Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT

JAWATAN KUASA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS


BILANGAN 01/2017

Tarikh: Tarikh: 13 Februari 2017


Masa: 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN:

BIL NAMA JAWATAN


1. En. Azril Sham bin Mohamed PK Pentadbiran

3. Puan Siti Rahmah binti Mat GPK HEM

4. Puan Rasiah binti Samad GPK Petang


5. Ahli Jawatankuasa Rujuk lampiran

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN


Guru besar Tugas Rasmi di luar sekolah.

SETIAUSAHA
1.Abdul Rahim bin Mohamad

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat MBMMBI
Kali pertama tahun 2017 dan menyatakan rasa bersyukur kerana mesyuarat kali pertama ini
dapat dilaksanakan pada hari ini.

Tindakan: s/u

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 2/2016


2.1 En. Mohd Azri bin Ibrahim mencadangkan minit mesyuarat diterima dan
disokong oleh Pn. Adibah Bt Ahmad.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Sudut MBMMBI telah dikemaskinikan oleh ahli jawatan kuasa dan diminta
semua guru dan murid membaca info yang dipaparkan di sudut tersebut dan
boleh menggunakan bahan-bahan yang disediakan di sudut tersebut yang
terletak di makmal computer 1 untuk Bahasa Malaysia dan Makmal 2 untuk
Bahasa Inggeris. Guru-guru juga perlu menulis rekod penggunaan bahan
pada buku rekod penggunaan bahan MBMMBI.
Tindakan: semua guru BM dan BI
3.2 Guru penyelaras bagi tahun 2017 ialah Puan Shahirah Bt Ishak

3.3 MBMMBI menjadi instrumen dalam mengukuhkan penguasaan Bahasa


Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah.

Tindakan: semua AJK

4. PERKARA -PERKARA YANG DIBINCANGKAN ATAU DIBANGKITKAN


4.1 Pelantikan Jawatankuasa MBMMBI bagi Tahun 2017 telah dilaksanakan
dan butirannya adalah seperti berikut :

Pengerusi : Puan Juhranar Bt Yang


Timbalan Pengerusi : En. Azril Sham Bin Mohamed
Penyelaras : Puan Shahirah Bt Ishak
Timbalan Penyelaras : Puan Mastura Bt Yusuff
Setiausaha : En. Abdul Rahim Bin Mohamad
Naib Setiausaha : Pn. Adibah Bt Ismail
AJK : Semua guru mata pelajaran BM dan BI
Guru Pemulihan

Tindakan: s/u

4.2 Program-program di bawah MBMMBI bagi tahun 2017


4.2.1 Setiap hari selasa akan dibuat sebagai hari Bahasa Inggeris. Guru-
guru tahun 4 dan 5 yang bertugas akan mengambil masa 2 hingga 5
minit untuk membimbing murid membentangkan apa sahaja
berkenaan Bahasa Inggeris(di bawah program HIP)
4.2.2 Menjalankan program learn a word a day. Telah disediakan dua
board di pusat sumber, satu untuk Bahasa Melayu dan satu untuk
Bahasa Inggeris.
4.2.3 Melalui persatuan Bahasa Inggeris akan mengadakan aktiviti
berkumpulan seperti permainan scrabble ataupun crossword
puzzle.
4.2.4 Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan program pencarian
bakat untuk pertandingan bercerita untuk tahap satu dan dua serta
pertandingan pidato untuk tahap dua.
4.2.5 Mengadakan bengkel penandaan kertas untuk guru Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris.
4.2.6 Penggunaan akhbar didik untuk tahun 6.
4.2.7 Program CEFR untuk guru Bahasa Inggeris.
Tindakan: semua guru BM dan BI

4.3 Penggunaan CD
4.3.1 Sekolah telah menerima Sembilan keeping CD daripada PKG. namun
hanya lima CD dapat dikesan.(BI ada dua CD, BM tahun 5, BM tahun
6 dan BM sekolah rendah).
4.3.2 Guru mestilah menggunakan CD tersebut sekurang-kurangnya satu
kali seminggu.
Tindakan: semua AJK

4.4 Penggunaan makmal komputer untuk program MBMMBI


4.4.1 Guru BM akan akan menggunakan makmal 1, manakala guru BI akan
menggunakan makmal 2 untuk program MBMMBI.
4.4.2 Encik Mohd Noor akan buat satu site untuk MBM manakala Puan
khew akan buat satu site untuk MBI yang menggunakan bahan
daripada aplikasi e-bahan ataupun scorm.
4.4.3 Guru- guru boleh menggunakan CD atau menggunakan site yang
telah disediakan.
Tindakan: semua guru BM dan BI

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Setiap penggunaan bahan MBMMBI mestilah direkodkan di dalam borang
yang disediakan dan ditampal dibahagian belakang buku RPH.
5.2 Setiap kali penggunaan bahan MBMMBI juga mestilah direkod di dalam
buku penggunaan bahan MBMMBI yang disediakan di sudut MBMMBI di
dalam makmal 1.

Tindakan: semua guru BM dan BI

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari.

Disediakan oleh:
Setiausaha MBMMBI

Bertarikh: 14 Februari 2017

SI/ARM/Mesyuarat MBMMBI bil 1