin untuk
memastikan harga makanan dan minuman murid selaras dengan harga makanan dan
minuman murid yang dinyatakan dalam perjanjian kantin 2017/2018.
Tindakan : Penyelaras Kantin

Laporan Guru Bertugas Kantin

9. Pn.L.Anita menyatakan buku laporan kantin ditulis setiap minggu dan guru yang
bertanggungjawab memantau kebersihan dan keadaan kantin setiap minggu.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin
10. Mengikut pemantauan yang dilakukan, kawasan mencuci pinggan mangkuk kurang
memuaskan kerana sistem aliran paip yang tersumbat dan berbau busuk. Ini menyukarkan
pihak kantin menjalankan aktiviti harian mereka di kantin.
Tindakan : Pengusaha Kantin
11. Penolong Kanan Hem menyatakan kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin harus
dititikberatkan oleh pihak kantin.
Tindakan: Pengusaha Kantin

Keceriaan Kantin

12. En.S.Jayasangar memberitahu bahawa ahli jawatankuasa pengurusan kantin patut


mengambil langkah untuk menambahkan keceriaan di kawasan kantin. Guru-guru juga
patut melawat ke kantin sekolah lain untuk mendapatkan idea yang baik.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin
13. Setiausaha Hem menyatakan murid murid sesi petang harus dipantau oleh guru bertugas
mingguan supaya tidak merosakkan alas meja makan kantin terutamanya pada waktu
rehat.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin

9
Pakaian Pengusaha Kantin

14. Penolong Kanan Hem menyatakan bahawa pengusaha kantin harus memakai topi, apron
dan kasut semasa memasak dan menghidangkan makanan di kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
15. Beliau juga mnyatakan kebersihan pakaian, makanan, perkakasan, lantai dan dinding
perlu dititikberatkan. Ini kerana pemantauan dari Kementerian Kesihatan akan
menitikberatkan perkara-perkara ini.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin

Jadual Waktu Rehat

16. En.S.Jayasangar menyatakan bahawa pihak sekolah telah memberi waktu jadual waktu
rehat sesi pagi dan sesi petang yang terkini kepada pihak pengurusan kantin. Namun,
jadual waktu rehat semasa peperiksaan dan bulan puasa harus diberikan kepada pihak
kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
17. Beliau juga telah meminta guru-guru yang bertanggungjawab harus memberitahu pihak
kantin lebih awal jika terdapat perubahan dalam waktu masa rehat.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Teguran Ibubapa
18. Penolong Kanan Hem menjelaskan bahawa sebarang teguran dan aduan daripada ibubapa
terhadap pengurusan kantin perlu direkodkan secara bertulis. Pihak sekolah tidak akan
mengambil tindakan jika aduan dan teguran tidak dibuat secara bertulis.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
19. Guru bertugas kantin setiap minggu harus merekodkan sebarang aduan dari ibu bapa
dalam buku kantin tugasan migguan.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Laporan Kesihatan Pekerja

10
20. Setiausaha kantin menyatakan laporan kesihatan setiap pekerja telah dikumpul dan
disimpan di dalam fail kantin.
Tindakan: Penyelaras Kantin
21. Penolong Kanan Hem menyatakan jika ada pekerja kantin baru yang masuk harus
membuat suntikan dan memberikan laporan kesihatan kepada setiausha kantin.
Tindakan: Penyelaras Kantin

Laporan Pemantauan Kantin Pejabat Pelajaran Daerah KMY


22. Penolong Kanan Hem berharap guru-guru akan mencadangkan idea-idea yang bernas dan
berkesan bagi meningkatkan kualiti kantin SJK(T) Saraswathy supaya mandapat
mencapai tahap cemerlang dalam Laporan Pemantauan Kantin Pejabat Pelajaran Daerah
KMY pada tahun ini.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Hal-hal Lain
23. Penolong Kanan Hem juga menyatakan bahawa disiplin murid pada masa rehat sangat
tidak memuaskan. Hal ini disebabkan oleh murid-murid membuat bising, tidak beratur
dengan sistematik, membuang sampah di kawasan kantin dan lain-lain lagi. Oleh itu,
guru bertugas mingguan dan ahli jawatankuasa pengurusan kantin harus berkerjasama
antara satu sama lain supaya bertugas di kantin pada waktu rehat di kantin sekolah.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
24. Penolong Kanan Hem menegaskan bahawa sebarang perkara berkaitan kantin harus
berurusan dengan En. Pathamah Kannan kerana beliau ialah pengusaha kantin yang
menandatangani perjanjian kantin dengan pihak sekolah. Pekerja kantin tidak harus
bercampur tangan dalam perkara kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

11
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________________ ___________________
(Anita Letchimoney) (En.S.Jayasangar)
Penyelaras Kantin Penolong Kanan HEM
SJK(T) Saraswathy SJK(T) Saraswathy

12