Sei sulla pagina 1di 2

Kepada;

Pegawai Kesihatan Daerah,


Pejabat Kesihatan Daerah Pekan,
26600 Pekan,
Pahang.

U/P : PPKP Samsul bin Ismail

Melalui;
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia,
Kampung Padang Rumbia,
26640 Pekan,
Pahang.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN POSTER KESIHATAN

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Tuan, informasi mengenai kesihatan dan pemakanan yang sihat
adalah diperlukan untuk dipamerkan di sekolah sebagai maklumat tambahan dan bahan
bacaan murid dan warga sekolah.

3. Oleh hal yang demikian, saya sebagai wakil pihak Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia,
Pekan ingin memohon sumbangan poster mengenai kesihatan dan pemakanan yang sihat dari
pihak Tuan.

4. Segala kerjasama dari pihak Tuan amatlah saya hargai.

Sekian. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas, Disahkan oleh :

................................................... ...................................................
Setiausaha Program RMT
Sk Padang Rumbia, Pekan
Kepada;
Pegawai Kesihatan Daerah,
Pejabat Kesihatan Daerah Pekan,
26600 Pekan,
Pahang.

U/P : PPKP Samsul bin Ismail

Melalui;
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia,
Kampung Padang Rumbia,
26640 Pekan,
Pahang.

Tuan,

MEMOHON UBAT JENTIK-JENTIK

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dalam usaha menangani pembiakan nyamuk aedes di sekolah, kami pihak sekolah sentiasa
bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan sentiasa memastikan tiada air yang
bertakung.

3. Sebagai salah satu langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes, saya sebagai wakil
pihak sekolah ingin memohon sumbangan ubat jentik-jentik daripada pihak Tuan.

4. Segala kerjasama dari pihak Tuan amatlah saya hargai.

Sekian. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas, Disahkan oleh :

................................................... ...................................................
Setiausaha Program RMT
Sk Padang Rumbia, Pekan

Potrebbero piacerti anche