Sei sulla pagina 1di 11

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS KECEMERLANGAN
SK. KAMPUNG TEH MUKAH 2016

Agenda MC Teks Catatan


Persediaan 1. MC membacakan aturcara majlis yang akan berlangsung.
(7.00-7.30) 2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang
majlis. Para pengawas dan semua guru diminta memberi
kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
3. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan
menunjukkan reaksi tidak berminat ketika berada dalam majlis.
FAREHA 4. Majlis akan melibatkan tetamu luar, jaga nama baik
sekolah.
5. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan
keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru.
6. Pelajar diminta duduk dalam keadaan paling selesa,
teratur dan tersusun.
7. Pelajar tidak dibenarkan untuk bersorak ketika majlis
berlangsung. Berikan tepukan kepada penerima pertama &
terakhir yang menaiki pentas bagi setiap sesi penyampaian
hadiah.
8. Pelajar tidak perlu tepuk tangan semasa:
i. Sebelum & selepas nyanyian lagu
ii. Sebelum & selepas bacaan doa
9. Pelajar diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC
mengumumkan ketibaan tetamu jemputan

Ketibaan Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Encik Mohd Azmi AJK


tetamu bin Zakaria, Ketua Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Protokol
jemputan Pendidikan Daerah Mukah dengan diiringi Encik
(9.00-9.15) Sulihei@Julaihi bin Sabli, Guru Besar Sk. Kpg Teh Mukah & AJK Montaj
barisan guru masuk ke dalam dewan. -muzik iringan
(ngajat ngalu
-Hadirin dipersilakan mengambil tempat duduk masing- temuai)
masing
FAREHA

Assalamualaikum & salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara

1
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

FAREHA Yang Dihormati Encik Mohd Azmi bin Zakaria,


Ketua Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah Mukah

Yang Berusaha En. Sulihei@Julaihi bin Sabli


Guru Besar Sk. Kampung Teh, Mukah

Yang dihormati
Puan Zakiah binti Karia
Pengerusi PIBG SK. Kampung Teh, Mukah

Yang dialu-alukan
Ayahanda Penghulu Tiai bin Jelani
Encik Ulom bin bangah
ketua kampung kampung teh mukah
Encik Merpati bin Tamadaik
Ketua kampung tabau
Encik ruji bin berigul
Ketua kampung teh labak
Encik ignatius ekun bin bidi
Ketua kampung sesok lama
Encik Mark Abri bin Assim
Ketua kampung sesok Baru
Barisan guru Sk. Kampung The Mukah,
Para ibu bapa, barisan penerima sijil & hadiah yang diraikan
Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Teh Mukah dan
hadirin serta hadirat warga dewan yang dikasihi sekalian.

Nyanyian Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Sejiwa Senada, AJK Siaraya
lagu Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak serta Selamat -lagu
(9.15) Datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sk.
Kampung teh mukah bagi tahun 2016.

Tarian ngajat pusaka bangsa


Dipersembah oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana

2
Kami menyambut penuh ceria

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, hadirin dipersilakan


berdiri bagi bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
- Nyanyian lagu -
Bacaan doa Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian yang
(9.20) penuh semangat sebentar tadi.

Seterusnya, bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah


FAREHA
kita bersama-sama menadah tangan memohon doa agar majlis
kita pada pagi ini diberkati oleh Yang Maha Kuasa.

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan


Encik Arman bin Abdul Rasid untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan doa
Pembuka Amin amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih
majlis kepada En. Arman bin Abdul Rasid atas bacaan doa
(9.22) sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, seperti yang kita


semua sedia maklum, majlis kita pada pagi ini bertujuan untuk
memberi penghargaan dan pengiktirafan atas pencapaian
cemerlang para pelajar dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum
serta kepimpinan sepanjang tahun 2016.

Terbang tinggi si burung kenyalang


Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Ucapan alu- Hadirin yang dihormati sekalian,


aluan Tuan Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan amanat yang
GB akan disampaikan oleh ayahanda Tuan Guru Besar yang
(9.35) dikasihi.
Pergi ke kota membeli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,

3
Sulamkan mesra satukan jiwa.
FAREHA

Majlis dengan segala hormatnya menjemput En. Sulihei@


Julaihi Bin Sabli Guru Besar Sk. Kampung Teh, Mukah untuk
menyampaikan kata-kata aluan. Dipersilakan.
- Ucapan Pengetua

Ucapan Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas
perasmian ucapan yang cukup ringkas & padat pada sebentar tadi.
(9.45)

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
Yang Berhormat santun dipersila,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Zakiah
FAREHA binti Karia, pengerusi pibg sk. Kampung teh, mukah untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan pengerusi atas


ucapan yang cukup ringkas & padat pada sebentar tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan


mempersilakan yang berusaha Encik Mohd Azmi bin Zakaria,
Ketua unit pengurusan sekolah, Pejabat pendidikan daerah
Mukah untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sk. Kampung teh
mukah bagi tahun 2016.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
- Ucapan Perasmian -
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian
oleh tetamu kehormat encik mohd azmi bin zakaria sebentar
tadi. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau akan

4
menyuntik semangat para pelajar untuk terus menggembleng
usaha serta tenaga bagi menggenggam kejayaan yang lebih
gemilang pada masa hadapan.

Persembaha Hadirin sekalian, bagi menghangatkan suasana majlis kita Persembahan


n pelajar pada pagi yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama 1:

(9.25-9.35) menyaksikan satu persembahan tarian istimewa yang akan Joget pucuk
pisang
dipersembahkan oleh penari kelab kebudayaan tahap 1 sk.
Kampung teh di bawah bimbingan Cik jessica ledu dan Cikgu
Anna Hajijah binti Tapa.

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan JOGET memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan joget pucuk pisang, terimalah, Dipersilakan.


Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada barisan penari yang telah
sijil & hadiah memberikan persembahan yang memukau.
(Sidang 2)
(10.00-10.15) Para hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya acara yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan
para pelajar iaitu upacara konvokesyen pra sekolah sk.
Kampung teh mukah. Oleh itu majlis ini mempersilakan CIKGU
ARMAN BIN ABDUL RASID menjemput guru Besar Sk.
REMMY Kampung Teh Mukah untuk mrnyampaikan sijil prasekolah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah


matapelajaran terbaik kategori prasekolah. Sebelum itu,
dijemput ibubapa barisan penerima anugerah prasekolah untuk
mengiringi pelajar menerima hadiah dan hamper iringan.

Anugerah pertama dimulakan dengan penyampaian anugerah


bahasa melayu, bahasa inggeris dan tulisan terbaik prasekolah
disandang oleh Adik Nurul Ain Binti Abdullah.
Seterusnya anugerah terbaik awal matematik disandang oleh
Adik Felise Marllysha Binti Maidin.
REMMY
Seterusnya anugerah terbaik awal sains disandang oleh Adik
Mohamad Ziqri Bin Mohamad Syafiq.
Dan akhir sekali anugerah kategori kreativiti dan estatika
5
disandang oleh Adik Olivia Beatricesha Bt. Alik.

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Untuk


pengetahuan hadirin, hamper iringan adalah sumbangan UTT
Members, kumpulan bekas pelajar sk.kampung teh, mukah.

Hadirin yang dikasihi sekalian, kita teruskan acara pada hari ini
dengan penyampaian anugerah matapelajaran terbaik tahap 1.
Oleh itu dengan segala hormatnya majlis mempersilakan yang
dihormati Ayahanda Penghulu Tiai bin Jelani diiringi oleh Encik
Alexander Hanipah Bin Ubing Penolong Kanan Akademik Sk
Kampung Teh Mukah untuk menyampaikan anugerah.
Dipersilakan.
Sekali lagi dijemput ibubapa penerima anugerah untuk
mengiringi para penerima anugerah.

Bagi anugerah matapelajaran terbaik tahun 1 kategori bahasa


melayu pemahaman dimenangi oleh Adik Prisella Bt Juwawi.
Seterusnya anugerah matapelajaran terbaik bahasa melayu
penulisan dan sains dimenangi oleh Adik Emelda Binti Geoffry.
Anugerah matapelajaran terbaik bahasa inggeris disandang
oleh Adik Vanessa Raisa Bt. Zamry.
Seterusnya anugerah matapelajaran terbaik kategori matematik
disandang oleh Adik Nick Zarren Bin Japar.

Seterusnya penyampaian hadiah bagi anugerah


matapelajaran terbaik tahun 2
Bagi anugerah matapelajaran terbaik tahun 2 kategori bahasa
melayu pemahaman dimenangi oleh Adik Prisella Bt Ashurono.
Seterusnya anugerah matapelajaran terbaik bahasa melayu
penulisan dimenangi oleh Adik Nichole Onen bt. Zuryati.
Anugerah matapelajaran terbaik bahasa inggeris disandang
oleh Adik Alexca bt Uran.
Seterusnya anugerah matapelajaran terbaik kategori matematik
dan sains dimenangi oleh Adik Nurhanissa Ain bt Sallehen.

Seterusnya penyampaian hadiah bagi anugerah


matapelajaran terbaik tahun 3.
Bagi anugerah matapelajaran terbaik tahun 3 kategori bahasa

6
melayu pemahaman, bahasa melayu penulisan, bahasa
inggeris dan matematik dimenangi oleh Adik Aurelia hannah
REMMY
Rikey.
Seterusnya anugerah matapelajaran terbaik sains tahun 3
dimenangi oleh Adik Nurul Fahana bt. Sulaiman.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada ayahanda


Penghulu Tiai bin Jelani atas kesudian menyampaikan hadiah
kepada murid-murid yang menerima hadiah sebentar tadi.

Berkebaya batik berwarna merah


Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian hadiah
Penerima teruja menunggu giliran.

Seterusnya, penyampaian anugerah akademik diteruskan


dengan penyampaian anugerah akademik terbaik tahap 2.
Pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput Ayahanda
Ulom Bin Bangah Ketua Kampung, Kampung Teh Mukah
diiringi oleh Encik Thomas James Johnson Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Sk.Kpg Teh Mukah untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Bagi anugerah mp terbaik tahun 4


RUJUK SENARAI MP TERBAIK T4

Seterusnya bagi anugerah matapelajaran terbaik tahun 5


RUJUK MP TERBAIK T5

Seterusnya bagi anugerah matapelajaran terbaik tahun6


RUJUK MP TERBAIK T6

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Ayahanda Ulom Bin Bangah di atas kesudian menyampaikan
hadiah kepada murid-murid yang menerima anugerah sebentar
tadi.

Majlis mempersilakan Guru Besar Sk. Kampung Teh Mukah

7
Encik Sulihei@Julaihi Bin Sabli diiringi oleh Puan Zakiah Binti
Karia Ydp Pibg Sk.Kampung Teh Mukah untuk menyampaikan
anugerah seterusnya. Dipersilakan.
1. ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK KESELURUHAN
2016
2. ANUGERAH TERBAIK KOKURIKULUM 2016
3. ANUGERAH PENINGKATAN PRESTASI KELAS
PEMULIHAN 2016
4. ANUGERAH TERBAIK NILAM 2016
REMMY 5. ANUGERAH TERBAIK PELAJAR KAFA 2016
6. ANUGERAH KEBUDAYAAN 2016
7. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2016
8. ANUGERAH PELAJAR HARAPAN 2016

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik


Sulihei@Julaihi Bin Sabli di atas kesudian menyampaikan
hadiah kepada para pelajar. Tahniah diucapkn kepada pelajar
yang menerima hadiah sebentar tadi.
Pihak sekolah amat berbesar hati dan berbangga dengan
pencapaian cemerlang para pelajarnya yang gigih berusaha
untuk mengharumkan nama sekolah. Kejayaan anak-anak
didik kami ini terus menyuntik semangat kami para guru untuk
melahirkan lebih ramai cendekiawan pada masa akan datang.
Persembaha Persembahan
n pelajar Sehabis merah daun yang sihat 2:

(10.15-10.25) Dahan melebar bercerita sakan Tarian


Rampaian
Majlis anugerah mohon berehat
FAREHA inang/joget
Persembahan pelajar kita saksikan
hitam manis

Hadirin sekalian, majlis berhenti rehat buat seketika bagi


memberikan laluan kepada persembahan pelajar yang kedua.
Persembahan ini merupakan tarian rampaian inang dan joget
hitam manis juga di bawah bimbingan Cik jessica Ledua dan
Cikgu Anna hajijah binti Tapa.
Mari sama-sama kita saksikan
- Persembahan pelajar

Sekalung penghargaan buat barisan penari cilik sk. Kampung


teh mukah yang telah memberikan satu persembahan yang
cukup menarik & berwarna-warni sebentar tadi.
Simbolik tarian tersebut menyampaikan mesej yang jelas pada
8
kita semua untuk terus mengukuhkan keharmonian &
silaturrahim biarpun berbeza agama, bangsa dan budaya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Jessica binti Ledu
kerana telah melatih pasukan penari sekolah. Dengan itu,
majlis menjemput Cikgu Anna Hajijah Binti Tapa untuk
menyampaikan sumbangan kepada Cik Jessica binti Ledu.
Dipersilakan.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Kini, kita semakin menghampiri ke acara kemuncak majlis iaitu
pemberian wang insentif kepada murid-murid yang telah
mencapai kecemerlangan dalam upsr 2015 yang lalu. Pihak
majlis dengan segala hormatnya menjemput Ydp Pibg Puan
Zakiah Binti Karia diiringi Encik Iba Bin Gabong Penolong
Kanan Kokurikulum Sk.Kampung Teh Mukah untuk
menyampaikan pemberian wang insentif. Dipersilakan.

SENARAI NAMA PELAJAR PENERIMA WANG INSENTIF

Kini, tibalah ke acara kemuncak majlis anugerah akademik sk.


Kampung teh mukah. Penyampaian sijil bhenti sekolah kepada
murid tahun 6 sk.kampung teh mukah. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput tetamu kehormat kita, Encik Mohd
Azmi Bin Zakaria diiringi Guru Besar Sk.Kampung Teh
Mukah untuk menyampaiakan sijil-sijil kepada murid tahun 6.
Dipersilakan. Dengan itu, saya menyerahkan majlis kepada
Encik Ali Bin Wuran.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu


kehormat kita Encik Mohd Azmi Bin Zakaria atas kesudian
REMMY menyampaikan hadiah.
Cenderamata Bagi menghargai kehadiran dan kesudian tetamu kehormat kita AJK Hadiah,
tetamu menyampaikan sijil & hadiah kepada para pelajar, pihak Sijil,
jemputan sekolah telah menyediakan satu cenderamata istimewa.
(11.00) Dengan ini dijemput Tuan Guru Besar dengan diiringi Pn
Zakiah Binti Karia untuk menyampaikan cenderamata kepada
tetamu kehormat kita Encik Mohd Azmi Bin Zakaria.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


REMMY
9
- Penyampaian Cenderamata

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan


kepada Encik Mohd Azmi Bin Zakaria, Tuan Guru Besar
serta barisan tetamu kehormat.

Penutup Sebagai penutup tirai majlis kita pada hari ini, diminta wakil
(11.05-11.15) pelajar adik ivy ivetta binti sapli untuk berucap dan diteruskan
dengan persembahan koir dari murid tahun 6.
REMMY

UCAPAN WAKIL PELAJAR, KOIR, NYANYIAN LAGU IBU


PERTIWIKU DAN LAGU SEKOLAH

HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.


Hadirin yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di
penghujung majlis.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderamata


sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Kecemerlangan
Pelajar peringkat sk. Kampung teh mukah bagi tahun 2016.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang
FAREHA
menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini
menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang
yang diceburi di hari-hari yang mendatang. Renungilah kata-
kata seorang cendekiawan:
Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang
berusaha secara luar biasa

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan


jutaan terima kasih kepada semua hadirin atas kerjasama yang
telah diberikan.
Kami selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja
Majlis ANUGERAH Kecemerlangan PELAJAR 2016 menyusun

10
jari memohon maaf atas segala kekurangan,terlanjur kata
mahupun tersilap bicara sepanjang majlis berlangsung.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Kini, berakhirlah sudah Majlis anugerah Kecemerlangan pelajar


sk.kampung teh mukah bagi tahun 2016.
Wabillahitaufiq Sekian, terima kasih. Majlis bersurai.

Pengumuma - Para ibu bapa dijemput untuk mengambil makanan di


n tambahan kelas tahap 1
- Tetamu dijemput untuk Sesi bergambar bersama para
penerima anugerah
- Tetamu kehormat dijemput untuk menikmati jamuan.

Teks disediakan oleh,

............................................
(nurul fareha binti rosli )
Pengacara MaKp 2016

11

Potrebbero piacerti anche