Sei sulla pagina 1di 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KALUMPANG

SEMPORNA
PETI SURAT 469, 91308 SEMPORNA, SABAH
KOD SEKOLAH: XBA 3332 NO.TELEFON: 0111-6145887
EMAIL: SKKALUMPANGSEMPORNA@GMAIL.COM

KERTAS KERJA
Pembelian Buku Kerja
( Latih Tubi )

UPSR 2016

di bawah

Program Kecemerlangan
Akademik
SK Kalumpang 2016
1. PENGENALAN

Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan memohon peruntukan bagi menampung
kos pembelian buku latih tubi untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR
2016.

Berdasarkan kepada pengalaman tahun lepas di mana telah menggunakan buku latih
tubi banyak membantu murid untuk lebih memahami bentuk soalan UPSR sebenar dan
seterusnya mendedahkan murid kepada bentuk soalan yang akan mereka hadapi
dalam peperiksaan sebenar.

Maka dengan itu, hasil perbincangan kesemua guru mata pelajaran teras (BM, BI, M3
dan SAINS) Tahun 6 telah bersepakat untuk membeli buku kerja sebagai latih tubi
kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR 2016.

Pemerhatian terhadap murid-murid di sekolah ini mendapati mereka mempunyai


kelemahan yang ketara untuk menjawab soalan peperiksaan. Walaupun dapat
memahami pelajaran yang diajar, mereka masih lagi gagal mencapai kecemerlangan di
dalam peperiksaan.

Justeru pembelian buku latih tubi seperti ini diharapkan menjurus kepada penumpuan
terhadap kemahiran menjawab soalan sebagaimana yang dikehendaki oleh skema
pemarkahan. Biasanya murid menjawab berdasarkan apa yang mereka tahu. Tumpuan
diberikan kepada aspek memahami kehendak soalan dan menjawab soalan. Dengan
pembelian buku ini diharapkan agar ia dapat membantu kesemua calon UPSR 2016
sekolah ini meningkatkan prestasi masing-masing.

2. PERINCIAN BUKU

2.1

a) Bahasa Melayu
- Kertas 1
- Kertas 2
b) Bahasa Inggeris
- Kertas 1
- Kertas 2
c) Matematik
- Kertas 1
- Kertas 2
d) Sains
- Kertas 1
- Kertas 2

BI BUKU HARGA JUMLAH


L
1 BAHASA MELAYU
KERTAS 1 RM 5 X 28 ORG RM 140.00
KERTAS 2 RM 5 X 28 ORG RM 140.00

2 BAHASA INGGERIS
KERTAS 1 RM 5 X 28 ORG RM 140.00
KERTAS 2 RM 5 X 28 ORG RM 140.00

3 MATEMATIK
KERTAS 1 RM 5 X 28 ORG RM 140.00
KERTAS 2 RM 5 X 28 ORG RM 140.00

4 SAINS
KERTAS 1 RM 5 X 28 ORG RM 140.00
KERTAS 2 RM 5 X 28 ORG RM 140.00

JUMLAH RM 1120.00
KESELURUHAN

3. PENUTUP

Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik mengucapkan berbanyak-banyak


terima kasih di atas keprihatinan pihak sekolah dalam mempertimbangkan serta
meluluskan permohonan pembelian buku latih tubi ini.

Berkat kesungguhan murid itu sendiri dalam memanfaatkan buku ini nanti serta dengan
izin Tuhan yang Mahakuasa, Program latih tubi sebegini akan meningkatkan
pencapaian murid. Pendedahan kepada pelbagai bentuk soalan dari pelbagai sumber
akan membiasakan mereka dengan soalan-soalan peperiksaan dan membantu
mengurangkan rasa takut mereka terhadap soalan peperiksaan.
Disediakan oleh,

(EN. USMAN BUDERI )

Disemak & Disokong oleh,

........................................
(EN. AHMAD BIN MAMAT )
PK Kurikulum,
SK Kalumpang.

Disahkan & Diluluskan oleh,

.............................................
(EN. KAMUL BIN KAMARUDIN)
Guru Besar,
SK Kalumpang.