Sei sulla pagina 1di 5

LAPORAN PELANCARAN PROGRAM HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1 Majlis Pelancaran Program Highly Immersive Programme (HIP) Peringkat Sekolah

2.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 18 Julai 2016 ( Isnin )

Masa : 7.45 pagi

3.0 TEMPAT

3.1 Tapak perhimpunan SK Sultan Abdul Aziz, Ketior, Kuala Kangsar

4.0 OBJEKTIF

Program HIP bertujuan untuk:

4.1 Mewujudkan persekitaran highly immersive yang menggalakkan pembelajaran


Bahasa Inggeris di sekolah.

4.2 Meningkatkan pengunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

4.3 Meningkatkan penglibatan murid secara lebih aktif dalam aktiviti Bahasa Inggeris di
sekolah.

4.4 Menggalakkan pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam merancang


perlaksanaan aktiviti Bahasa Inggeris di sekolah, dan

4.5 Memastikan penglibatan ibu bapa yang lebih aktif dalam pembelajaran Bahasa
Inggeris murid

5.0 AJK PELAKSANA

JAWATANKUASA PELANCARAN PROGRAM HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

Pengerusi : Tuan Hj Mohd. Azhanim Bin Mohd Yusoff - Guru Besar

Naib Pengerusi 1: Puan Rothiah Bt Abdul Rahim GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi 2: Encik Zaini Bin Mohd Noordin


Setiausaha : Cik Nur Jannah Bt Azizi

Pen. Setiausaha : Cik Noor Amirah Bt Meor Jamaluddin

Penyelaras Program: Puan Jalineh Bt Saidi

Juruacara : 1) Cik Noor Amirah Bt Meor Jamaluddin

2) Cik Nur Jannah Bt Azizi

Bacaan Doa: Uztaz Solih Puat Bin Kassim

Displin: Encik Norahimi Bin Abdul Wahab

Gimik: 1) Cik Noor Amirah Bt Meor Jamaluddin

2) Cik Nur Jannah Bt Azizi

PA Sistem: Encik Muhairi Bin Othman

Fotografi: Puan Wahida Bt Ibrahim

6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN

7.35 pagi Murid-murid dan guru-guru mengambil tempat di tapak perhimpunan

7.45 pagi Ucapan Pengerusi Majlis Juruacara

7.55 pagi Nyanyian 4 buah lagu (lagu Negaraku, Negeri Perak, Perak Excellent,
sekolah)

8.10 pagi Bacaan doa oleh Ustaz Solih Puat Bin Kassim

8.20 pagi Ucapan guru bertugas

8.30 pagi Penyampaian hadiah kepada pemenang Poetry Recital Zon Manong

8.40 pagi Persembahan pemenang Poetry Recital Zon Manong

8.50 pagi Ucapan Perasmian Pelancaran Program Highly Immersive Programme


(HIP)

oleh Tn Hj. Mohd Azhanim Bin Mohd Yusoff - Guru Besar SK Sultan Abdul
Aziz
9.15 pagi Bersurai

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar dan guru SK Sultan Abdul Aziz, Ketior, Kuala Kangsar

8.0 IMPAK

8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis

Pelancaran Highly Immersive Programme (HIP).

8.2 Dapat memberi pendedahan lebih meluas kepada murid akan pengunaan Bahasa
Inggeris

8.3 Memupuk minat dan motivasi murid-murid terhadap pengunaan Bahasa Inggeris
secara optimum.

9.0 LAPORAN

Majlis Pelancaran Program Highly Immersive Programme telah diadakan dengan jayanya pada
18 Julai 2016 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini
telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan. Pelaksanaan program ini
merupakan satu titik permulaan kepada aktiviti-aktiviti Bahasa Inggeris yang akan diadakan di
sekolah sebagai salah satu perintis sekolah yang terlibat di dalam program ini yang
berkuatkuasa pada tahun 2016. Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang
diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada
bahasa Inggeris di sekolah.

Ucapan Perasmian Highly Immersive Programme telah disampaikan oleh Tuan Hj Mohd
Azhanim Bin Mohd Yusoff, Guru Besar SK Sultan Abdul Aziz, Ketior sekaligus merasmikan
majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menasihatkan dan memberi peringatan kepada
para pelajar supaya membiasakan diri dengan amalan penggunaan bahasa Inggers tidak kira di
mana sahaja berada. Pihak sekolah juga telah melaksanakan program baharu, iaitu para
pelajar dan guru perlu berkominikasi di dalam bahasa Inggeris pada setiap Selasa samada di
dalam kelas atau di luar kelas. Disamping itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mengikuti
dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh panitia Bahasa Inggeris.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara membuka hadiah yang terdapat seorang pelajar
didalamnya memberikan gunting dan Tuan Hj. Mohd Azhanim B. Mohd Yusoff telah
menguntingkan ikatan riben pada banting yang merupakan simbolik gimik Majlis Pelancaran
HIP. Sebaik sahaja majlis perasmian selesai, majlis diminta bersurai.

10.0 PENUTUP

Majlis ini adalah titik permulaan kepada Highly Immersive Programme yang akan mewujudkan
suasana bahasa Inggeris secara berperingkat. Semoga dengan adanya program seumpama ini
dapat memberi kesedaran kepada pelajar disamping menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai minat terhadap bahasa kedua ini, iaitu Bahasa Inggeris dikalangan warga sekolah
serta melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menggunakan
Bahasa Inggeris.

11.0 LAMPIRAN
11.1 Gambar Pelancaran Highly Immersive Programme (HIP)
Disediakan oleh :

(Nur Jannah Binti Azizi)

Potrebbero piacerti anche