Sei sulla pagina 1di 4

SIARAN KEPADA GURU-GURU

TENTANG KETIDAKHADIRAN MURID KE SEKOLAH

Surat Pekeliling Prosedur Ketidakhadiran Murid ke Sekolah.

1. Merujuk perkara di atas, tuan/ puan diminta mengenal pasti sebab-sebab murid
tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Kadang-kadang murid tidak hadir tanpa
pengetahuan ibu bapa / penjaga. Justeru pihak sekolah bertanggungjawab untuk
menghubungi mereka secara bertulis / atau melalui telefon (panggilan itu akan
direkodkan).

2. Tuan / puan diminta mengambil langkah-langkah berikut sekiranya murid tidak


hadir:

2.1 Memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan surat doktor/ sijil sakit
atau surat makluman ibu bapa/ penjaga dengan tandatangan yang sah untuk
tempoh masa murid itu tidak hadir.

a. SURAT AMARAN PERTAMA hendaklah dihantar pada hari ketiga kepada


murid yang tidak datang ke sekolah (P) selama (3) tiga hari berturut-
turut atau sebanyak (10) sepuluh hari bukan secara berturut-turut
tanpa surat.

b. SURAT AMARAN KEDUA hendaklah dihantar secara BERDAFTAR (sila


catat berdaftar pada sampul surat) jika murid belum datang atau belum
menghubungi sekolah 7 hari selepas surat amaran pertama dikeluarkan.
Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid telah ditandai (P)
sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

c. SURAT AMARAN TERAKHIR hendaklah dihantar melalui SURAT


BERDAFTAR AKUAN PENERIMA, SEKIRANYA TIADA APA-APA
KOMUNIKASI 7 hari selepas surat amaran kedua. Sila gunakan surat
amaran kedua tetapi tukarkan Kedua ke Amaran Terakhir dan garis nama
anak tuan / puan akan dibuang sekolah dengan dakwat merah. Sila
hantar surat tersebut juga untuk murid yang telah ditandai (P) sebanyak 40
hari secara tidak berturut-turut.

d. Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran Surat Amaran Terakhir atau
selepas 20 hari ditandai (P) murid boleh dibuang sekolah. Surat untuk
tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga murid telah dibuang sekolah
hendaklah ditandatangani oleh Pengetua/ GB sahaja.

e. Murid tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa membuat rayuan
bersekolah semula dari Unit Pendaftar, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah serta dirujuk kepada Pengetua/ Guru Besar.

3. Semua surat doktor, surat makluman daripada ibu bapa / penjaga dan surat
sekolah hendaklah disimpan dalam fail kelas. Sila pastikan nama, tingkatan/kelas
dan tarikh murid tidak hadir ternyata di dalam surat-surat. Sila susun ikut tarikh
dan bulan

4. Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:


a. Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam
borang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada
ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).

b. Surat Amaran 1, 2, dan Terakhir mesti dibuat dalam 3 salinan


c. Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke
dalam Fail Rekod Salah Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam Fail
Kelas (Guru Kelas)

d. Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Guru
Besar.

e. Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti


berikut:
- AP: Amaran Pertama
- AK: Amaran Kedua
- AT: Amaran Terakhir
- BS: Buang Sekolah
f. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat,
peraturan berikut hendaklah dipatuhi:

- Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan


daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.

- Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan


daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM terlebih
dahulu.

- Selepas Amaran Terakhir, murid mestilah datang ke sekolah bersama-


sama ibu bapa/ penjaga dan berjumpa dengan Pengetua/Guru Besar
Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar berpuas
hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui
surat aku janji.

Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut :

Hari Tidak Hadir (P) Hari Tidak Hadir (P)


SURAT
Berturut-turut Bukan Berturut-turut

AMARAN PERTAMA Pada hari ke-3 Pada hari ke-10

10 hari selepas Amaran


7 hari selepas Amaran
Pertama
Pertama
AMARAN KEDUA Amaran Pertama (hari ke-
Amaran Kedua ( hari ke
20 )
10 )
20 hari lagi selepas
7 hari selepas
AmaranTerakhir (hari ke-40
AMARAN TERAKHIR Amaran Kedua (hari ke 17
)
)
14 hari selepas
20 hari selepas Amaran
AmaranTerakhir
BUANG SEKOLAH Terakhir ( hari ke-60 )
( hari ke-31 )

JUMLAH HARI
31 hari 60 hari
TIDAK HADIR

5. Catat dalam Buku Jadual Kedatangan Murid / Register

/ - Hadir

L
- Lewat

K
- Kenyataan

S
- Surat Sakit / Surat Doktor

/w - Wakil Sekolah (dikira sebagai kehadiran)

G
- Gantung Sekolah

P
- Ponteng
PENGURUSAN JADUAL KEDATANGAN MURID (JKM)

1. Setiap butiran di dalam Jadual Kedatangan Murid hendaklah ditulis


dengan tangan. Gunakan dakwat hitam dan huruf besar.
2. Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dengan pen dan dibuat
pembetulan.
3. Sebarang pembetulan tidak boleh dilakukan dengan menggunakan
cecair pemadam.
4. Ambil kedatangan setiap hari persekolahan pada hujung masa
pertama hari persekolahan.
5. Pulangkan semula JKM di tempat yang dikhaskan selewat-lewatnya
pada masa kedua setiap hari persekolahan.
6. Bagi murid yang tidak hadir ditanda bulat.
7. Bagi murid yang tidak hadir tetapi ada kenyataan ditulis K.
8. Jika murid datang lewat dan datang setelah kehadiran diambil tulis
L dalam bulatan. Murid ini dianggap tidak hadir jika datang selepas
waktu rehat.
9. Jika murid tidak datang tetapi ada surat sakit tulis S dalam
bulatan tidak hadir.
10. Jika muird tiada di dalam kelas tetapi telah disahkan oleh guru yang
bertanggungjawab bahawa murid tersebut mewakili sekolah dalam
sesuatu acara di tempat lain ditulis / w dan dikira hadir pada hari itu.
11. Jika murid berhenti atau bertukar sekolah potong namanya dan
buat catatan berhenti atau pindah ke
12. Bagi bulan berikutnya tempat murid yang berhenti / berpindah itu
hendaklah diambil alih oleh murid berikutnya.
13. Bagi murid berhenti / pindah jumlah hari tidak hadirnya hendaklah
ditolak pada ruangan berkenaan supaya tidak berlaku sebarang kesilapan
dalam membuat pengiraan.
14. Jadual Kedatangan Murid mestilah ditutup pada setiap akhir bulan
15. Penyata Bulan Disember
a. Lengkapkan nama dan jantina
b. Tuliskan cuti akhir tahun melintang
c. Jumlah bulan ini (Tidak Hadir) dikosongkan
d. "Jumlah dari bulan-bulan sudah" diambil dari jumlah hingga akhir
bulan ini bagi
bulan November.
e. "Jumlah hingga akhir bulan ini" sama dengan jumlah dari bulan-
bulan sudah.
f. Purata kedatangan Penuh
g. Peratus kedatangan - 100%
h. Purata Ramai Murid - Penuh
i. Ramai murid dalam daftar hujung bulan lepas ikut bulan
sebelumnya
j. Ramai Murid Yang masuk" - "
k. Ramai Murid Yang keluar " - "
l. Ramai murid dalam daftar hujung belum - Penuh

Potrebbero piacerti anche