Sei sulla pagina 1di 22

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN


SEMESTER SEPTEMBER 2016

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. Isi Kandungan 1
2 Soalan Tugasan 2
3. 1.0 Pengenalan 34
4 2.0 Takrifan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam 5-6
Pendidikan.
5. 3.0 Perbincangan tentang ciri-ciri perkakasan dan perisian 7 12
Komputer, Telefon bimbit, dan Akses kepada internet dengan
rujukan khas kepada aplikasi dalam pendidikan.

6. 4.0 Perbincangan tentang peranan Komputer, Telefon bimbit, dan 7 16


Akses kepada internet dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.

7. 5.0 Perbincangan tentang perhubungan di antara Akses kepada 16 - 19


internet (connectivity) dengan penggunaan Komputer serta Telefon
bimbit dalam pendidikan.

8. 6.0 Rumusan 20
9. 7.0 Rujukan 21 - 22

SOALAN TUGASAN

1
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

Kementerian (Pendidikan) akan memberi keutamaan kepada penyelesaian yang boleh


diakses melalui pelbagai peranti, seperti komputer atau telefon bimbit, dan yang mengambil
kira faktor lokasi serta keluarga yang tidak mempunyai kemudahan akses kepada internet.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 2025, Bab 6, hal. 6-22 (Versi Bahasa
Inggeris).

Berdasarkan pernyataan di atas yang dipetik daripada Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia, 2013 2025, bincangkan aplikasi yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pendidikan seperti berikut:

i. Komputer,
ii. Telefon bimbit, dan
iii. Akses kepada internet.

1.0 Pengenalan

2
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat
pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran
seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan
menyeronokkan. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang
pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing malah telah lama diperkenalkan di Negara
maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita juga tidahk
ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) ini.
Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
computer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Untuk itu, beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mata pelajaran Teknologi Maklumat mula
diperkenalkan oleh KPM sebagai pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada
penghujung tahun 1998. Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM
menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. (Meng, 1989). Kesinambungan daripada
memperkenalkan mata pelajaran Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi
beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada komputer
pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran berbantukan komputer
(PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 telah diperkenalkan
di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk memperluaskan
penggunaan ICT dalam pendidikan.
Selaras dengan program-program ICT yang dilancarkan, kerajaan telah
memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam
semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Segala kemudahan dan
kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan keberkesanan
penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan
perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-langkah
untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah
kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah
dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan.

3
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam


pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk melaksanakan program-program tersebut,
KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer, perkakasan seperti
komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta
melatih guru berkaitan ICT.
Komputer merupakan satu alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak
kelebihan. Computer didapati sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana computer berkemampuan untuk menerima dan
memproses data. Giesert dan Futrell menegaskan bahawa seseorang guru yang menggunakan
computer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat
dan kebolehan tambahan (Futrell, 1990). Pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu
belajar yang terkini akan dapat menambahkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang
pelajaran. Di samping itu, jika computer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh
guru ia akan mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan
dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia
perguruan yang serba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik juga perlu bersedia
dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana,
tidak mustahil jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku
tetapi membawa komputer riba sebagai penganti buku.

2.0 Takrifan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan.

4
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

Teknologi berasal daripada perkataan dasar Latin texere yang bermaksud membentuk
atau menubuhkan. Oleh itu, definisi teknologi tidak semestinya terhad kepada penggunaan
mesin sahaja kerana teknologi ialah corak untuk satu-satu tindakan yang bertujuan untuk
mengurangkan ketidakpastian dalam perhubungan sebab dan akibat dalam usaha mencapai
matlamat yang diingini. Sesuatu teknologi biasanya mempunyai aspek perkakasan yang
mempunyai bahan atau objek fizikal dan aspek perisian yang mengandungi asas informasi
untuk perkakasan itu (http://www.gn.apc.org/).
Maklumat atau informasi boleh didefinisikan sebagai corak tenaga utama yang
mempengaruhi kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk membolehkan individu membuat
keputusan mereka sendiri, ia boleh dinyatakan dalam bentuk bahan (seperti dakwat pada
kertas) atau dalam satu bentuk tenaga (seperti nadi elektrik). Maklumat juga boleh digantikan
dengan sumber-sumber lain seperti wang atau tenaga. Oleeh itu, maklumat merupakan satu
yang abstrak, sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Maklumat yang dicari oleh individu
daripada kebanyakan aktiviti komunikasi ialah apa-apa sahaja kandungan yang dapat
membantu mereka membentuk atau mengatur sebahagian daripada aspek-aspek persekitaran
yang bersesuaian. Mereka akan mencari maklumat sebanyak mungkin dengan tujuan untuk
memudahkan mereka membuat sebarang keputusan dalam hidup (http://www.gn.apc.org/).
Komunikasi pula boleh didefinisikan sebagai alat yang mengerakkan manusia. Oleh itu,
komunikasi berkait rapat dengan komuniti. Tanpa komunikasi,mungkin tidak wujud
komunikiti seperti mana tanpa komuniti, tidak akan wujud komunikasi. Ahli sosiologi,
Charles Cooley menyebut komunikasi sebagai mekanisme yang melaluinya perhubungan
manusia wujud dan berkembang iaitu semua symbol minda, beserta cara penyampaiannya
menerusi ruang dan lambat laun mengekalkannya (http://www.gn.apc.org/).
Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan
perisian untuk menguba, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Definisi teknologi maklumat boleh
diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi
disifatkan sebagai satu bentuk pemudahcara yang membolehkan pengaliran maklumat
menjadi sangat pantas (https://sahabat3.wordpress.com/2010/02/23/apa-itu-teknologi-
maklumat/). Sebenarnya, teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer

5
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan
sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan komunikasi ialah
teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran
maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi. Menurut Senn,
1998 menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu
komputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang
kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya (Abdul Razak
Hamdan, 2000).
Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ringkasnya ICT adalah penggunaan komputer, peranti komunikasi dan
perisisan aplikasi untuk memproses, menyimpan, mencapai semula, melindungi dan
menghantar maklumat dari mana-mana tempat pada bila-bila masa. Manakala maklumat
merujuk kepada sebarang data-data yang telah dimanipulasikan oleh computer yang boleh
disimpan, dikongsi dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua. Komunikasi pula
merujuk kepada satu proses bertukar-tukar maklumat dengan menggunakan peranti dan
perkhidmatan komunikasi seperti internet, e-mail, telesidang video dan telefon (Abdul Razak
Hamdan, 2000).

6
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

3.0 Perbincangan tentang ciri-ciri perkakasan dan perisian Komputer, Telefon bimbit,
dan Akses kepada internet dengan rujukan khas kepada aplikasi dalam pendidikan.

Perisian adalah arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang
mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan
maklumat. Selain itu perisian juga ialah aturcara komputer yang mentadbir operasi sesuatu
komputer. Perkakasan komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan fungsi-
fungsi asas kiratan pemprosesan data sama ada di luar talian ataupun di dalam talian. Fungsi-
fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan data, pemprosesan, storan, input dan otput.

3.1 Ciri-ciri Perkakasan dan Perisian Komputer


Perkakasan adalah peralatan yang terlibat dalam fungsi sebuah komputer. Ia terdiri
dari komponen-komponen yang boleh dikawal secara fizikal. Fungsi bagi komponen tersebut
boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu input, output dan storan.
Komponen bagi ketiga-tiga kategori dihubungkan kepada pemproses mikro, iaitu unit
pemprosesan pusat (CPU), iaitu litar elektronik yang membekalkan kebolehan mengira dan
mengawal komputer melalui litar yang dipanggil bas.
Interaksi antara perkakasan input dan output dikawal oleh perisian yang dipanggil
Basic Input Output System (BIOS). Walaupun pemproses mikro dianggap sebagai
perkakasan, sebahagian fungsinya adalah berkaitan dengan perisian komputer. Oleh kerana
pemproses mikro mempunyai ciri-ciri perkakasan dan perisian komputer, maka ia selalu
dikenali sebagai firmware.
Pemproses atau unit pemprosesan pusat merupakan komponen utama dan berfungsi
sebagai otak dalam sistem komputer. Ia mengandungi berjuta litar yang melakukan
pengawalan audio, video, pengiraan matematik dan arahan komunikasi.
Oleh kerana tanggungjawab dan tugasnya yang banyak, pemproses direka untuk beroperasi
dengan pantas bagi membolehkan pemprosesan berjuta-juta arahan setiap saat terutamanya
dengan penggunaan perisian yang semakin canggih hari ini. Jenis pemproses utama
menggunakan platform x86 dengan pemproses dari Intel, AMD dan Cyrix. Sistem Apple pula
dilengkapi dengan pemproses PowerPC. Walaupun berbeza dari segi reka bentuk atau
arkitektur serta sokongan sistem operasi yang berbeza, fungsi CPU dalam semua jenis
komputer adalah serupa iaitu memproses arahan.

7
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

Sebelum memasukkan pemproses, pastikan dahulu jenisnya boleh digunakan pada papan litar
utama kerana tidak semua papan litar utama menyokong semua jenis cip (http://ibrahim-
sukuri.tripod.com/perkakasan_komputer.htm).
Manakala ciri-ciri perisian komputer adalah seperti berikut:
Menggunakan internet sebagai platform penyebaran.
Evaluasi prestasi pelajar secara elektronik melalui e-mel.
Gambar illustrasi yang menarik dan informatif.
Nota yang padat dan tersusun.
Penggunaan Multi-media.
Mempunyai filem pendek.
Padat, menggunakan memori (MB) yang rendah.
Dapat disalurkan ke internet dengan mudah.
Keseluruhan persian senang digunakan
(http://ibrahim-sukuri.tripod.com/perkakasan_komputer.htm).
3.1.1 Perkakasan Input

Perkakasan input mengandungi peranti luaran, iaitu komponen yang terletak di luar
CPU. Ia merupakan peranti yang menerima data dan menghantarnya ke CPU. Data yang
diterima oleh peranti input mestilah dalam bentuk yang sesuai (misalnya pembaca kod bar
hanya menerima data dalam bentuk kod bar). Peranti input menukar data kepada bentuk binari
yang boleh diterima oleh CPU (http://ibrahim-sukuri.tripod.com/perkakasan_komputer.htm).

i. Papan Kekunci
Papan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna
memasukkan teks dan arahan kepada komputer. Sesetengah papan kekunci
mempunyai kekunci khas atau peranti penunjuk, seperti trackball atau "touch-
sensitive regions" yang membenarkan pengguna menggunakan pergerakan jari
untuk menggerakkan kursor pada skrin. Papan kekunci merupakan media yang
menjadi sumber memasukkan data ke dalam sesebuah PC samada melalui perisian
atau melaksanakan operasi PC. Dalam banyak aspek, kekunci menjadi pembantu
kepada tetikus.

ii. Tetikus

8
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

Tetikus pula adalah alat penunjuk (pointing device) yang direkabentuk untuk
digenggam dengan sebelah tangan. Ia mempunyai peranti pengesan (biasanya
bebola) di bawahnya yang membolehkan pengguna mengawal kursor dengan
menggerakkannya di atas permukaan rata. Tetikus merupakan aksesori yang
memudahkan operasi dalam persekitaran GUI (Graphical User Inrerface) atau
Windows. Pengguna dengan mudah melakukan pelbagai operasi dengan
menggerakkan petunjuk dan mengklik butang tetikus.
iii. Modem
Modem adalah peranti yang menghubungkan komputer dengan talian telefon dan
membenarkan maklumat dihantar atau diterima dari/ke komputer lain. Setiap
komputer yang menghantar atau menerima maklumat mestilah disambungkan
kepada modem. Maklumat yang dihantar dari sebuah komputer akan ditukar
kepada isyarat audio oleh modem, yang dihantar melalui talian telefon kepada
modem penerima yang menukar semula isyarat kepada maklumat di mana
komputer penerima dapat memahaminya. Modem merupakan peranti yang sangat
diminati hari ini. Ini disebabkan perkembangan pantas Internet memerlukan
pengguna melengkapkan PC dengan modem bagi sambungan Internet.
Modem merupakan peranti yang dapat menukarkan isyarat digital (digunakan
oleh komputer) kepada isyarat analog (digunakan dalam talian telefon) dan
sebaliknya.Jenis modem dibezakan oleh kepantasan penghantaran data (misalnya
14.4 kilobait per saat , 28.8 Kbps, 33.6 Kbps dan 56.6 Kbps). Dengan modem yang
lebih pantas, pengguna dapat mengurangkan masa mendapatkan data
(http://ibrahim-sukuri.tripod.com/perkakasan_komputer.htm).
Terdapat dua kategori modem di pasaran iaitu modem dalaman (internal
modem) dan modem luaran (external modem). Modem dalaman adalah berbentuk
kad yang dimasukkan ke dalam slot tambahan pada papan litar utama. Modem
luaran pula disambungkan ke pelabuhan (port) dan ianya memerlukan bekalan
kuasa yang berasingan.

3.1.2 Perkakasan Output

i. Paparan Video

9
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

Paparan video, atau skrin, menukarkan maklumat yang dijanakan oleh


komputer kepada maklumat visual. Paparan biasanya terdiri dari dua bentuk iaitu
skrin video dengan "cathode ray tube" (CRT) dan skrin video dengan "liquid
crystal display" (LCD).
Skrin berasaskan CRT, atau monitor adalah seakan-akan set televisyen.
Maklumat dari CPU dipaparkan amenggunakan pancaran elektron yang
mengimbas permukaan "phosphorescent" yang mengeluarkan cahaya dan
membentuk imej.
Skrin berasaskan LCD memaparkan maklumat visual pada skrin datar. Ia
biasanya digunakan pada komputer laptop atau notebook.

ii. Pencetak
Pencetak mengambil teks dan imej dari komputer dan mencetaknya di atas
kertas. Pencetak matriks bintik (dot matrix) menggunakan dawai halus untuk
menghentak "ribbon" bagi membentuk aksara. Pencetak laser men ggunakan
sinaran cahaya untuk melukis imej di atas "drum" dan kemudiannya mengutip
zarah hitam halus yang dipanggil "toner". Toner dipindahkan ke atas kertas bagi
menghasilkan imej. Pencetak pancut dakwat (ink jet) menembak titisan dakwat ke
atas kertas untuk membentuk aksara dan gambar.

3.2 Ciri-ciri Perkakasan dan Perisian Telefon Bimbit

i. Bluetooth
Bluetooth merupakan teknologi tanpa wayar (wireless). Ia menggunakan
gelombang radio bagi membolehkan peranti-peranti mudah alih seperti PDA atau
laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya juga boleh
diperluaskan lagi kepada desktop di mana desktop boleh dihubungkan ke pencetak
ataupun pengimbas tanpa menggunakan wayar penyambung. Konsep perangkaian
ini telah dinamakan sebagai Personal Area Network atau PAN. Pembangun asal
Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM dan Toshiba. Kemudian satu
kumpulan yang dikenali sebagai Bluetooth Special Interest Group atau SIG telah
ditubuhkan yang terdiri daripada sembilan syarikat utama dalam bidang IT, iaitu
3Com, Ericsson, IBM, Intel, Lucent, Microsoft, Motorola, Nokia dan Toshiba. Di
samping itu, terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam membangunkan produk

10
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

yang berasaskan teknologi Bluetooth


(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ict/7592-bluetoot.html).
Kebanyakan urusan yang dilakukan oleh pengguna ini memerlukan
penyelesaian yang pantas. Ini termasuklah pertukaran dan perkongsian maklumat
seperti nombor telefon, jadual, fail-fail penting dan mungkin juga pasaran saham.
Ia boleh menghubungkan pencetak, Mobile Phones, Handsfree Headsets, LCD
projectors, Modems, Wireless LAN devices, Notebooks, Desktop PCs,
PDAs dan lain-lain.
Sekiranya pengguna masih menggunakan sistem perkakasan yang
konvensional seperti sedia ada, ( dengan menggunakan wayar serta terpaksa pula
mencari soket penyambung ) sudah tentu masa akan terbuang begitu sahaja dan
bagi memburukkan keadaan beberapa tranksaksi penting tidak dapat dilakukan.
Peranti Bluetooth boleh dihubungkan ke LAN yang sedia ada seperti Ethernet
LAN korporat menerusi satu titik akses yang terdiri daripada pemancar Bluetooth,
pengawal jalur asas, litar untuk menterjemahkan data dari format Bluetooth ke
Ethernet dan juga antaramuka yang menghubungkan titik akses ke rangkaian LAN
yang sedia ada. Pengguna dapat menikmati kemudahan yang boleh didapati dalam
rangkaian LAN asalkan ia tidak terkeluar dari lingkungan titik akses tersebut.
Terdapat tiga ciri keselamatan yang ada dalam peranti Bluetooth iaitu pertama,
tanpa keselamatan di mana peranti tidak menetapkan ciri-ciri keselamatan ketika
komunikasi dijalankan. Kedua, keselamatan pada peringkat perkhidmatan, yang
memberikan ciri-ciri fleksibal ketika capaian aplikasi dilakukan dan ketiga,
keselamatan peringkat pautan di mana peranti akan menentukan prosedur
keselamatan terlebih dahulu sebelum komunikasi dilakukan.
Pada masa sekarang, teknologi Bluetooth digunakan dengan meluas dalam
perkhidmatan telefon bimbit, percetakan tanpa wayar, PC mudah alih, alat dengar
tanpa wayar, barangan elektronik seperti kamera, walkman, VCR, pen elektronik,
pemain muzik mudah alih dan juga industri robotik
(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ict/7592-bluetoot.html).
Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh digunakan
dan berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekaligus menjimatkan masa
pengguna dengan tidak perlu memasang wayar dan juga kabel penyambung ke
peranti lain. Perisian ini akan dapat menjimatkan masa dan wang apabila ingin
berkongsi sesuatu maklumat.

11
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

4.0 Perbincangan tentang peranan Komputer, Telefon bimbit, dan Akses kepada
internet dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan di luar bilik
darjah.
Transformasi sistem pendidikan di abad ke-21 ini menuntut warga pendidik di selruh
dunia untuk menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara optimum kerana
keupayaan ICT dalam menambahbaik sistem pendidikan sudah terbukti dan seolah-olah
sudah menjadi satu kayu pengukur untuk menentukan standard pendidikan di setiap
institusi pendidikan. Teknologi komputer khususnya, merupakan salah satu cabang utama
ICT yang tidak dapat dinafikan sangat berupaya untuk membantu guru meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran murid.
Boleh dikatakan bahawa peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan
adalah untuk membantu memperbaiki keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan perkataan lain, para guru harus lebih inovatif dalam
mengaplikasikan teknologi komputer, telefon bimbit dan akses kepada internet
terutamanya dalam menyelesaikan masalah atau kesukaran yang dihadapi semasa proses
pengajaran dijalankan di bilik darjah.

4.1 Peranan Komputer


Teknologi komputer dalam pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu
suasanayang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi
boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat meransang aktiviti sendiri di kalangan
pelajar dan membina pemikiran yang berterusan (Laurillard, 1992). Laurillard
berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap
pemahaman pelajaran dengan murdah (Laurillard, 1992). Integrasi teknologi komputer
dalam pdp memberikan peluang kepada guru memperkenalkan pembelajaran secara
kontekstual kepada murid-murid berdasarkan aktiviti masalah sebenar dan meletakkan
murid sebagai penyelesai masalah (Rosenberg, 2010). Interaksi antara murid dan guru
juga akan bertambah dan ini menyebabkan guru tersebut mudah didekati oleh murid.
Selain itu, teknologi komputer mampu memudahkan kerja seseorang guru
dalam penyampaian maklumat. Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh
dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah didapati memebrikan banyak faedah
seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem multimudie
berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yang bersesuaian dan

12
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

memberikan kebaikan dari aspek interaksi pengguna melalui dokumen dalam perisian
multimedia yang boleh dikolerasikan dengan mana-mana aplikasi dalam komputer di
samping kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik (Heppell, 1993).
Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan komputer juga dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran. Unsur
interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah,
mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru
mengikut gaya pembelajaran mereka (Heppell, 1993). Sesuatu masalah dapat
diulangkasi dan berkemampuan mereka dapat diukur walau di mana sahaja mereka
berada, samada di sekolah, rumah ataupun di semasa belajar secara berkumpulan. Oleh
itu, multimedia membolehkan pelajar mengulangkasi pelajaran secara sendirian dan
juga membantu pelajar-pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan
penggunaan masa yang minimum.

4.2 Peranan Telefon Bimbit

Peranan telefon bimbit boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet
untuk mendapatkan bahan atau informasi yang berkaitan dengan tugasan di
sekolah dengan cepat dan pantas. Pada masa kini, penggunaan internet amat penting
kepada para pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh pensyarah atau guru. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon bimbit
ini, para pelajar boleh melayari internet dengan menggunakan gajet ini di mana-mana
sahaja dan pada bila-bila masa malah dapat memperolehi sesuatu maklumat yang
diperlukan dengan cepat dan mudah.
Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit
dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan
irang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di
hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui sistem pesanan
ringkas (SMS) atau khidmat pesanan multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang
mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang
berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya, mahasiswa
tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di
luar negara untuk berkomunikasi dengan ahli keluarganya. Contoh lain ialah, pelaar

13
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelas untuk berbincang topik yang diajar
oleh guru mereka di sekolah.
Pembelajaran secara m-pembelajaran yang menggunakan telefon bimbit
pintar telah terbukti keberkesanannya di negara luar dan kini telah mula perkenalkan
di Malaysia di mana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi telah
mengintegrasikan teknologi ini dalam kurikulum pengajaran mereka. Perkongsian nota
di antara pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti PDA di
kalangan pelajar. Mereka tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer peribadi untuk
memuat turun nota. Ianya telah dimudahkan dengan hanya menggunakan internet yang
disediakan oleh pembekal perkhidmatan telefon mudah alih yang dilanggani. Oleh
yang demikian, memuat turun nota boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila
masa. Walaupun pelajar berada di dalam bas ketika pulang ke kampung atau semasa
berada di kedai makan yanga ada menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar
(Mansor, 2010).

4.3 Peranan Akses Kepada Internet

Pada masa dahulu, buku teks dianggap sebagai sumber pembelajaran yang penting
di dalam kelas. Kini, mentaliti pelajar zaman sekarang amat berbeza jika dibandingkan
dengan pelajar zaman dahulu. Pelajar zaman sekarang menganggap buku teks
menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa menjinjing beg sekolah yang sarat
dengan buku teks sepanjang sesi persekolahan. Keadaan ini menyebabkan terdapat
segelintir pelajar lebih rela meninggalkan buku-buku teks mereka di rumah sekali gus
menyebabkan mereka melanggar peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Seperti
yang kita tahu, tidak semua pelajar gemar membaca melalui buku kerana masa mereka
banyak dihabiskan di hadapan komputer. Di samping itu, terdapat pelajar yang
menggunakan aplikasi internet seperti e-book sebagai sumber bacaan kerana
aplikasi ini menyediakan perkhidmatan yang percuma dan cepat kepada pembaca jika
dibandingkan dengan pembaca terpaksa ke kedai buku untuk membeli buku rujukan
selain harga buku juga dijual mengikut jenis buku tersebut.
Selain itu, penggunaan internet membolehkan perkongsian maklumat antara
pelajar. Projek Jaringan Pendidikan(JP) di bawah kelolaan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan MIMOS merupakan salah satu aktiviti dalam

14
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

program Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian Pelajaran.Projek ini mampu


meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia kepada taraf yang lebih tinggi. Di
samping itu, penggunaan aplikasi seperti e-mel membolehkan segala maklumat yang
ingin dikongsi oleh para pelajar dan guru dapat dikirim dengan lebih cepat dan mudah.
Menurut kenyataan salah seorang pengkaji penggunaan internet, Dr.Jane Lasarenko,
kebaikan utama penggunaan e-mel adalah dapat menanam semangat belajar yang
tinggi dalam kalangan pelajar dalam setiap pembelajaran mereka. Bukan itu
sahaja,para pelajar tidak akan ada alasan lagi untuk tidak menghantar kerja rumah
mereka pada hari yang ditetapkan kerana aplikasi e-mel ini memudahkan urusan
pembelajaran antara murid dan guru menjadi senang malah hubungan murid dan guru
dapat dieratkan (Meng, 1989).
Internet juga membolehkan para pelajar dan guru untuk mengetahui dan
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Misalnya pembangunan laman web sekolah mampu dijadikan sebagai alternatif untuk
menyalurkan segala maklumat mengenai sekolah kepada semua pihak. Selain
itu,laman web sekolah juga membolehkan ibu bapa untuk mendapatkan segala
maklumat berkaitan dengan anak-anak seperti rekod disiplin, akademik dan juga
kokurikulum. Ibu bapa hanya perlu melanggan laman web sekolah ataupun
menggunakan e-mel untuk berhubung terus dengan guru. Secara tidak langsung,
hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan.Ibu bapa tidak
akan ada alasan lagi untuk tidak berkunjung ke sekolah dengan alasan sibuk untuk
mendapatkan perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Oleh yang demikian,
masalah disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa
dengan mudahnya dapat ditangani.
Guru-guru boleh menggunakan internet sebagai bahan bantu mengajar di
dalam kelas. Internet mempunyai pelbagai komponen pengajaran seperti
grafik,animasi atau audio visual.Dengan adanya kepelbagaian komponen pengajaran
ini,sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seronok dan mampu meningkatkan
minat belajar yang tinggi dalam diri para pelajar.Guru-guru juga mampu mengakses
pelbagai jenis bentuk latihan dan soalan untuk para pelajar mereka terutamanya bagi
para pelajar yang bakal memduduki peperiksaan awam yang patut didedahkan dengan
pelbagai bentuk soalan peperiksaan bagi menyiapkan diri mereka untuk peperiksaan
yang bakal dihadapi. Maka,guru-guru tidak perlu berjumpa dengan pihak pentadbiran

15
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

sekolah ataupun pihak penjual buku bagi mendapatkan buku yang diperlukan oleh
guru dan para pelajar.

5.0 Perbincangan tentang perhubungan di antara Akses kepada internet (connectivity)


dengan penggunaan Komputer serta Telefon bimbit dalam pendidikan.

Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah meningkatkan


penggunaan Internet, web dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru
ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa,
tempat, kaedah dan bahan pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses
kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan (Tasir., 2003). Perkembangan baru ini
telah mengembangkan lagi konsep pembelajaran kolaboratif melalui alat-alat konvensional
seperti listserv, newsgroup, emel dan Internet Real-Chat (IRC) di samping penggunaan
konferensi audio (audio conferencing) dan konferensi video (video conferencing ).
Dalam kajian Kellah M. Edens (Edens, 2008), beliau mengatakan bahawa kemajuan
teknologi maklumat seterusnya telah menyebabkan meningkatnya penggunaan web dan
Internet untuk tujuan pendidikan. Struktur maklumat dalam web yang berdasarkan kepada
kaedah hiperteks dan hipermedia yang mengandungi pelbagai maklumat dalam berbentuk
teks, grafik, animasi, audio dan video dihubungkan dan dipersembahkan dalam bentuk yang
tidak linear. Rangkaian maklumat ini membolehkan maklumat dikongsi bersama-sama dalam
pelbagai bentuk dan mengakibatkan berkembangnya kolaborasi antara manusia. Situasi baru
ini memberi peluang yang lebih meluas kepada pendidikan sains yang lebih fleksibel dan
terbuka dari segi masa dan kaedah serta meningkatnya interaksi sosial dalam pendidikan.

5.1 Hubungan antara Akses Internet (ICT) dan Komputer


Kemahiran komputer sebenarnya berkait rapat dengan kemahiran ICT. Merujuk
kepada Simonson et al. (Simonson, 1987), setiap individu mampu menguasai
kemahiran komputer sekiranya mereka mempunyai sikap yang positif termasuk
menghilangkan kegelisahan atau menunjukkan minat yang mendalam dalam
penggunaan komputer, dan kesedaran akan bertanggungjawab terhadap komputer.
Selain itu, kemampuan untuk menilai tanggungjawab, memilih dan melaksanakan
pelbagai kegunaan aplikasi computer untuk menjadi lebih berguna dan efisien dalam

16
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

sesuatu kerja. Pengetahuan yang bersesuaian untuk menggunakan perkakasan dan


perisian untuk aplikasi komputer.
Kemahiran ICT dianggap sebagai pemangkin kepada individu
untuk memaksimumkan keupayaan teknologi digital. Pada peringkat tertinggi,
kemahiran ICT dapat menggalak dan melahirkan inovasi, transformasi individu dan
perubahan masyarakat (Tasir., 2003). Dupagne. M. (M., 1992) pula menyentuh tentang
latihan perguruan yang mencukupi adalah penting untuk membina keyakinan dan
kemahiran guru terhadap penggunaan teknologi komputer dengan sepenuh masa di
sekolah. Sebenarnya latihan komputer dalam kalangan guru-guru tidak
dapatdilaksanakan lagi kerana pendidikan komputer di sekolah-sekolah sendiri
menghadapimasalah kritikal. Perisian khas untuk kursus dalam perkhidmatan serta
bengkel perludibangunkan untuk memperbaiki kecekapan pengaplikasian komputer
dalam kalangan guru.
Kajian yang lepas oleh Jackson, Clements dan Jones (Jackson. W. K, 1984)
yang bertujuan menilai tahap kesedaran dan penggunaan IT di kalangan fakulti di
Universiti Georgia. Hasilnya telah menunjukkan sikap terhadap komputer dan
kesedaran penggunaan komputer di universiti tersebut adalah positif. Statistik
menunjukkan 85% responden telah mengikuti aktiviti kesedaran komputer seperti
bengkel, seminar dan belajar bersendirian dan 86% responden mempamerkan minat
untuk belajar lebih mendalam lagi penggunaan IT. Manakala, dalam satu kajian oleh
Shields (1986) di Universiti Brown melaporkan lebih 80% daripada responden
mempunyai serba sedikit pengalaman menggunakan komputer. Hampir 75%
daripadanya menggambarkan pengalaman yang positif dan lebih 69% menyatakan
mereka berminat menggunakan komputer dengan lebih kerap.
Oleh yang demikian, hubungan antara internet dan computer dalam pendidikan
sangat besar impaknya. Tanpa internet, seseorang tidak dapat mencari maklumat dan
yang diigini kerana tidak ada akses atau jaringan internet dan begitulah sebaliknya.
Maka, hubungan antara komputer dan internet sangat berkait rapat diantara satu sama
lain bagi menghasilkan satu impak yang positif serta kondusif.

5.2 Hubungan antara Akses Internet (ICT) dan Telefon Bimbit


Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini,
telefon bimbit digunakan dengan meluas dalam kalangan masyrakat. Telefon bimbit

17
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

menjadi satu keperluan dalam masyarakat kini dan kehidupan seakan tidak lengkap
jika tiada telefon bimbit. Telefon bimbit digunakan untuk berkomunikasi tetapi setelah
melalui abad-abad inovasi, telefon bimbit dinaiktaraf kepada telefon bimbit pintar
yang membolehkan kita mengakses maklumat dengan internet dan memudahkan
pekerjaan kita. Telefon bimbit meningkatkan kemajuan teknologi mahupun mentaliti
masyarakat kerana boleh berhubung dengan negara luar. Ianya juga memberikan
banyak kebaikan jika digunakan pada masa dan tempat yang sesuai.
Hubungan antara telefon bimbit dan internet yang nyata dimana telefon bimbit
yang digunakan adalah telefon pintar yang boleh diakses di mana-mana sahaja berada
untuk mendapatkan ilmu atau maklumat. Jika dahulu, telefon bimbit hanya untuk
berkomunikasi dan menghantar mesej melalui sistem pesanan ringskas (SMS), namun
pada hari ini, kebanyakkan daripada kita menggunakan telefon bimbit untuk
mendapatkan berita, maklumat atau informasi terkini melalui telefon pintar keranan
dengan adanya internet. Dalam bidang pendidikan, teknologi maklumat telah
membawa perubahan yang dinamik dalam dunia pendidikan. Pendidikan telah
diterima sebagai asas kepada pembagunan ekonomi di alaf baru ini kerana ia dilihat
sebagai pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan dan bermoral. Di dalam
pembelajaran abad ke-21, teknologi mudah alih atau Mobile Learning merupakan satu
konsep baru dalam proses pembelajaran yang boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
formal, tidak formal dan directedatau self-directed. mobile Learning sebagai
penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar menggunakan peranti
pengkomputeran mudah alih. melalui kaedah ini, penggunaan peranti mudah alih
dalam kalangan pelajar merupakan satu cara untuk menjadikan pembelajaran sesuatu
subjek yang lebih menarik dan berkesan
Aplikasi teknologi M-Learning boleh dilakukan melalui aplikasi-aplikasi
ataupun tools seperti web 2.0 seperti Blog, Facebook, Youtube dan aplikasi-aplikasi
yang terdapat di dalam gadget-gadget seperti telefon bimbit seperti Short Messaging
Syetsm (SMS) dan Whatsapp. Semua aplikasi ini memerlukan akses kepada internet
kecuali penghantaran SMS. Penggunaan SMS merupakan teknologi yang paling
mudah dan murah iaitu boleh menghantar dan menerima pesanan-pesanan berbentuk
teks. Contohnya, seperti menterjemahkan ayat Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Malaysia dan menghantar pesanan tersebut kepada pengguna yang berbeza dan tidak
mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Selain itu, perkhidmatan SMS juga boleh

18
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

menghantar SMS secara berkumpulan menerusi jaringan dan secara tidak langsung
pembelajaran berlaku.

6.0 Rumusan
Pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih telah mula memainkan peranan yang
penting dalam pembelajaran. Kewujudan teknologi tanpa wayar mudah alih telah menjadikan
inovasi ini satu realiti untuk dibangunkan dalam bidang pendidikan. Fleksibiliti kepada
pelajar untuk belajar dan mendapatkan maklumat merupakan satu kepentingan menggunakan
teknologi mudah alih dalam pembelajaran. Dengan adanya teknologi canggih dan peranti
mudah alih, pembelajaran menggunakan teknologi ini tidak sukar untuk diimplementasikan di
negara kita dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai

19
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

kemahiran generik pelajar seawal mungkin di sekolah. Bagi pelajar-pelajar dekad ini, mereka
mempunyai kesedaran untuk mengaplikasikan teknologi mudah alih dalam proses
pembelajaran dan bersedia untuk melaksanakannya pada bila-bila masa sesuai dengan
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang banyak menekankan kepada penggunaan ICT.
Kesimpulannya, peranan semua pihak amat penting dalam memastikan bidang pendidikan
di Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pemodenan agar negara kita mampu membangun
dengan kemahiran dan ilmu yang dimiliki oleh rakyat kita sendiri. Oleh yang
demikian,impian kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020
akan tercapai sekali gus mampu melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan tinggi selaras
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu masyarakat Malaysia yang terlatih dalam
pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan
berinovatif untuk mentadbirkan alam bagi meningkatkan daya pengeluaran ke arah
pembangunan negara.

(3,000 patah perkataan)

7.0 Rujukan

Abdul Razak Hamdan, Y. Y. (2000). Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: McGraw-Hill


(Malaysia) Sdn. Bhd.

20
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

Edens, K. M. (2008). The Journal of Research on Technology in Education. The Interaction of


Pedagogical Approach, Gender, Self Regulation, and Goal Orientation Using Student
Responde System Technology, 41,2: Pg. 161.

Futrell, G. &. (1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The


Classroom. Boston: Allyn and Bacon. .

Heppell, S. (1993). Teacher Education, Learning and the Information Generation:the


progression and evolution of education computing against a background of change.
Journal of Information Technology for Teacher Education, pp. 229-238.

http://ibrahim-sukuri.tripod.com/perkakasan_komputer.htm. (n.d.).

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ict/7592-bluetoot.html. (n.d.).

http://www.gn.apc.org/. (n.d.).

https://sahabat3.wordpress.com/2010/02/23/apa-itu-teknologi-maklumat/. (n.d.).

Jackson. W. K, C. D. (1984). Computer Awareness and Use ata Research University. . Journal
of Educational Technology Systems, 13(1): Pg. 47-56.

Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. British Journal


of Educational Technology, 23, 164-171.

M., D. (1992). Teachers attitudes towards computers: A review of literature. . Journal of


research on computing in education, 24(3):142-158.

Mansor, Z. b. (2010). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan


Kursus: Cell Structure And Cell Organisation,Chemical Composition Of The Cell Dan
Dynamic Ecosystem. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Meng, E. A. (1989). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Rosenberg, J. (2010). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital age.
U.S.A: McGraw-Hill.

Simonson, M. R.-T. (1987). Development of a Standardized Test of Computer Literacy and a


Complex Anxiety Index. . Journal of Educational Computing Reseach. , 3(2): 231-
247.

Tasir., J. H. (2003). . Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS Publication & Distributors.

21
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2016

22

Potrebbero piacerti anche