Sei sulla pagina 1di 5

EDUP 3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

LAPORAN SESI TEMUBUAL BERSAMA GURU SEKOLAH


KEBANGSAAN MERPATI SANDAKAN

Berdasarkan sesi temubual yang telah saya laksanakan semasa menjalani


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah SK Merpati Sandakan. Saya
telah melaksanakan sesi temubual dengan seorang guru di sekolah ini. Berikut
merupakan maklumat sesi temubual ini dilaksanakan.

Tarikh : 16 Mac 2017


Hari : Khamis
Masa : 9.00 Pagi

Hasil daripada temubual yang telah dilaksanakan. Responden telah


mengklasifikasikan beberapa perkara yang membincangkan mengenai aspek,
kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia. Perbincangan dengan
responden mengenai soalan dalam aspek kepelbagaian sosiobudaya mendapati
bahawa aspek kepelbagaian sosiobudaya terdiri daripada tiga iaitu bahasa,
kepercayaan dan adat resam. Saya amat bersetuju dengan penyataan yang
diberikan oleh responden.

Aspek yang pertama ialah bahasa. Responden menggunakan bahasa


Melayu sebagai medium pengajaran penyampaian pengajaran. Ini kerana, menurut
Awang Sariyan (1996), bahasa Melayu direncanakan menjadi bahasa yang
ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi. Bahasa juga
sebagai agen perpaduan. Lantaran itu, perhubungan yang baik akan dapat dijalin
dengan berkesan sekiranya individu dapat bahasa menguasai dengan baik (Noriati,
2014).

Selain itu, Secara umumnya, kepercayaan bermakna akuan akan benarnya


terhadap sesuatu perkara (Fong Peng, 2008). Responden berpendapat
kepercayaan kita di Malaysia adalah berlainan. Sebagai contohnya, agama Islam,
Kristian, Buddha dan banyak lagi. Dalam konteks di Malaysia, agama Islam adalah
agama rasmi yang dianuti manakala agama lain juga boleh diamalkan. Hal ini jelas,
Dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa agama Islam merupakan
agama Persekutuan. Namun pada masa yang sama, agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

1
EDUP 3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Seterusnya, adat resam juga merupakan aspek kepelbagaian sosiobudaya.


Menurut Wan Ramli (2006) adat ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga
peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh masyarakat. Responden menyatakan
bahawa adat resam setiap kaum berbeza-beza. Ini kerana masyarakat Malaysia
sendiri yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Responden turut menyatakan
bahawa adat resam kini seperti sambutan Hari Raya dan Hari Natal juga disambut
tidak mengira kaum dan agama terutamanya di negeri Sabah. Hal ini bermakna
adat resam tersebut sudah menjadi kebiasaan. Menurut Zaid Ahmad (2006) adat
resam cara yang sudah menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah
masyarakat.

Beralih pula kepada kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya. Hasil


daripada perbincangan mengenai kesan dan implikasi ini didapati bahawa kesan
dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya terdiri dalam beberapa aspek iaitu guru,
sekolah dan kurikulum tersirat.

Antara kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam aspek guru


ialah guru tidak membezakan sesuatu bangsa dan bersifat universal. Dalam konteks
Pdpc, responden tidak membezakan bangsa dan bersifat universal kerana kita tidak
boleh menumpukan kepada satu kaum sahaja untuk mengajar sesuatu subjek.
Dalam aspek guru mengenai kelas sosial pula ialah Syed Ismail (2010) berpendapat
bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di
dalam sesuatu bangsa yang sama. Responden berpendapat bahawa kesan dan
implikasinya ialah tidak memberikan layanan yang istimewa kepada murid-murid
yang tinggi kelas sosialnya dan tidak pilih kasih. Aspek kepercayaan pula, murid-
murid yang terdiri daripada pelbagai agama tidak menghalang hubungan dalam
sesuatu komuniti.

Selain itu, kesan dan implikasi kepelbagaian sekolah dalam aspek sekolah
ialah dapat menyuburkan budaya. Menurut responden, sekolah perlu menjadi
contoh yang baik dalam menerapkan budaya sekolah yang baik. Hal ini demikian
kerana, melalui sekolah murid-murid dapat bersama-sama dalam satu komuniti
sekolah walaupun berlainan agama di samping menggalakkan perpaduan. Berjaya
atau sebaliknya hubungan warga sekolah sebenarnya bergantung kepada gaya
kepimpinan sekolah. Hal ini kerana pengurus yang baik dapat mewujudkan iklim

2
EDUP 3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

sekolah yang mesra ,memotivasikan dan kerjasama sebagai satu komuniti


(Fatheehah, 2011)

Tambahan lagi, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam aspek


kurikulum tersirat iaitu lebih menghormati bahasa rasmi, bahasa ibunda, dialek dan
bahasa orang lain. Maknanya, walaupun terdapat kepelbagaian kaum, tetapi
bahasa yang digunakan adalah bahasa rasmi. Hal ini kerana, bahasa menjadi alat
untuk berkomunikasi bagi setiap individu (Indhumathy, 2013). Sebagai contohnya,
penggunaan bahasa rasmi dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran oleh
guru kepada murid-murid yang berbilang kaum. Kesan dan implikasi lain ialah
kepercayaan iaitu dapat menerapkan nilai keagamaan. Kepelbagaian agama juga
dapat menyatukan komuniti dalam sesuatu komuniti yang pelbagai di samping
mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat (Noriati, 2014)

Kesimpulannya, hasil perbincangan mengenai aspek, kesan implikasi


kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia ini sangat menjawab kehendak soalan yang
telah diberikan kepada responden. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara
langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat kita.
Oleh itu, aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya haruslah
dititikberatkan agar dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat
yang berbilang kaum.

( 704 patah perkataan)

3
EDUP 3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Disediakan oleh, Tarikh: 31 Mac 2017

............................................................
(MUHAMAAD SABFIL BIN SABRI)

PISMP BAHASA MELAYU SK

4
EDUP 3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Potrebbero piacerti anche