Sei sulla pagina 1di 6

SJK(T) SARASWATHY,

JALAN TIONG, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

KALI PERTAMA BAGI SESI 2017

TARIKH : 05.02.2017

MASA :12.30 tengah hari

TEMPAT : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN : Jumlah hadir : 10/10 orang

Senarai Guru Hadir :

1. En.S.Kalaichelvam (Guru Besar)

2. Pn.V.Selvanayagi (Penolong Kanan Pentadbiran)

3. En S.Jayasangar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

4. Pn S.Kogila (Penolong Kanan Kokurikulum)

5. Pn M.Yasothai (Penolong Kanan Petang)

6. Pn.P.Tulasi (Setiausaha Hal Ehwal Murid)

7. Cik K.Gavita (Penyelaras Kantin)

8. Pn.R.Kala Devi

9. En.D.Narenthiran

10. Pn.K.Gomathi

11. Pn.L.Anitha

1
Ucapan Aluan Pengerusi

1. En.S.Jayasangar selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) mengalu-alukan semua
ahli jawatankuasa kantin SJK(T) Saraswathy ke Mesyuarat Pengurusan Kantin kali
pertama bagi sesi 2017.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

2. Beliau berharap ahli jawatankuasa kantin tahun ini akan melaksanakan tanggungjawab
yang diberikan dengan baik serta berkerjasama untuk melakukan aktiviti penambahbaikan
terhadap pengurusan kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Perutusan Tuan Guru Besar


3. En.S.Kalaichelvam selaku guru besar mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa kantin
ke Mesyuarat Kantin kali pertama bagi sesi 2017.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

4. Beliau mengingatkan bahawa mesyuarat ini harus dijalankan mengikut perancangan


sekolah dan agenda-agenda yang telah ditetapkan supaya dapat meningkatkan kualiti
pengurusan kantin sekolah.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Membincang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

5. Minit mesyuarat keempat sesi 2016 telah dibentangkan dan disahkan dengan:
Dicadang oleh : En.D.Narenthiran
Disokong oleh : Pn.R.Kala Devi
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Perkara -perkara Berbangkit.

6. Penolong Kanan HEM memberitahu bahawa kawasan kantin telah diubahsuai mengikut
kesesuaian sekolah untuk memulakan satu sesi persekolahan pada tahun 2017. Sinki murid
juga telah ditambahkan di sebelah kanan kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
2
Laporan Post Mortem Tahun 2016

7. En.S.Jayasangar memberitahu bahawa terdapat pelbagai kekuatan dan kelemahan dalam


pengurusan kantin pada tahun 2016 yang boleh dijadikan pengajaran pada tahun ini.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Perjanjian Kantin
8. En.S.Jayasangar menyatakan bahawa tender kantin baru ini telah bermula dari tarikh 01
Disember 2016 dan akan bertamat pada tarikh 30 November 2018. Beliau memberitahu
bahawa pihak pengusaha kantin harus berkhidmat seperti yang ditetapkan bagi tempoh
masa berkenaan.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

9. Beliau memberitahu bahawa pihak pengusaha kantin telah membaca perjanjian kantin
dengan teliti dan menandatangani kontrak tersebut. Beliau meminta penyelaras kantin
memastikan bahawa pengusaha kantin menyimpan salinan perjanjian kantin tersebut di
kantin sepanjang waktu bertugas.
Tindakan: Penyelaras Kantin

10. Beliau berharap setiap ahli jawatankuasa kantin membaca, meneliti dan memahami
kandungan Perjanjian Kantin dengan baik sebelum mejalankan tugas dalam bidang
pengurusan kantin sekolah.
Tindakan: Ahli Jawatankuasa Kantin

Senarai Harga Makanan Murid & Guru


11. Guru Besar menyatakan bahawa harga makanan guru dan murid berlainan kerana makanan
dan minuman serta harga barangan tersebut sahaja tertakluk kepada kontrak dan perjanjian
kantin yang ditandatangani. Manakala harga makanan dan minuman guru boleh dijual
mengikut harga pasaran terkini. Oleh itu, pihak kantin harus diminta untuk memaparkan
harga makanan setiap hari mengikut menu yang dimasak.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

3
12. En.S.Jayasangar meminta penyelaras kantin dan ahli jawatankuasa kantin untuk
memastikan harga makanan dan minuman murid selaras dengan harga makanan dan
minuman murid yang dinyatakan dalam perjanjian kantin 2017/2018.
Tindakan : Penyelaras Kantin

Laporan Guru Bertugas Kantin

13. Cik K.Gavita menyatakan bahawa ahli pengurusan kantin akan memantau kebersihan
kawasan kantin sepanjang minggu dan akan menulis laporan dalam buku yang disediakan.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin

14. Beliau menyatakan bahawa Buku Laporan Kantin akan dibuat dan ahli jawatankuasa kantin
akan bermula bertugas pada bulan Januari tahun 2017. Langkah ini harus dipraktikan untuk
meningkatkan kualiti dalam pengurusan kantin sekolah.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Keceriaan Kantin

15. En.S.Jayasangar memberitahu bahawa ahli jawatankuasa pengurusan kantin patut


mengambil langkah untuk menambahkan keceriaan di kawasan kantin. Guru-guru juga
patut melawat ke kantin sekolah lain untuk mendapatkan idea yang baik.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin

Pakaian Pengusaha Kantin

16. Guru Besar menyatakan bahawa pengusaha kantin harus memakai topi, apron dan kasut
semasa memasak dan menghidangkan makanan di kantin. Mereka harus menanggalkan
apron dan kasut sebelum menggunakan tandas dan mesti memakai semula selepas itu.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

17. Beliau memberitahu bahawa guru-guru harus mengambil gambar dalam telefon bimbit dan
memberi aduan bertulis kepada ahli jawatankuasa pengurusan kantin jika pekerja kantin
tidak memakai topi, apron dan kasut semasa bertugas di kantin.
Tindakan : Ahli Jawatankuasa Kantin
Jadual Waktu Rehat
4
18. En.S.Jayasangar menyatakan bahawa pihak sekolah telah memberi waktu jadual waktu
rehat sesi pagi dan sesi petang yang terkini kepada pihak pengurusan kantin.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

19. Beliau juga telah meminta guru-guru yang bertanggungjawab harus memberitahu pihak
kantin lebih awal jika terdapat perubahan dalam waktu masa rehat.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Teguran Ibubapa
20. Guru Besar menjelaskan bahawa sebarang teguran dan aduan daripada ibubapa terhadap
pengurusan kantin perlu direkodkan secara bertulis. Pihak sekolah tidak akan mengambil
tindakan jika aduan dan teguran tidak dibuat secara bertulis.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Laporan Kesihatan Pekerja


21. En.S.Jayasangar meminta penyelaras kantin untuk mengumpul laporan kesihatan setiap
pekerja di kantin dan failkan dengan baik.
Tindakan: Penyelaras Kantin

Laporan Pemantauan Kantin Pejabat Pelajaran Daerah KMY


22. Penolong Kanan HEM memberitahu bahawa Kantin SJK(T) Saraswathy berada dalam
golongan kategori tidak memuaskan pada tahun 2016. Beliau berharap pengurusan kantin
pada tahun ini akan mendapat markah yang baik dalam pemantauan oleh Kementerian
Kesihatan nanti.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

23. Beliau berharap guru-guru akan mencadangkan idea-idea yang bernas dan berkesan bagi
meningkatkan kualiti kantin SJK(T) Saraswathy supaya mandapat mencapai tahap
cemerlang dalam Laporan Pemantauan Kantin Pejabat Pelajaran Daerah KMY pada masa
akan datang.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin
Hal-hal Lain
5
24. Guru Besar juga menyatakan bahawa disiplin murid pada masa rehat sangat tidak
memuaskan. Hal ini disebabkan oleh murid-murid membuat bising, tidak beratur dengan
sistematik, membuang sampah di kawasan kantin dan lain-lain lagi. Oleh iru, guru bertugas
mingguan dan ahli jawatankuasa pengurusan kantin harus berkerjasama antara satu sama
lain supaya bertugas di kantin pada waktu rehat di kantin sekolah.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

25. Guru Besar menegaskan bahawa pihak kantin tidak boleh menjual makanan yang sama
dengan menu RMT hari berkenaan pada waktu rehat sesi pagi dan petang.
Makluman: Ahli Jawatankuasa Kantin

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________________ ___________________
(Cik Gavita A/P Kanapathy) (En.S.Jayasangar)
Penyelaras Kantin Penolong Kanan HEM
SJK(T) Saraswathy SJK(T) Saraswathy

Potrebbero piacerti anche