Sei sulla pagina 1di 11

PROJEK INTERNSHIP (BERKUMPULAN)

PISMP TESL AMBILAN JUN 2013 (SEMESTER 8)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA

ANTARABANGSA

KERTAS CADANGAN BENGKEL DAN PERTANDINGAN SCRABBLE

DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH

JULIANA BT ALIMUN
FARHANI BT MOHAMED FAROUK
YASOTHA A/P VIJAYABALAN

PELAJAR PISMP TESL AMBILAN JUN 2013

DENGAN KERJASAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK PULAI

41100, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

1
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 RASIONAL 3

3.0 MATLAMAT 4

4.0 OBJEKTIF 4

5.0 TARIKH 4

6.0 TEMPAT 4

7.0 KUMPULAN SASARAN/PENYERTAAN 4

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK 4

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 5

10.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROJEK 5

11.0 STRATEGI PELAKSANAAN 6

12.0 TENTATIF PROGRAM 7

13.0 ANGGARAN BELANJAWAN 8

14.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN 8

15.0 SYARAT PERMAINAN DAN KUMPULAN 8,9&10

16.0 SENARAI SEMAK PROJEK 10

17.0 PENUTUP 11

PROJEK INTERNSHIP BERKUMPULAN


PISMP TESL AMBILAN JUN 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

1.0 PENGENALAN

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

2
mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada degan amalan sebenar tugas
guru permulaan. Dalam pada itu, guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana
dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar bilik darjah. Pada pringkat ini, guru pelatih perlu menunjukkan sifat
kepimpinan dalam menguruskan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor.
Internship juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk meningkatkan
keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepimpinan dan memupuk
nilai profesionalisme keguruan kea rah melahirkan guru permulaan yang berksesan.

Salah satu daripada projek-projek/aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah


pertandingan scrabble peringkat sekolah. Projek ini akan dijalankan oleh ketiga-tiga
guru pelatih yang menjalani internship di sekolah ini dan diselia oleh mentor yang
telah dilantik iaitu Pn. Vasantha, Pn. Thanaletchumy dan En. Poobalan. Peserta bagi
pertandingan ini merupakan murid-murid tahun 5 dari sekolah ini sahaja.

2.0 RASIONAL

Permainan Scrabble adalah satu permainan di luar bilik darjah yang amat sesuai
dijalankan bagi memupuk minat murid dalam meningkatkan pengetahuan mereka
dalam Bahasa Inggeris. Program seperti ini sesuai untuk dijalankan oleh kami selaku
guru pelatih bagi memberi pengalaman menganjurkan pertandingan bagi peringkat
sekolah. Di samping itu, permainan seperti ini juga dapat memupuk semangat
persaingan secara sihat dalam kalangan murid dan membolehkan murid untuk
mempelajari kosa kata Bahasa Inggeris secara didik hibur.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk menerapkan semangat persaingan yang


sihat dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Teluk Pulai dalam mencapai
kemajuan diri. Pertandingan ini juga bertujuan untuk menanam minat murid untuk
menguasai Bahasa Inggeris. Selain itu, pertandingan ini juga diadakan untuk
bertujuan meningkatkan keyakinan pada diri kami dalam menganjurkan sesebuah
3
pertandingan di peringkat sekolah. Malah, kami juga mahu memperbaiki dan
meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan para peserta yang ramai selain
menguji keupayaan diri kami dalam menguruskan sesuatu program sekolah yakni
menjadi platform kepada kami dalam kemahiran mengurus dan menganjurkan
sesuatu program.

4.0 OBJEKTIF

I.Membantu murid untuk meningkatkan pengetahuan kosa kata Bahasa Inggeris,


II.Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid,
III.Menjadi platform kepada murid-murid untuk belajar secara didik hibur,
IV.Menjadi perintis dalam mengamalkan budaya Bahasa Inggeris di sekolah,
V.Melahirkan perintis dalam pertandingan scrabble di peringkat lebih tinggi.

5.0 TARIKH

25 Februari 2017 ( 8.00 pagi 1.00 petang)

6.0 TEMPAT

Bilik ICT 1&2

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN:

Murid murid Tahun 5 Arif, 5 Bijak dan 5 Cekap SK Teluk Pulai

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Pn. Jamaliah bt Ab. Hamid (Guru Besar SK Teluk Pulai)


Penasihat : 1. Pn. Shahrom bt Shaari (Pen. Kanan 1)
2. Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah (Pen. Kanan HEM)
3. En. Zaharuddin bin Zainal Abidin (Pen. Kanan KK)
Guru Mentor : 1. Pn. Vasantha A/P Perumal
2. Pn. Thanaletchumy A/P Manickam
3. En. Poobalan A/L Paramasivam

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung:
Pn. Jamaliah bt Ab. Hamid 4
(Guru Besar SK Teluk Pulai)
Mentor:
1. Pn. Vasantha A/P Perumal
2. Pn. Thanaletchumy A/P Manickam
3. En. Poobalan A/L Paramasivam

Pengerusi:
Juliana bt Alimun

Setiausaha: AJK Peralatan:

Farhani bt Mohamed Farouk Yasotha A/P Vijayabalan

10.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROJEK

Bil Tarikh Aktiviti Catatan


Perbincangan dengan guru besar tentang
pemilihan projek internship kumpulan.
Pembentukan Jawatankuasa Projek.
Menyediakan kertas kerja.
Semua Ajk
1 Minggu 1 Menyerahkan kertas kerja kepada pengerusi
untuk disemak dan kemudian kepada guru besar
untuk disahkan.
Menyediakan alatan yang diperlukan yang
diperlukan semasa projek dilaksanakan.
Pembahagian kerja antara ajk.
Projek mula dijalankan dan semua ajk Semua Ajk
2 Minggu 2
bekerjasama untuk mengendalikan pertandingan
scrabble.

5
Menjalankan pertandingan scrabble.
Ajk menjadi juri pertandingan.
3 Minggu 3 Pengumuman pemenang dan memberikan Semua Ajk

hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada


semua peserta yang lain.
Laporan pelaksanaan internship ditulis dan
refleksi dilakukan antara ajk.
Semakan dibuat agar laporan yang disediakan Semua Ajk
4 Minggu 4
tidak mempunyai sebarang kesalahan kosa kata
dan ayat.
Menyerahkan laporan kepada guru besar.

11.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Bagi melicinkan perjalanan penyediaan projek ini, saya memutuskan untuk


melaksanakan projek ini mengikut peringkat-peringkat yang disediakan seperti
berikut:

Bil. Strategi pelaksanaan Huraian


1. Perancangan Berbincang bersama guru mentor untuk perbincangan
mengenai projek yang boleh dijalankan.
Menyediakan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak
sekolah.
2. Persediaan Berbincang bersama guru mentor untuk mendapatkan
bimbingan.
Meminta sumbangan kewangan daripada pihak sekolah.
Menyediakan borang serta peralatan yang akan
digunakan dalam pertandingan.
Memaklumkan kepada semua murid dan guru akan tarikh
pelaksanaan.
menyediakan surat kebenaran ibubapa untuk pelajar hadir
ke program.
Pelaksanaan Memastikan kawasan menjalankan program selamat dan
cukup untuk menampung bilangan murid-murid.
Memberi informasi tentang peraturan, penghakiman serta
6
teknik atau cara permainan melalui aktiviti round robin.
Arahan yang jelas tentang syarat-syarat pertandingan.
Pelaporan Menyediakan laporan secara bertulis dan diserahkan
kepada guru besar dan guru mentor untuk penilaian.
Menyediakan laporan untuk dimasukkan ke dalam
portfolio INTERNSHIP.

12.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
8.00 pagi Pendaftaran
8.30 10.00 pagi Workshop
10.00 10.20 ptg Rehat
10.30 12.30 ptg Pertandingan Scrabble
12.30 1.00 ptg Penyampaian hadiah dan bersurai

7
13.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Item Harga Unit Jumlah Unit Jumlah


Hadiah alatulis
1 RM2 10 RM20
(10 pemenang)

Sarapan pagi
2 Air mineral 500ml RM 6.50 5 RM 32.50
Roti RM 0.85 110 RM 93.50

3 Kertas A4 RM10 1 RM10


JUMLAH KESELURUHAN RM156

Sumber Kewangan : Panitia Bahasa Inggeris

14.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Bil Item Unit


1 Scrabble Min 10
2 Surat Kebenaran dan makluman 106
3 Borang pemarkahan 30
4 Loceng 10
5 Jam 10
6 Sijil Pemenang 10

Sumber peralatan : Panitia Bahasa Inggeris

15.1 SYARAT PERMAINAN DAN KUMPULAN

15.1 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan kalah mati.

Pertandingan ini terbuka kepada murid Tahun 6 Arif, Bijak dan Cekap SK
Teluk Pulai.

Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 4 orang peserta dan 2 orang


hakim.

8
15.1 MASA

Setiap kumpulan diberi masa 10 saat untuk membina (sekurang-


kurangnya) 2 huruf perkataan Bahasa Inggeris yang dieja dengan betul.

Setiap kumpulan akan memulakan gerakan apabila penjaga masa


membunyikan loceng sebanyak sekali. Mereka akan diberi masa selama
10 saat untuk membuat gerakan.

Selepas 10 saat, penjaga masa akan membunyikan loceng sebanyak 2


kali untuk memberitahu bahawa masa untuk gerakan telah berakhir. Jika
kumpulan tersebut tidak dapat meletakkan satu perkataan menggunakan
kepingan huruf di atas papan permainan dalam masa yang diberikan,
mereka akan hilang giliran.

Permainan akan dimainkan selama 15 minit atau sehingga kedua-dua


kumpulan tidak dapat membina perkataan atau sehingga semua kepingan
huruf habis digunakan (yang mana dahulu).

15.2 FORMAT PERMAINAN

Permainan ini dimainkan oleh dua kumpulan bertentangan.

Setiap kumpulan akan diberikan sepapan yang mengandungi 7 kepingan


huruf untuk bermain.

Setiap kumpulan akan memilih satu kepingan huruf daripada beg yang
disediakan. Kumpulan yang mempunyai face value tertinggi akan
membuat gerakan pertama.

Hanya perkataan dalam Kamus Scrabble (British English) yang


dibenarkan.

Pemain tidak boleh merujuk kamus ketika bermain.

Perkataan yang tidak elok dan tidak sesuai, kata nama, singkatan,
bahasa dialek, dan ejaan tidak formal adalah tidak dibenarkan.

Tidak dibenarkan berlaku gerakan pada papan permainan ketika


9
permainan.

Para pemain tidak dibenarkan untuk menukar kepingan huruf yang telah
mereka ambil daripada beg.

Keputusan juri adalah muktamad.

16.0 SENARAI SEMAK PROJEK


Bil Aktiviti (/) jika telah dilaksanakan
1. Menghasilkan kertas cadangan tentang projek. /
2. Perbincangan bersama dengan mentor. /
3. Perbincangan bersama dengan guru besar. /
4. Mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah. /
5. Membentuk AJK /
6. Membuat borang penyertaan.
7. Membuat borang pemarkahan.
8. Menyediakan peraturan permainan. /
9. Makluman kepada para guru dan murid-murid

berhubung pertandingan.
10. Mengumpulkan semua gambar sebagai

dokumentasi.
11. Membuat refleksi kendiri berkaitan projek.
12. Membuat laporan tentang projek.

10
17.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga dengan pelaksanaan pertandingan scrabble ini akan dapat

meningkatkan pengetahuan murid-murid terhadap kosa kata Bahasa Inggeris. Selain

itu, ia juga diharapkan agar dapat memupuk semangat persaingan sihat antara

murid-murid untuk meningkatkan pengetahuan masing-masing dalam Bahasa

Inggeris seterusnya memupuk murid-murid untuk mengamalkan penggunaan

Bahasa Inggeris selaras dengan Program Imersif Tinggi (High Immersive

Programme [HIP]) yang diutarakan oleh Kementerian Pendidikan. Oleh itu,

kerjasama daripada pihak Tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan

terima kasih.

SOKONGAN JAWATAN TANDA TANGAN

Disediakan oleh: Setiausaha


Program Saturday Scrabble
Bengkel dan Pertandingan
Scrabble. (Farhani bt Mohamed
Tarikh : 10.02.2017 Farouk)

Disemak oleh: Pengerusi


Program Saturday Scrabble
Bengkel dan Pertandingan .
Scrabble SK Teluk Pulai. (Juliana bt Alimun)
Tarikh :11.02.2017

Disahkan dan Guru Besar


diluluskan oleh :
SK Teluk Pulai .

(Pn. Jamaliah bt. Ab.


Tarikh : Hamid)

Cadangan Kertas Kerja (Diluluskan / Tidak Diluluskan)

11

Potrebbero piacerti anche