Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2017

Mesyuarat : Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama

Tarikh : 30/12/2016

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Batu 9 Jalan Bomba

Pengerusi : Tuan Haji Ahmad Yusak Bin Tukiman

Kehadiran : rujuk lampiran kehadiran

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Ucapan Guru Besar SK Tuan Haji Ahmad Yusak Bin Tukiman Guru Besar SK Batu 9
1.1.1 Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-
guru yang terlibat dan guru-guru yang turut menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Kokurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun
2017.
1.1.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam
pencapaian sasaran sepanjang Tahun 2016. Pencapaian tahun lepas
adalah membanggakan samaada dalam acara sukan dan koakademik.
Guru besar berharap pencapaian Kokurikulum SK Batu 9 dapat di
tingkatkan lagi untuk tahun 2017

Tindakan : Makluman
1.2 Ucapan GPK Kokurikulum Tuan Haji Ramli Bin Mat Nawawi
1.2.1 Mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang lepas
1.2.2 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sekolah adalah WAJIB
( Perkara 5.1 SPI Bil. 1/1985, dan Memorandum Pemantapan Aktiviti
Kokurikulum di KPM, 23 Nov. 2005 )
Semua murid wajib mengambil bahagian sekurang kurangnya salah
satu gerakerja Pasukan Badan Beruniform, satu kegiatan Persatuan dan
Kelab serta satu kegiatan Sukan atau Permainan.
1.2.3 Membacakan takwin perancangan unit kokurikulum dan PPD Kuala
Selangor

Tindakan : Makluman
2.0 Perancangan 2017
2.1 Semua guru diminta merujuk buku panduan pengurusan kokurikulum 2017 untuk
mengetuahui bidang tugas berkaitan.
2.2 Guru-guru harus menyertai tiga bidang kokurikulum iaitu unit beruniform,
kelab/persatuan dan permainan 1M1S dan murid akan diagihkan pada minggu
pertama persekolahan
2.3 Menyertai sebanyak mungkin pertandingan yang di anjurkan pada tahun 2017 dan
mencapai sasaran yang ditetapkan sekolah.
2.4 Mendapat Johan dalam kesemua acara yang disertai.

Tindakan : Makluman

3.0 HAL-HAL LAIN


3.1 Persatuan Gimnastik di ubah nama kepada Persatuan Pendidkan Jasmani atas
cadangan Nazir.
Tindakan : Makluman

3.2 Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah


3.2.1 Mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti
pertandingan diperingkat zon, daerah atau negeri.

3.2.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan,latihan pasukan sekolah yang


sistematik perlu dirancang dan dilaksanakanGuru-guru perlu
memberikan komitmen yang tinggi bagi mencapai sasaran sekolah.

3.2.3 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah dalam
mana-mana Aktiviti Sukan, Beruniform dan Persatuan tanpa had.

Tindakan : Semua guru

3.3 Guru perlu maklumkan pada pentadbir dan mengisi borang sekiranya tidak dapat
hadir demi mengelakkan perkara tidak di ingini berlaku

Tindakan : Semua guru

3.4 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam Rekod
Pelaporan Murid buku PAJSK yang boleh diperoleh dari kedai buku sekolah.

Tindakan : Semua guru

3.5 Perjumpaan Kokurikulum diadakan pada hari Rabu pada jam 4.00 petang hingga
6.00 petang.
Tindakan : Makluman

3.6 Agihan murid bagi aktiviti kurikulum akan di lakukan pada minggu pertama
persekolahan

Tindakan : Penyelaras kokurikulum

3.7 Pertandingan merentas desa akan diadakan pada minggu kedua persekolahan

Tindakan : makluman

4.0 Ucapan penangguhan


4.1 Pengerusi berharap agar semua guru penasihat unit bertanggungjawab
melaksanakan tugasan Kokurikulum dan membuat persediaan bagi setiap
pertandingan yang akan diadakan.
4.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 Tengahari

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________
(Norazaludin Azmil Bin Razaly) (Tuan Haji Ahmad Yusak Bin Tukiman )
Setiausaha Kokurikulum , Guru Besar
SK Batu 9 Jalan Bomba SK Batu 9 Jalan Bomba

Potrebbero piacerti anche