Sei sulla pagina 1di 5

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2017 PERINGKAT

SEKOLAH

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1 Majlis Pelancaran Program NILAM 2017 tahun 2017 Peringkat Sekolah

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh : 20 Februari 2017 (Isnin)


Masa : 7.40 pagi

3.0 TEMPAT

3.1 Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Intan Perdana

4.0 OBJEKTIF

4.1. Menjadikan murid banyak membaca( semua bidang , bahan berkualiti dan
bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)

4.2 Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan
warga sekolah.

4.3 Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca

4.4 Meningkatkan minat membaca yang berterusan

4.5 Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang


lebih jitu oleh kalangan masyarakat

4.6 Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan

4.7 Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina
kekuatan minda

4.8 Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan

4.9 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti

5.0 AJK PELAKSANA

JAWATAN KUASA PELANCARAN PROGRAM NILAM 2017


Seperti dalam lampiran
6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN

Seperti dalam lampiran

7.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar SMK Intan Perdana

8.0 IMPAK

8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis


Pelancaran Program NILAM 2017 Peringkat Sekolah.

8.2 Dapat memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan

8.3 Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina
semangat membaca di kalangan pelajar

9.0 LAPORAN
Majlis Pelancaran Program NILAM 2017 telah diadakan dengan jayanya pada
20 Februari 2017 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang
dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Taklimat Pelancaran Program NILAM 2017 telah disampaikan oleh Puan Zuhailla
Binti Zaaba. Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan maksud NILAM iaitu
singkatan daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca yang merupakan
penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan
secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ucapan Perasmian Program NILAM 2017 telah disampaikan oleh Tuan Haji
Norsaidi Bin Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Pemangku Pengetua SMK
Intan Perdana, sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian
beliau menasihatkan dan memberi peringatan kepada para pelajar supaya
membiasakan diri dengan amalan membaca tidak kira di mana sahaja berada.
Disamping itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mengikuti dan mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara pembukaan bunting sebagai simbolik
gimik Majlis Pelancaran NILAM yang dilaksanakan oleh Tuan Haji Norsaidi Bin
Jaafar.
Majlis diakhiri dengan persembahan mendeklamasi sajak dan seloka, dan
persembahan public speaking oleh pelajar SMK Intan Perdana. Majlis diteruskan lagi
dengan Nyanyian lagu "Kawan Membaca dan Nyanyian lagu "NILAM" yang
disampaikan oleh semua pelajar SMK Intan Perdana. Majlis bersurai pada jam 9.00
pagi.

10.0 PENUTUP

Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dan

semangat membaca dikalangan pelajar. Semoga dengan adanya program

seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar disamping menjana idea

kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolah serta

melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

11.0 LAMPIRAN
Disediakan oleh :

(PUAN SHAMALA A/P BALAKRISHNAN)


Penyelaras Bilik SAL
SMK Intan Perdana

Potrebbero piacerti anche