Sei sulla pagina 1di 4

PERLEMBAGAAN KELAB MATEMATIK 2017

PERLEMBAGAAN KELAB SAINS DAN MATEMATIK 2017

SK SERI PANTAI ,06600 KUALA KEDAH , KEDAH

1 Objektif

1.1 Memupuk minat para pelajar terhadap mata pelajaran Matematik

1.2 Mencungkil bakat pelajar dalam subjek Matematik.

1.3 Mengeratkan hubungan antara ahli kelab dengan AJK.

1.4 Memupuk sifat kepimpinan seseorang murid sekiranya dilantik sebagai AJK.

2 Keahlian

2.1 Dibuka kepada semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 bagi semua murid di sekolah Kebamgsaan
Seri Pantai ini sahaja,

2.2 Ahli-ahli mesti menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan

dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan dan kelab matematik ini.

3 Guru Penasihat

3.1 Guru penasihat adalah teriri daripada guru sekolah Kebangsaan Seri Pantai.

3.2 Guru penasihat mempunyai kuasa untuk merancang, melaksanakan atau membatalkan
sesuatu akiviti apabila perlu.

3.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama dengan ahli semasa aktiviti
dijalankan.

3.4 Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

4 Ahli Jawatankuasa

4.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

4.2 Ahli yang hadir dan ahli tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.

4.3 Pemilihan AJK secara undian.


4.4 AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

4.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar suratperletakan jawatan
kepada guru penasihat.

4.6 AJK kelab hendaklah terdiri daripada

Pengerusi

TimbalanPengerusi

NaibPengerusi (bilangan mengikut keperluan)

Setiausaha 1

Setiausaha ii

Bendahari 1

Bendahari ii

AJK Kelas (bergantung kepada keperluan

5 Kewangan

5.1 Sumber utama kewangan adalah melalui yuran keahlian.

5.2 Kelab boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang diadakan.

5.3 Bendahari bertanggungjawab menjaga wang kelab dan berkuasa terhadap semua
aktiviti kewangan kelab.

5.4 AJK yang menuntutwanguntuktujuankelabwajibmenghantarresitkepada

Bendahari.

5.5 Segala perbelanjaan haruslah mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi dan


Bendahari.

6 Kehadiran / Penyertaan

6.1 Ahli Kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
tahun.

6.2 Kegagalan berbuat demikian tanpa sebab sebanyak 3 kali boleh dikenakan tindakan
disiplin dan kehilangan hak keahlian kelab.
6.3 Ahli yang tidak hadir kepada aktiviti tetapi mempunyai alasan yang munasabah boleh
menulis surat kepadaPengerusi.

7 Aktiviti

7.1 Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

7.2 Segala pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

7.3 Aktiviti yang akan dijalankan oleh kelab adalah berdasarkan pembelajaran ilmu.

8 Peraturan

8.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas.

8.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendak dipatuhi oleh semua ahli.

8.3 Ahli-ahli yang melangga rperaturan akan dikenakan hukuman tatatertib.

9 TindakanDisiplin

9.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan
yang ditetapkan.

9.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

9.2.1 Amaran lisan.

9.2.2 Amaran bertulis.

9.2.3 Gantung keahlian.

9.2.4 Pecat keahlian.

10 PindaanPerlembagaan

10.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sahsehingga iadipinda.

10.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat ahli jawatankuasa guru penasihat

atau pentadbir sekolah secara bertulis.

10.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
10.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru.

11 PembubaranPersatuan

11.1 Guru Besar diberikuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan FalsafahPendidikan Negara.

11.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalamMesyuarat Agung
Tergempar.

12 Hal-hal Lain

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti altiviti dengan penuh minat.

12.3 Keselamatan ahli-ahli hendaklah sentiasa terjamin semasa aktiviti dijalankan.

Tandatangan,

Setiausaha, Pengerusi Guru Penasihat

Nur Amylia Waie Syed Amirul Mukhris Cikgu Haizal bin Halim

Kelulusan Penolong Pendaftaran Persatuan / KelabSekolah

Pengetua Cop Sekolah: Tarikh: