Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH LB JOHNSON SEREMBAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN

KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 10 Januari 2017


Hari : Selasa
Masa : 2:00 petang
Tempat : Bilik Kantin Guru Sekolah LB Johnson
Pengelaras : Pn Nor Fazilah bt Mohamed Baki

Kehadiran :
1. Puan Siti Hawa Bt Abdullah (GPK Kurikulum)
2. Encik Hamizon Bt Mohamad Aris (GPK Hal Ehwal Murid)
3. Puan Nor Fazilah Bt Mohamed Baki (Penyelaras)
4. Puan NorFaizah Bt Hassan (Setiausaha)
5. Puan Kartini Bt Yaacob (Ahli Jawatankuasa)
6. Puan Siti Zaleha Bt Sharif (Ahli Jawatankuasa)
7. Puan Mariam Muneerah Bt Ahmad (Ahi Jawatankuasa)
8. Puan Suryaty Bt Japar (Pengusaha Kantin)

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli
Jawatankuasa yang hadir ke Mesyuarat Kali pertama bagi
tahun 2017.
1.3 Serta mengucapakan selamat datang kepada pengusaha
kantin yang baru Pn. Suryaty Bt Japar.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Cadangan Pengesahan :Pn Kartini Bt Yaacob
Sokongan :Pn Mariam Muneerah Bt Ahmad

3.0 Tugasan AJK kantin


Pengerusi memaklumkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
oleh AJK kantin untuk sepanjang tahun 2017.Senarai bidang
tugas AJK ialah:
3.1 Menjalankan pemantauan pengurusan dan penyediaan
makanan di kantin dan melengkapkan borang penilaian
kendiri pada setiap hari.
3.2 AJK perlu memastikan kebersihan ,mutu,khasiat dan
keselamatan makanan dan minuman yang dijual di
kantin .
3.3 AJK juga perlu memastikan harga jualan makanan
berdasarkan perjanjian kantin. Pengerusi telah meminta
Pn. Faezah Bt Hassan membuat pemantauan harga di
kantin.
3.4 Memastikan murid setiasa berdisiplin ,bersopan santun
semasa membeli makanan.
3.5 Menyemak instrumen pemantauan dan memastikan semua
perkara yang diperlukan diambil tindakan dengan segera.
3.6 Penyediaan label kalori makanan dan senarai harga perlu
di sediakan oleh pengusaha kantin dan ditampal di kantin.

4.0 Buku laporan Penilaian Kendiri kantin


4.1 Pengerusi menjelaskan pengusaha kantin perlu mengisi
buku penilaian kendiri kantin yang disediakan oleh pihak
sekolah.
4.2 AJK yang bertugas pada bulan tersebut akan menyediakan
laporan bulan sebelum 8hb setiap bulan.

5.0 Hal-hal lain


5.1 Pengerusi memaklumkan tempoh perjanjian kantin sekolah
adalah selama 2 tahun bermula 1 Disember 2017
sehinggalah 30 Disember 2019.Tempoh lanjutan setahun
boleh diberi sekiranya mendapat kelulusan Guru Besar.
5.2 Pengerusi juga meminta pihak pengusaha kantin
menyelaras semula harga makanan dan minuman guru.
5.3 Pengusaha Kantin diminta menampal Menu harga makanan
dan minuman di bilik Kantin Guru.

6.0 Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas
komitmen dan persediaan semua.
Sepanjang mesyuarat dijalankan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang memberikan


kerjasam yang baik

Mesyuarat ditangguhkan dengan Surah Al-Asr dan tamat pada pukul


2:50 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh:


(NORFAIZAH BT HASSAN) (NOR FAZILAH BAKI) (HAMIZON B
MOH ARIS)
Setiausaha Jawatankuasa Kantin Penyelaras Kantin GPK Hal Ehwal
Murid
SK LB Johnson SK LB
Johnson

Potrebbero piacerti anche