Sei sulla pagina 1di 6

Globalisasi dalam kurikulum

Globalisasi secara ringkasnya dapat diterangkan sebagai satu transisi meletakkan


dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan atau kedudukan geografi
sesebuah Negara (Mohd Aliff, 2011). Kurikulum juga terkesan dengan proses globalisasi
yang berlaku di seluruh dunia. Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak
dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus
globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan
paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna
terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan
kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya
penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan.
Pada masa sekarang sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi
yang agak banyak bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di
peringkat globalisasi. Perubahan kurikulum yang dilakukan terutama dari segi strategi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti Sekolah Bestari iaitu
tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan
komputer dan penggunaan multimedia. Keduanya ialah Projek Sekolah Net iaitu penggunaan
komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN).
Guru juga berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan
pembelajaran daripada luar negara dan kemudiannya menyalurkannya kepada murid. Ini
memberi peluang kepada murid mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan
mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.Ketiga ialah Projek Smart Lab iaitu
menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan murid mengakses ilmu dan maklumat
daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara
keempat ialah Projek Sekolah Vista iaitu perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
berkesan dan memberi peluang kepada murid berkomunikasi secara elektronik dengan rakan
dan guru.
Kurikulum kita juga telah berubah disebabkan oleh penggunaan bahasa yang berubah
disebabkan faktor globalisasi. Pengaruh yang paling ketara adalah penggunaan bahasa
Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa, pendidikan negara kita terbuka
kepada negara luar, pembukaan cawangan universiti luar di dalam negara kita, dan peluang
pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta, pentingnya
pengajaran Sains dan Teknologi, pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai
ledakan maklumat, perubahan peranan guru di dalam bilik darjah dan pembudayaan teknologi
dalam pelaksanaan tugasan harian (Noriati A. Rashid, 2010:18). Untuk bersaing dalam situasi
globalisasi, maka kurikulum yang melibatkan bahasa perlu diubah mengikut kesesuaian pada
masa sekarang. Disebabkan ini, penguasaan bahasa inggeris kita menjadi semakin baik dan
memberi kesan pada murid.
Ramai bersetuju bahawa guru era globalisasi yang menjawat di sekolah harus
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih mantap berbanding guru pada zaman
dahulu. Jikalau guru-guru zaman dahulu hanya menyediakan rancangan pengajaran
berdasarkan apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran, guru-guru sekarang
sememangnya tidak dapat melakukan sebegitu lagi. Penyediaan pelaksanaan proses
Pengajaran dan Pembelajaran dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Muridan dipercayai
adalah tidak memadai untuk memenuhi kepuasan murid-murid pada zaman sekarang.
Barang-kali, apa yang disampaikan oleh guru dalam kelas sudah diketahui atau dimuridi oleh
murid-murid melalui pelayaran internet justeru menyebabkan mereka tidak lagi berminat
dengan penyampaian muridan guru.
Hallinger (1998), seorang penulis dalam terbitan jurnal beliau telah menyatakan
bahawa globalisasi telah mendorong negara untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan
dan juga kurikulum yang ditawarkan, malah ada pula negara yang terpaksa mengalami
transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada
perubahan di peringkat global tersebut. Selaras dengan transformasi tersebut, sistem
pendidikan di Malaysia juga telah membuat beberapa pengubah-suaian kurikulum bagi
menyediakan murid-murid di Negara kita supaya dapat menyesuaikan diri dalam era global
kelak. Antara pengubah-suaian yang paling ketara ialah apabila Bahasa Inggeris digunakan
dalam pengajaran bidang Sains dan Matematik di sekolah rendah dan sekolah menengah, atau
lebih dikenali sebagai PPSMI. Projek ini telah gagal dan dihentikan kerajaan dan
sebaliknya kerajaan memperkenalkan MBMMBI bagi menggantikan PPSMI. Kini bagi
memperkukuhkan lagi bahasa inggeris telah diperkenalkan Dual Langguage Program
bermula pada tahun 2016.
Kesan negatif globalisasi dalam pendidikan juga memberi tekanan kepada guru-guru
untuk merancang program kurikulum agar dapat menangani keperluan globalisasi dalam
pendidikan. Bentuk Kurikulum era globalisasi bermula pada tahun 90an dan akan berlarutan
sehingga awal abad 21 yang meliputi sehingga tahun 2020 di mana ia merupakan tahun
sasaran bagi Malaysia mencapai negara maju industri dunia. Usaha-usaha untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berdaya saing dan berdaya maju digariskan dalam sembilan
cabaran ke arah Wawasan 2020. Untuk menghadapi cabaran era globalisasi ini sembilan
cabaran tersebut masih dianggap relevan, khususnya cabaran yang ke 6 iaitu: . 'Membentuk
sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh
ke hari depan, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi
kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi
pada masa hadapan.' (Wan Mohd Zahid Nordin, 1994, m.s.72)
Dalam era siber, kurikulum yang menekankan kepada penguasaan kemahiran-
kemahiran generik atau bolehguna seperti kemahiran berkomunikasi secara berkesan,
kemahiran bergaul dan bekerja dengan orang lain dan kumpulan, kemahiran berfikir,
kemahiran mengikut arahan, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran memaharni
budaya seperti budaya kerja di sesuatu tempat adalah perIu. Ia penting kerana apabila para
murid memasuki alarn pekerjaan ia dapat membantu mereka menjadi tenaga kerja yang
mahir, cekap dan berketrampilan.
Jika dilihat juga penguasaan kemahiran generik juga membolehkan seseorang pekerja
itu begitu boleh digerakkan dan kerap bertukar kerja kepada yang lebih menguntungkan
kerana mereka lebih versatil dan cepat mahir dalam pelbagai jenis pekerjaan. Kurikulum di
era siber perIu multilingualisme kerana arus globalisasi memerlukan penggunaan pelbagai
bahasa supaya murid boleh berkomunikasi dengan berkesan dan berupaya menggunakan
segala maklumat. Justeru itu, pada zaman ledakan maklumat dan dunia tanpa sempadan ini,
murid perlu dibimbing untuk menguasai kemahiran mencari, menapis dan menggunakan ilmu
penegtahuan yang berfaedah bagi penyuburan diri dan minda dan para murid seharusnya
diberikan ilmu untuk menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa asing selain dari bahasa
ibunda dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kemahiran berbahasa ini menjadi satu
daripada prasyarat utama untuk membolehkan negara Malaysia dan warganya menampilkan
diri dan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam arena antarabangsa. Kurikulum era
siber juga memberikan tumpuan kepada pelbagai jenis kecerdasan dan memperkembangan
kebolehan yang ada dalam diri seseorang individu, iaitu teori pelbagai kecerdasan.

Kaedah Pengajaran dan budaya dalam Globalisasi

Guru era globalisasi perlu melihat kepada perkembangan infotek yang begitu hebat, bentuk
pendidikan untuk generasi muda, guru perlu lebih global dan kompetatif. Guru-guru perlu
lebih profesional dan bestari supaya mampu mendidik generasi tersebut agar murid lebih
bersikap terbuka dengan visi yang lebih meluas serta berfikiran reflektif, kritikal, kreatif dan
inovatif serta mempunyai ketrampilan bagi membolehkan mereka menyertai dengan berkesan
dalam arus globalisasi dunia
Guru yang dikehendaki ialah guru yang bijak berperanan sebagai pembimbing di sisi
murid selaku fasilitator yang menasihati, memotivasi dan merangsang, bukannya sebagai
pendita yang berdiri megah di pentas atau di hadapan kelas menyampaikan ilmu kepada anak
didiknya seperti rnenuang air ke dalam bekas yang kosong. Maksudnya, kita memerlukan
guru yang mementingkan pembelajaran berpusatkan murid supaya pelbagai kemahiran
belajar dapat dikuasai oleh mereka. Selaras dengan pengajaran abad 21 yang cuba diterapkan
pada masa kini. Ini memberi peluang kepada murid belajar secara berdikari menerusi
pembelajaran secara akses kendiri dengan kadar kendiri dan terarah kendiri.
Guru juga boleh maju ke hadapan dengan sendiri setelah dapat menguasai sesuatu
pelajaran. Gaya terarah kendiri membolehkan seseorang murid mengurus pembelajarannya
sendiri mengikut minat, stail dan keupayaan sendiri. Dia juga dibenarkan meneroka topik
yang diminati tanpa terkongkong kepada kurikulum dengan rigid. Guru di era siber perlu
berbudaya ilmu. Mereka seharusnya menjadi contoh yang baik dengan mengamalkan
pendidikan sepanjang hayat - sentiasa dahagakan ilmu untuk meningkatkan martabat diri.
Mereka juga perlu menggalakkan anak didiknya bukan sahaja menimba pengetahuan yang
mesti diketahui, umpamanya untuk lulus peperiksaan sahaja, bahkan juga berpengetahuan
yang patut diketahui dan elok diketahui untuk menjadikan mereka insan yang bennaklumat
dan bijaksana. Negara memerlukan guru yang berdaya fikir dan yang bijak pula mengatur
strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menanamkan budaya tersebut di kalangan
anak didiknya. Mereka mengamalkan pembelajaran berfikrah supaya muridnya mampu
berfikir secara reflektif, kritis dan inovatif bagi mengupayakan mereka menggunakan segala
pengetahuan yang dikuasai untuk menghadapi persaingan global kelak.
Proses berfikir hanya berlaku melalui aktiviti pembelajaran berbentuk kendiri seperti
penyelesaian masalah secara inkuiri, kerja projek, serta aktiviti-aktiviti yang menuju ke arah
pembelajaran yang bermakna. Maka amat penting seseorang guru itu mahir dengan pelbagai
kemahiran belajar khususnya yang berpusatkan murid. Kemahiran berfikir yang diterapkan
oleh guru ini secocok pula dengan pengetahuan yang dibekalkan iaitu ilmu yang berkembang
bukan yang pasif. Pengetahuan jenis ini membolehkan para murid memahami dan menangani
persekitaran yang semakin kompetatif dan mencabar.
Sistem pendidikan era baru ini memerlukan komitmen guru yang amat tinggi. Mereka perlu
bersifat menjadi diri sendiri dan tidak memusuhi diri dengan bersifat jujur, iklas, tidak
berpura-pura, sentiasa sedar akan kekuatan dan kelemahan diri dan di alas kesedaran itu
sanggup meningkatkan keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan mengikut
keperluan. Mereka juga perlu bersifat change-friendly iaitu melihat sesuatu perubahan dan
pembaharuan dalam sistem pendidikan sebagai peluang untuk menguji potensi, kemampuan
dan cara untuk mengoptimumkan pembangunan individu. Pada masa kini juga kerap berlaku
sesuatu perubahan itu dilihat dengan prasangka yang negatif akibat dilihat daripada sudut
yang sempit dan berat sebelah. Guru perlu komited di era siber melihat kecemerlangan bukan
satu destinasi, tetapi sesuatu perjalanan tanpa hujungnya kerana kecemerlangan itu
merupakan satu sasaran yang sentiasa bergerak. Dengan sebab itu mereka tidak mudah
berpuas hati dengan pencapaiannya dan sentiasa berusaha meningkatkan piawai atau kriteria
kecemerlangannya.
Guru bertaraf dunia ialah yang merancang strategi pengajaran-pembelajarannya
dengan teliti dan sentiasa membuat persediaan untuk membuka peluang kepada murid
melakukan penerokaan dalarn pembelajaran. Mereka merancang pelbagai laluan
pembelajaran dengan berbekalkan kemahiran yang tinggi bagi memudahkan setiap murid
mencapai pembelajaran kemuncak (peak learning). Mereka juga mampu mengenalpasti
suasana pembelajaran yang menyokong dan kondusif dari segi masa, sumber, ruang dan
aktiviti yang dilaksanakan. Guru yang bercirikan global mengamalkan proses penilaian bukan
sahaja ke atas produk pembelajaran murid tetapi juga proses pembelajaran mereka, Penilaian
tidak tertumpu kepada bidang akademik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek jasmani,
rohani dan emosi untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu tercapai.
Mohamad, B., Talib, R., Ambotang, A. S., Zain, S., & Abdullah, M. Y. (2013). Cabaran
transformasi agenda pendidikan negara. Utusan Borneo, B4.
Esa, Ahmad, Sahila Suadi, and Noraishah Daud. "Persepsi murid terhadap program kerjaya di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia." (2013).
Myers, J. P. (2010). THE CURRICULUM OF GLOBALIZATION. Critical global
perspectives: Rethinking knowledge about global societies, 103

Potrebbero piacerti anche