Sei sulla pagina 1di 4

Soalan

Berdasarkan kepada kerangka Dasar dan Hala Tuju (DHT) yang diadaptasi dari Model
Kaplan 2010, huraikan pemahaman anda secara holistik bagi menterjemahkan hala
tuju sekolah anda supaya menjadi realiti selaras dengan inisiatif Gelombang Ke-2
PPPM 2016 2020.

Jawapan

Dasar yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan, perlu jelas, tersusun rapi
serta mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada falsafah pendidikan. Hala tuju
pendidikan di Malaysia berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),
yang digubal bertujuan untuk melahirkan generasi muda pada masa depan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Perkembangan pendidikan di Malaysia
jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam hala tuju dan falsafah pendidikan
bermula daripada era masyarakat tradisional, era penjajahan, era kemerdekaan dan
pendidikan abad ke 21 menuju Wawasan 2020.

Melalui gelombang ke-2 (2016-2020), kementerian akan melaksanakan


perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan
kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1. Antaranya pergerakan
semua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu
dan penstrukturan semula kementerian. Kurikulum standard sekolah rendah dan
menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha menangani
kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan
perkembangan ekonomi dunia hari ini

Dalam usaha ke arah memastikan dasar dan hala tuju sekolah memenuhi
keperluan gelombang ke-2 (2016-2020). Model Kaplan sangat sesuai dan jelas untuk
dipraktikkan oleh pengurus sekolah, di mana kemahiran Insaniah dijadikan perkara
utama yang perlu diambil kira dalam merangka hala tuju atau perancangan strategik
sekolah. Di dalam model ini kemahiran insaniah terdiri daripada kemahiran strategik,
berfokus kualiti dan proaktif. Oleh yang demikian, untuk mencapai visi dan misi
sekolah supaya berada pada landasaan yang selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka segala hasrat yang terkandung di dalam gelombang ke-2 PPPM
(2016-2020) hendaklah diterjemahkan dalam bentuk kerja buat yang selaras dengan
kemahiran insaniah itu tadi.

Dalam konteks kemahiran strategik beberapa proses kerja peru dilalui


sebelum ianya dilaksanakan pihak sekolah. Perkara utama yang akan dilakukan di
sekolah ialah, memberikan bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi

1
menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar serta selaras dengan
kehendak kurikulum standard sekolah menengah yang baharu. Pemikiran, kepimpinan ,
etika dan kerohanian serta identiti nasional juga akan diterapkan kepada guru . LADAP
akan dilakukan bagi tujuan memantapkan guru dan di urus mengikut keperluan.
Memiliki guru yang mantap, sudah tentu akan membawa kemajuan kepada sekolah.
Oleh itu pendekatan yang strategi ini penting dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan sekolah.

Wawasan dan matlamat sekolah juga diperjelaskan kepada seluruh warga


sekolah supaya mereka mengetahui akan wawasan dan matlamat sekolah. Selain itu
kawasan persekitaran sekolah serta bilik darjah akan dipamerkan dengan jelas visi,
misi dan matlamat sekolah. Konsep SMKDMYS Nama Mu Di Atas juga akan
diterjemahkan dengan sebaik mungkin supaya strategi yang dirancang sekolah mampu
beroleh hasil serta mampu bersaing dalam apa jua bidang .

Manakala dalam menfokus kualiti pula, ianya bukan hanya dilihat dari sudut
kualiti dalam pencapaian akademik semata-mata tetapi bagaimana untuk membangun
sumber tenaga kerja pengurusan yang berkualiti seperti guru dan staf dari segi
keilmuan, kemahiran dan sahsiah. Guru dan staf akan diberi peranan berdasarkan
kekuatan yang dimiliki oleh mereka. Guru juga perlu memastikan penekanan
pengajaran yang lebih berpusatkan murid dan mempelbagaikan pengajaran disamping
turut memberi lebih penekanan pada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan
projek, memperkemaskan mata pelajaran atau tema dan melaksanakan pentaksiran
formatif.

Di samping itu, bagi menyediakan murid yang mampu mendepani cabaran


global, setiap aktiviti yang dirancang samada menerusi unit kurikulum , unit hal ehwal
murid serta unit kokurikulum akan dipastikan penglibatan murid yang maksimum.
Kursus kepimpinan, bengkel, kem kecemerlangan akademik, kem kecemerlangan
sahsiah serta program-program yang berkaitan akan dirancang dan dilaksanakan
sebaik mungkin. Dasar 1M1S (Satu Murid Satu Sukan) akan dimantapkan supaya
penglibatan murid dalam aktiviti sukan mencapai 100% sasaran penyertaan.

Pendekatan proaktif pula dibina dengan mengambil kira kekuatan yang ada
dalam setiap perkara yang dirancang untuk mencapai misi sekolah dengan mengambil
kira kekuatan sumber yang ada. Sebagai contoh dalam isu kualiti kelajuan akses
internet yang tidak menyeluruh telah diberikan keutamaan oleh pihak sekolah dengan
memperluaskan kawasan akses melalui projek menaik taraf keperluan alatan internet
sedia ada. Selain itu sekolah juga telah melakukan transfromasi terhadap beberapa
kelas yang bercirikan PAK21 . Peringkat permulaan sekolah mulakan dengan 8 buah
kelas. Ianya akan bertambah dari tahun ke tahun dengan mengambil kira beberapa
aspek antaranya kewangan dan kemudahan

2
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kreatif
dan inovatif, kita juga sedia maklum bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia telah
merombak sistem peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan
tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi bermula 2016. Menyedari hakikat ini
sekolah telah mengambil pendekatan yang pro aktif, iaitu dengan mengubah minda
murid-murid SMK DatoMohd Yunos Sulaiman daripada cara pentaksiran lama kepada
cara pentaksiran baharu yang memberi tumpuan kepada elemen KBAT. Pihak ibu bapa
dan juga komuniti juga telah diwar-warkan berhubung perkara ini menerusi mesyuarat
agung PIBG .

Program KBAT ini bertujuan membolehkan murid untuk mengaplikasikan


pengetahuan,kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan , berinovasi dan berupaya mencipat
sesuatu. Pelaksanaan KBAT dalam bilik darjah yang dilakukan oleh pihak sekolah akan
melibatkan perubahan dalam kurikulum , perubahan dalam pendekatan pengajaran
dan pembelajaran , dan perubahan dalam cara pentaksiran. Manakalah Program
i-Think juga dipertingkatkan oleh pihak sekolah dalam usaha membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid kearah menghasilkan murid berfikiran secara
kristis, kreatif dan inovatif

Mencemerlangkan organisasi berdasarkan kerangka model dasar dan hala tuju


adaptasi Model Kaplan 2010 adalah sesuai dengan iklim sekolah. Model ini telah
menetapkan empat peringkat atau proses. Setiap peringkat mempunyai hubungkait
dan menfokuskan aspek-aspek tertentu yang boleh dijadikan panduan dalam merangka
hala tuju sekolah . Pembentukan hala tuju sekolah lazimnya seiring dengan hala tuju
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peringkat pertama dalam Model Kaplan 2010 iaitu membangunkan hala tuju
organisasi di mana, sebelum membangunkan hala tuju organisasi sekolah, ia terlebih
dahulu akan melihat secara lebih meluas, mendalam dan jauh supaya dapat
menterjemahkan hala tuju sekolah. Di peringkat ini sekolah lazimnya akan berfokuskan
kualiti iaitu keupayaan mengenalpasti keperluan pelanggan dan stakeholders. Oleh
yang demikian dalam membangunkan hala tuju sekolah saya, ianya dibuat secara
kolektif dengan mengambil kira semua kekuatan yang ada.

Seterusnya untuk peringkat kedua pula iaitu menterjemahkan hala tuju


organisasi kepada operasi. Penterjemahan ini perlu dilakukan secara jelas dan
terancang . Penentuan objektif hendaklah jelas, KPI untuk mengukur pencapaian
objektif, penetapan tempoh sasaran prestasi , inisiatif, penjajaran strategi dan
membinan plan taktikal dan seterusnya membina pelan operasi secara terperinci pada
suatu program dalam pelan taktikal untuk mencapai objektif. Dengan adanya garis

3
panduan ini, semua personal yang terlibat akan lebih jelas akan skop dan bidang kerja
yang mereka perlu lakukan bagi tujuan mencapai misi dan visi yang dirancang.

Di peringkat ketiga pula ia lebih menfokuskan kepada mengoperasikan hala


tuju. Di peringkat ini pemimpin sekolah perlu mengambil kira aspek sumber manusia,
maklumat, kewangan serta mengurus perubahan agar pelaksanaan menjadi lancar dan
sistematik . Untuk mengoperasikan hala tuju ini, sekolah perlu memastikan segala
keperluan yang dinyatakan itu mampu diurus dengan bijak. Sebagai contoh dalam
membangunkan modal insan yang berkualiti aspek yang diukur bukan sekadar untuk
melihat sejauhmana pencapaian sekolah dalam aspek akademik semata-mata tetapi
perlu mengambil kira aspek kemenjadian murid dalam akademik, sahsiah dan
kokurikulum murid.

Manakala untuk peringkat ke empat pula ianya berkait dengan pemantauan


dan penambahbaikan berterusan. Diperingkat ini peranan pemimpin sekolah perlulah
memantau, menilai, mengawal dan membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan
pelan strategik sekolah . Pemantauan yang dilakukan hendaklah berfokus agar ianya
tidak dilihat untuk mencari kesilapan semata. Peringkat ini merupakan peringkat yang
sangat penting dalam usaha memastikan model ini berjaya diadaptasi oleh pihak
sekolah. Setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu ada pelaporan untuk tujuan
pengesanan. Dengan adanya kerja pemantauan sebelum dan selepas program ianya
dapat membantu sekolah untuk mencapai objektif yang disasarkan disamping dapat
meningkatkan kualiti sedia ada. Keempat-empat peringkat yang dilalui menerusi Model
Kaplan 2010 ini perlu dinilai keberkesanannya. Kegagalan mengurus dengan baik
akan menyebabkan semua segala perancangan strategik yang dibuat oleh pihak
sekolah akan gagal

Rumusan

Secara keseluruhanya dapat dirumuskan bahawa dalam proses untuk


mencemerlangkan sesebuah organisasi yang berpandukan kerangka model Kaplan
2010, seseorang pentadbir sekolah perlu memiliki kemahiran insaniah iaini berikiran
strategik , fokus kepada kualiti dan proaktif. Jika ketiga-tiga ini dapat diamalkan dengan
baik sudah tentu hala tuju yang hendak dicapai oleh sekolah akan seiring dengan
hasrat gelombang ke-2 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Oleh sebab
kerangka ini berteraskan konsep penambahbaikan berterusan (berfokus kualiti)
keberkesanan peringkat pelaksanaan perlu sentiasa dipantau dan dinilai. Ini bertujuan
untuk memastikan semua kelemahan dapat kesan lebih awal segala proses yang
menepati objektif akan dibuat penambahbaikan . Proses ini akan menjadi satu kitaran
yang berterusan .

Disediakan oleh : Zulkurnain bin Abdul Rahman SMBE1 (700916715055)

Potrebbero piacerti anche