Sei sulla pagina 1di 4

Ruj : KEA 3122 600-10/4

KERTAS CADANGAN
PROGRAM EXPLORASI PESTA BUKU KEDAH 2016

ANJURAN
PUSAT SUMBER SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK
DENGAN KERJASAMA
PENGURUSAN ASRAMA SM PENDIDIKAN VOKASIONAL MERBOK

21 OKTOBER 2016

TUJUAN
1. Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan untuk menjalankan aktiviti
Program Explorasi Pesta Buku Kedah 2016 bertempat di Village Mall, Sungai Petani
anjuran pusat sumber dengan kerjasama pengurusan asrama SM Pendidikan Khas
Vokasional Merbok.

LATAR BELAKANG
2. Pesta Buku Kedah 2016 merupakan sebuah program yang dirancang oleh
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di mana ia mempunyai pelbagai aktiviti yang
menerapkan unsur pembelajaran secara tidak lansung. Proses pembelajaran bukan
sahaja berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-
mata kerana sebagai seorang guru, kita boleh mempelbagaikan proses pembelajaran
melalui aktiviti-aktiviti di luar kelas misalnya dengan menyertai pameran dan aktiviti di
pesta buku. Secara tidak lansung ia dapat mendorong murid murid berkeperluan
khas menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasana berkenaan
dengan diri mereka dan tidak menganggap ia sekadar teori sahaja.
3. Justeru itu, satu program telah dirangka oleh Pusat Sumber SM Pendidikan Khas
Vokasional Merbok dengan kerjasama pihak pengurusan Asrama SM Pendidikan
Khas Vokasional Merbok bagi tujuan memberi peluang kepada murid berkeperluan
khas untuk mengekplorasi proses pembelajaran di luar kelas. Murid berkeperluan
khas diberi peluang untuk belajar secara explorasi melalui pelbagai aktiviti dan
pameran yang ada di Pesta Buku Kedah 2016 bertempat di Village Mall Sungai
Petani. Pesta Buku Kedah 2016 merupakan salah satu program yang disediakan
oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah kepada masyarakat setempat. Ini
sekaligus dapat memberi pendedahan kepada murid berkeperluan khas tentang
keperluan dan kemudahan yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam
Kedah yang menyediakan pelbagai sumber maklumat dan informasi pembelajaran
sepanjang hayat kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan lagi kualiti hidup
seharian.

ASAS PERTIMBANGAN
4. Program Explorasi Pesta Buku Kedah 2016 ini dirancang bagi memberi pendedahan
kepada murid berkeperluan khas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang
disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah melalui program Pesta
Buku Kedah 2016.
5. Selain daripada itu, aktiviti sebegini juga dapat meningkatkan kemahiran interaksi
sosial dan keyakinan diri murid berkeperluan khas dengan menggalakkan aktiviti
yang melibatkan masyarakat setempat.

CADANGAN PERLAKSANAAN
6. Program Explorasi Pesta Buku Kedah 2016 telah diputuskan oleh pihak
jawatankuasa yang terlibat dan dicadangkan seperti ketetapan berikut :
6.1 Tarikh : 21 Oktober 2016
6.2 Lokasi : Village Mall, Sungai Petani
6.3 Masa : 2.30 pm 5.30 pm
6.4 Bilangan Peserta : 36 Aspura, 28 Aspuri
6.5 Tentatif Program
TARIKH MASA AKTIVITI

21 02.00 pm - Berkumpul di kawasan dataran


OKTOBER
hadapan pejabat
2016
JUMAAT 02.30 pm - Bertolak ke Village Mall Sg Petani
03.00 pm - Pembahagian kumpulan murid
mengikut guru
- Aktiviti Karikatur Bersama Kartunis
Joy
- Aktiviti / Pameran Pesta Buku Kedah
2016
05.00 pm - Berkumpul dan bertolak pulang ke
sekolah

AHLI JAWATANKUASA
7. Jawatankuasa yang telah dibentuk adalah seperti berikut :
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Pengerusi : En. Suhaini Shaari
Naib Pengerusi 1 : En. Nik Ahmad Zakil Nik Hamid
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Fuzi Md.Saad
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengurus Program : Pn. Nur Rawaidah Rahmat (Guru Pusat Sumber)
Pengangkutan : En. Wan Mohd Haidir Wan Ahmad (Warden)
Jurufoto : En. Amir Hamzah Adnan
Dokumentasi : Pn. Nur Rawaidah Rahmat (Warden)
Guru Pengiring : En. Mohd Farizan Mohd Saad
: En. Amir Hamzah Adnan
: En. Muhammad Amin Ibrahim
: En. Ahmad Hairu Che Mustafaha
: Pn. Zubaidah Abd. Rahman
: Pn. Nor Zuraini Zainodin
: Pn. Zuita Hazwani Mohd Hashim (Warden)
: Pn. Nur Rawaidah Rahmat (Warden)

IMPLIKASI KEWANGAN
8. Tiada

HARAPAN
9. Harapan pihak kami adalah program seumpama ini mendapat perhatian dan
kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Moga program ini menjadi kayu pengukur
dalam perancangan tahunan sekolah. Dengan keprihatinan pihak pengurusan
sekolah dalam menjayakan program julung kali yang seumpama ini, diharap program
ini berjaya dan lancar perjalanannya nanti.

SYOR
10. Ahli jawatankuasa program adalah dipohon untuk memainkan peranan mengikut
skop tugas yang telah diberikan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
11. Program kolaborasi sebegini dijadikan acara tahunan di masa akan datang.
DISEDIAKAN OLEH

NUR RAWAIDAH BINTI RAHMAT


GURU PUSAT SUMBER DAN MEDIA
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

NIK AHMAD ZAKIL NIK HAMID


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

SUHAINI SHAARI
PENGETUA
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

Potrebbero piacerti anche