Sei sulla pagina 1di 8

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT

SEKOLAH (JPMS) BIL 1/2017

Tarikh : 3 Februari 2017 (Jumaat)


Masa : 2.00 petang 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SJKC Pei Hua, Seremban.
Pencatat : Cik

Kehadiran :

Agenda
1. Kata Aluan Pengerusi.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu.
3. Modul Pengurusan Sekolah (EMIS)
4. Modul Pengurusan Guru (e-Operasi)
5. Modul Pengurusan Murid (APDM)
6. Hal-hal lain.
7. Penutup

1.0 Kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan menyampaikan ucapan alu-aluan dan
mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli mesyuarat yang hadir.
1.2 Pengerusi memberikan penerangan ringkas tentang Sistem Pengurusan Maklumat
Sekolah yang telah dilaksanakan mulai tahun 2015 sehingga kini.
1.3 Pengerusi berharap bahawa ahli jawatankuasa yang telah dilantik dapat
memberikan bantuan dan kerjasama dalam segala Pengurusan Maklumat Sekolah
bagi tahun ini.
Makluman
2.0 Pembentukan dan Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah 2017.
2.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli-ahli mesyuarat bahawa pembentukan
Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) dan pelaksanaan tugas-tugas
JPMS akan bermula bagi Tahun 2017.
2.2 Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun 2017. (Rujuk
Lampiran)
Makluman

3.0 Pembentangan Garis Panduan Perlaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).


3.1 Berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (No. Ruj: KP(BPSH-
SPDK)201/005/02/Jld.6(25), Bertarikh: 24 Disember 2014), bahawa Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah
di peringkat sekolah bermula 1 Januari 2015.
3.2 Objektif pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah :
i. Satu pangkalan data tunggal bagi sekolah, guru dan murid.
ii. Mengelakkan guru melakukan kemasukan data berulang dalam pelbagai
sistem.
iii. Sumber data Dashboard KPM bagi proses menganalis, membuat
perancangan, perbandingan dan mengenalpasti trend dalam pelaksanaan
Dasar Pendidikan Negara.
3.3 Sistem Pengurusan Sekolah terdiri daripada 3 modul iaitu:
A. Modul Pengurusan Sekolah (EMIS)
B. Modul Pengurusan Guru (e-Operasi)
C. Modul Pengurusan Murid (APDM)
3.4 Modul-modul tersebut boleh diakses melalui laman sesawang berikut:

https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

3.5 Mesyuarat JPMS akan diadakan sebanyak 4 kali setahun iaitu bulan Februari, Mei,
Ogos dan November.
Makluman
3.6 Bidang tugas Guru Besar
3.6.1 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan
maklumat sekolah, guru, staf dan murid.
3.6.2 Memastikan semua guru penolong kanan melaksanakan pengoperasian
data dan maklumat di dalam SPS.
3.6.3 Mempengerusikan JPMS.
3.6.4 Membuat pengesahan terhadap Laporan Pengesahan Sekolah sebelum
dihantar ke PPD.
Tindakan: Guru Besar

3.7 Bidang tugas Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK 1)


3.7.1 Bertanggungjawab terhadap SPS iaitu Mudul Pengurusan Sekolah dan
Modul Pengurusan Guru / Staf.
3.7.2 Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data sekolah, guru dan
staf.
3.7.3 Membimbing dan menasihati guru dan staf dalam perlaksanaan Modul
Pengurusan Sekolah dan Modul Pengurusan Guru / Staf.
3.7.4 Melakukan peranan sebagai pentadbir modul.
3.7.5 Menyemak Laporan Pengesahan Sekolah sebelum disahkan oleh Guru
Besar.
Tindakan: Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

3.8 Bidang tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM)
3.8.1 Bertanggungjawab terhadap SPS iaitu Mudul Pengurusan Sekolah dan
Modul Pengurusan Murid.
3.8.2 Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data sekolah, dan murid.
3.8.3 Membimbing dan menasihati guru kelas dan pembantu tadbir dalam
perlaksanaan Modul Pengurusan Murid.
3.8.4 Melakukan peranan sebagai pentadbir modul.
Tindakan: Guru Penolong Kanan HEM
3.9 Bidang tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KK)
3.9.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul Pengurusan Sekolah, Pengurusan
Guru / Staf dan Pengurusan Murid.
Tindakan: Guru Penolong Kanan KK

3.10 Bidang tugas Guru Data merangkap Setiausaha JPMS


3.10.1 Membantu mengumpul, input data, memproses, menyimpan, mencetak
dan menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM
dalam pengurusan data / Modul Pengurusan Sekolah.
3.10.2 Membantu menyediakan input data / modul berkaitan SPS kepada JPMS.
3.10.3 Selaku setiausaha JPMS.
3.10.4 Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan data sekolah.
3.10.5 Mematuhi aktiviti pengisian data / modul dalam SPS megikut jadual yang
telah dittetapkan oleh KPM.
3.10.6 Membantu Guru Penolong Kanan dalam perlaksanaan pengurusan data
dan maklumat dalam SPS.
Tindakan: Guru Data / Setiausaha JPMS

3.11 Bidang tugas Guru Kelas


3.11.1 Mengemaskinikan semua data dan maklumat murid yang berada di dalam
kelasnya dari semasa ke semasa jika berlaku sebarang perubahan atau
pertambahan maklumat baharu.
3.11.2 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan
maklumat murid di dalam kelasnya.
3.11.3 Merekodkan kehadiran murid secara harian bersama-sama dengan
pembantu tadbir.
Tindakan: Guru Kelas

3.12 Bidang tugas Guru


3.12.1 Mengemaskini, menyemak dan mengesahkan maklumat peribadi,
pasangan, sejarah perkhidmatan, latihan / kursus, gaji dan elaun di dalam
Modul Pengurusan Guru.
3.12.2 Menyemak dan mengesahkan maklumat perkhidmatan, maklumat
akademik dan maklumat ikhtisas di dalam Modul Pengurusan Guru.
Tindakan: Semua Guru

3.13 Bidang tugas Pembantu Tadbir


3.13.1 Melaksanakan pengisian kehadiran dan keberadaan guru di dalam Modul
Pengurusan Guru.
3.13.2 Melaksanakan pengisian kehadiran murid dalam Modul Pengurusan Murid
sebelum 9.00 pagi.
Tindakan: Pembantu Tadbir

4.0 Modul Pengurusan Sekolah (EMIS)


4.1 Data Modul Pengurusan Sekolah akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa
berdasarkan maklumat daripada pihak pembantu tadbir.
4.2 Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah akan dicetak dan disimpan pada setiap
hujung bulan.
4.3 Pengisian maklumat kutipan data secara online bagi Laporan Jawatankuasa
Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) 2017.
Tindakan: Guru Data

4.4 Ingatan kepada semua guru bahawa setiap aset mudah alih yang baharu perlu
dilaporkan kepada pihak Modul Pengurusan Sekolah dan penbantu tadbir untuk
mewujudkan KEWPA yang berkenaan bagi aset tersebut.
Tindakan: Semua Guru

4.5 Pihak pengurusan Modul Pengurusan Sekolah perlu membuat pengesahan bagi
Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah (LPMS).
Tindakan: Guru Besar & Guru Data
4.6 Ingatan kepada semua guru supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti sukan
atau permainan di padang sekolah.
4.7 Tempat parkir baharu telah siap dibina. Para guru dan ibu bapa boleh meletakkan
kenderaan di sana.
Makluman

5.0 Modul Pengurusan Guru (e-Operasi)


5.1 Semua guru diminta menyemak, mengemaskini dan mengesahkan maklumat
peribadi, pasangan, sejarah perkhidmatan, gaji dan elaun dalam Modul Pengurusan
Guru.
5.2 Guru perlu menyemak dan mengesahkan maklumat perkhidmatan, maklumat
akademik dan maklumat ikhtisas dalam modul berkenaan.
Tindakan: Semua Guru

6.0 Modul Pengurusan Murid (APDM)


6.1 Guru kelas dinasihati supaya sentiasa peka terhadap perubahan atau pertambahan
maklumat murid dalam Modul Pengurusan Murid.
Tindakan: Semua Guru Kelas

6.2 Segala maklumat murid perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumat
Modul Pengurusan Murid dijadikan sebagai sumber kepada pihak-pihak berkenaan
(biasiswa, maklumat kewarganegaraan, SPBT, SU Peperiksaan dll).
6.3 Mulai tahun ini, status kewarganegaraan murid akan diakseskan berdasarkan
maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
Tindakan: Makluman

6.4 Sebarang perubahan maklumat perlu dimaklumkan kepada guru data untuk
mengambil tindakan selanjutnya.
Tindakan: Guru Data

7.0 Pembentangan Pelan Tindakan tahun 2017.


7.1 Pengerusi membentangkan Pelan Tindakan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat
Sekolah bagi Tahun 2017.
Makluman
8.0 Hal-hal Lain.
8.1 Pengerusi memaklumkan kepada pihak pengurus modul masing-masing supaya
mengemaskini maklumat sistem dari semasa ke semasa sepanjang tahun 2017.
Tindakan: Pengurus Modul

8.2 Berdasarkan kaedah pengiraan bilangan guru dalam Modul Pengurusan Guru,
bilangan guru terlebih seorang. Maka salah seorang guru akan dipindah keluar
bawah arahan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Segala pengerakan perlu
dipertangguhkan sehingga mendapat surat rasmi daripada jabatan.
8.3 Semua pengguna SPS diingati supaya menggunakan kaedah Single Sign-On (SSO)
untuk log masuk ke dalam SPS.
Makluman

9.0 Penutup
9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________________ _______________________

Potrebbero piacerti anche