Sei sulla pagina 1di 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

KALI PERTAMA, 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU 3, LAHAD DATU SABAH

TARIKH : 08 MAC 2017 (RABU)

MASA : 11.00 PAGI -12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : BILIK GERAKAN SK LAHAD DATU 3

KEHADIRAN :

1. En Alimin bin Sarip Pengerusi JKPAK/Guru Besar


2. Pn. Elizabeth Quirinus Pengerusi ganti/pegawai Pemeriksa
3. En. Mohd Safihi bin Mat Yassin Pegawai Pemeriksa
4. Hjh Sadiah bt Hj Chapang Pemeriksa Pelupusan
5. Cik Imelda Joseph Setiausaha/Pegawai aset/Pengerusi
mesyuarat
6. Pn. Maini Manu Pemeriksa Pelupusan
7. Pn. Norisah bt Kangan Panitia BM
8. Pn.Gumiloh ak Najoh Panitia BI
9. En. Saifudin bin Mohd Jalil Panitia Matematik
10. Cik Meilthrista Michael Poudi Panitia RBT
11. En. Mohd Nazir bin Azlan Panitia Pen. Agama Islam
12. Pn. Lini bt Othman Panitia PJK
13. Cik Cecilia Suter Panitia Muzik
14. En Madris bin Omat Guru Pusat Sumber
15. Pn Siti Junaidah bt Boss Panitia Sejarah
16. Pn Salina bt Abd Rahman Pegawai stor
17. Pn Saloma bt Isib Pegawai Penerima (pejabat)
18. En. Mohamed Hanif bin Pegawai Penerima (ICT)
Mohamed Nordin

AGENDA

1. Ucapan pengerusi
2. Membincangkan bidang tugas jawatankuasa aset
3. Perkara berbangkit
4. Hal hal lain
5. Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatan kuasa dan


membentangkan carta organisasi jawatankuasa aset/ alih harta sekolah serta menerangkan
bidang kuasa dan tugas kepada semua ahli.
2.0 MEMBINCANGKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASET

Pengerusi mesyuarat menerangkan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih harta
(PegawaiAset) sekolah iaitu:

1. Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan iaitu
dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan,
pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih kerajaan;

2. Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan pemeriksaan
ke atas aset setiap tahun;

3. Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan pelupusan aset .

4. Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori,


LaporanPemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih
Kerajaan dan LaporanTindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/
awal tahun berikutnya untukdisemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan
oleh Bahagian Perolehan danPengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laporan tahunan aset disediakan sebelum 16 Januari setiap tahun.

5. Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah dengan


berkesan.

6. Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut
PekelilingPerbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5 Tahun
2007.

Tindakan : Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Kemaskini Stor sekolah dan buku stok

Pengerusi mesyuarat memaklumkan bahawa setiap stok yang dapat sama ada dibekalkan
atau dibeli hendaklah didaftarkan dan direkod dalam buku stok. Semua ketua panitia diminta
untuk mendaftarkan stok dalam buku stok sebelum diagihkan kepada guru-guru.

Guru besar meminta pegawai stor untuk mula mengemaskini stor sekolah bagi menempatkan
stok. Pengurusan stor dibawah kendalian sepenuhnya oleh pegawai stor.

Tindakan : Pegawai Stor

3.2 Pemeriksaan Inventori

Pengerusi mesyuarat memaklumkan bahawa pemeriksaan Harta Modal dan Inventori harus
dibuat sekurang-kurangnya sekali setahun.

Pegawai pemeriksa mencadangkan pemeriksaan harta modal dan inventori dibuat pada bulan
November setiap tahun
Aset akan disemak mengikut tempat yang mempunyai guru/PPM/penjaga bilik. Menjadi
tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset menggunakan
borang yang akan disediakan oleh Pegawai Aset sekolah.

Tindakan : Pegawai Aset & Pegawai Pemeriksa

4.0 HAL HAL LAIN

Pengerusi membangkitkan isu samaada printer yang disumbangkan perlu didaftarkan dalam
aset kerajaan.

En. Mohamed Hanif mencadangkan printer sumbangan tidak perlu didaftarkan kerana bekalan
dakwat dan penyelenggaraan ditanggung oleh pemegang aset.

Mesyuarat mempersetujui cadangan En. Mohamed Hanif.

Tindakan : Makluman

Pegawai aset memaklumkan bahawa laporan suku tahun Aset perlu dihantar sebelum 15 Mac.
Semua KP diminta mendaftarkan aset baru dengan segera bagi memudahkan proses
pelaporan.

Pegawai aset dimaklumkan bahawa urusan nota minta sedang diuruskan dan belum ada
sebarang aset baru yang didaftarkan pada tahun ini.

Pengerusi mencadangkan kepada pegawai aset untuk merujuk kepada pegawai aset PPD
tentang cara pelaporan jika belum ada aset baru untuk didaftarkan pada tahun semasa.

Tindakan : Pegawai Aset

5.0 PENUTUP

Pengerusi mesyuarat berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk
memulakan usaha meningkatkan pengurusan aset sekolah bermula dari tahun ini. Semua KP
serta pegawai yang dilantik diharapkan dapat bekerjasama untuk memastikan aset sekolah
berada dikemaskini. Mesyuarat bersurai jam 12.00 tengah hari
Disediakan Oleh,

(IMELDA JOSEPH)
Setiausaha JKPAK

Disahkan oleh,

(ALIMIN BIN SARIP)


Guru Besar, Sk Lahad Datu 3

Potrebbero piacerti anche