Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT GURU SMK BUKIT JAMBUL SESI 2012


BIL 1/2012

Tarikh : 29 Disember 2011


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Bukit Jambul
Kehadiran : Jawatankuasa MBMMBI
1 En Abdul Rashid Bin Abdul Samad
2 En. Wan Sajiri Bin Wan Hassan
3 Pn.. Fadhilah Bt Ismail
4 Semua Guru Kanan
5 Ketua Panitia Matematik
6 Ketua Panitia Sains

Agenda :

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru pada
mesyuarat pertama sesi 2012.
Tindakan: Makluman semua guru

2. MBMMBI
2.1. En Wan Sajiri memberikan taklimat tentang surat siaran dasar MBMMBI Bil 5 tahun
2011 tentang dasar MBMMBI yang telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Tindakan: Makluman semua guru

2.2. Pn Ong Kim Cheng memaklumkan bahawa surat siaran tentang dasar MBMMBI
telah dimasukkan ke dalam buku info sekolah untuk makluman kepada semua ibu
bapa.
Tindakan: Makluman semua guru

2.3. Tuan Pengetua meminta Penolong Kanan Pentadbiran untuk memberikan satu
taklimat khusus kepada ibu bapa tingkatan 1 semasa perjumpaan waris tingkatan 1
yang akan diadakan pada 30 Disember 2011.
Tindakan: En Wan Sajiri
2.4. En Wan Sajiri meminta maklum balas daripada panitia Matematik dan Sains tentang
penggunaan bahasa pengantar dalam P&P Sains dan Matematik untuk sesi 2012.
Tindakan: Ketua Panitia

2.5. En Wan Sajiri memaklumkan bahawa penerangan lanjut tentang MBMMBI akan
diperincikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Matematik dan
Sains semasa mesyuarat panitia yang akan diadakan pada 11 Januari 2012.
Tindakan: Ketua Panitia

2.6. Mesyuarat telah memutuskan bahawa penggunaan bahasa pengantar bagi kedua-dua
subjek adalah dengan menggunakan dwibahasa bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Tindakan: Makluman semua guru

2.7. Ketua Panitia Matematik memaklumkan bahawa bagi kelas tingkatan 5, guru-guru
akan menggunakan bahasa Inggeris dalam mengemukakan istilah matematik dan
dalam menerangkan konsep mereka akan menggunakan bahasa Melayu untuk
memberikan pemahaman yang mendalam kepada para pelajar.
Tindakan: Makluman semua guru

2.8. Mesyuarat bersetuju dengan pendekatan tersebut dan meminta semua guru
menggunakan kaedah yang sama.
Tindakan: Makluman semua guru

3. Penutup
3.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

. .
NORHAFIZAH BT MD ISWO @ ABDUL RASHID B. ABDUL SAMAD
YUSOF Pengetua
Setiausaha Mesyuarat Guru SMK Bukit Jambul
SMK Bukit Jambul

Potrebbero piacerti anche