Sei sulla pagina 1di 3

TAJUK KAJIAN KES

Penjanaan Sumber Kewangan Kelab Kitar Semula

1.0 PENGENALAN
Tahir dan Othman (2010) dalam kajiannya menyatakan kokurikulum merupakan wadah paling
berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) secara holistik
terutamanya dalam konteks melahirkan murid yang seimbang.

Dalam konteks ini, pengurusan kewangan dilihat sebagai salah satu nadi penggerak bagi
setiap organisasi atau kelab menjalankan aktiviti. Steiss (2003) mendefinisikan pengurusan
kewangan sebagai satu perancangan menyeluruh yang meliputi pelbagai bentuk urusan seperti
barangan, perkhidmatan, aktiviti dan termasuk juga projek kecil mahupun projek mega. Bertitik
tolak daripada itu, pengurusan kewangan haruslah diurus dengan cekap dan bersistematik
seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Kelab Kitar Semula telah dipilih bagi menjalankan kajian ini. Kelab Kitar Semula merupakan
sebuah kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2016. Penubuhan kelab ini adalah permintaan
daripada guru besar sekolah bagi menggantikan Persatuan Sains. Kelab ini terdiri daripada 22
orang murid sebagai ahli kelab dan lima orang guru penasihat kelab. Kelab ini telah menjalankan
banyak aktiviti sepanjang tahun 2016. Kelab Kitar Semula turut melaksanakan beberapa projek
kelestarian untuk menceriakan dan mencantikkan kawasan sekolah.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Masalah pengurusan pendidikan di Malaysia masih berlaku sehingga kini. Kenyataan ini
disokong oleh National Union of Teaching Profession (NUTP) melalui pembentangan
memorandum mengenai penambahbaikan sistem pengurusan pendidikan nasional serta
profesion guru (Richard, 2013).

Sehubungan dengan itu, masalah utama yang dihadapi oleh Kelab Kitar Semula adalah
melibatkan kekangan wang untuk menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan mencabar. Sumber
kewangan utama kelab ini adalah bergantung kepada peruntukan yang diterima daripada pihak
sekolah. Masalah kewangan ini telah menyekat Kelab Kitar Semula untuk menjalankan aktiviti
dengan lebih aktif. Kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan adalah tidak menggunakan kos yang
besar dan hanya menggunakan bahan sedia ada. Perkara ini secara tidak langsung dapat

1
meminimumkan penggunaan kos dan meningkatkan kreativiti murid dalam penjanaan idea
semasa melakukan aktiviti.

3.0 PELAKSANAAN
Pelaksanaan yang dilihat relevan bagi proses pengumpulan data kajian telah dijalankan bagi
memastikan setiap data kajian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Pelaksanaan kajian
kes ini melibatkan sesi temu bual. Beberapa individu yang terlibat dalam struktur organisasi Kelab
Kitar Semula telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat berkaitan penjanaan sumber
kewangan kelab ini. Antara individu yang terlibat bagi pelaksanaan sesi temu bual ialah Guru
Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KOKO) dan guru penasihat kelab. Dalam sesi temu bual ini,
beberapa soalan telah diajukan kepada GPK KOKO berkaitan sumber kewangan
kelab/persatuan di SK Bukit Soga secara keseluruhan. Kemudian, temu bual bersama guru
penasihat kelab berkaitan aktiviti penjanaan sumber kewangan Kelab Kitar Semula juga
dijalankan. Selain itu, tinjauan dan pemerhatian turut dilakukan di bilik sains dan kawasan
persekitaran sekolah bagi melihat projek yang telah dilaksanakan oleh kelab ini.

4.0 ANALISIS
Hasil daripada maklumat yang telah dikumpul melalui sesi temu bual dan pemerhatian, didapati
bahawa sumber kewangan utama Kelab Kitar Semula diperolehi melalui peruntukan daripada
pihak sekolah. Oleh itu, kelab ini telah menjalankan beberapa aktiviti bagi menjana sumber
kewangan kelab untuk kegunaan bagi menjalankan projek yang lain. Antara aktiviti yang telah
dilaksanakan bagi penjanaan sumber kewangan adalah pengumpulan dan penjualan bahan kitar
semula. Bahan kitar semula yang dikumpul oleh murid seperti surat khabar, botol plastik, botol
kaca dan tin akan dijual kepada pengumpul bahan kitar semula yang datang ke sekolah. Selain
itu, ada sebahagian bahan yang ingin dikitar semula telah digunakan bagi menjalankan projek
mini di sekolah tersebut. Guru dan murid telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
pelaksanaan aktiviti ini. Aktiviti lain yang dilaksanakan oleh kelab ini bagi menjana sumber
kewangan adalah jualan semasa hari kantin.

2
5.0 PENUTUP/RUMUSAN
Secara keseluruhannya, Kelab Kitar Semula telah melaksanakan aktiviti yang sesuai dan
berkesan bagi penjanaan sumber kewangan. Kelab ini juga berjaya memupuk amalan kitar
semula dalam diri murid untuk dilakukan secara berterusan dalam kehidupan seharian dan
menjadi contoh kepada orang lain. Komitmen yang tinggi dan kerjasama yang ditunjukkan oleh
guru dan murid menjadi faktor utama kepada keberhasilan aktiviti penjanaan sumber kewangan
kelab. Maklumat yang dikumpul sepanjang pelaksanaan kajian kes ini juga dapat dianalisis
dengan lebih terperinci dalam analisis SWOT.

Potrebbero piacerti anche