Sei sulla pagina 1di 16

PERMAINAN BOLA BALING

Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar


dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak.
Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang
(tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang
pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil
diperlukan untuk mengawal permainan.
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN
PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata.
Gelanggang yang digunakan boleh merupakan
gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang
bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup.
Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40
meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di
garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada
dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah.
Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan
go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol.
Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan
berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang
garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari
tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula
ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4
meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan
pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya
dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam
gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran
selebar 5 cm.
BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit
atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan
lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti
berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3.
Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm
hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan
remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2.
Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm

hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan
remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat
antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52
cm.
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan
oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan.
Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak
boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu.
Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan
dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa)
dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol.
Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang
panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua
tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi
yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat
daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat
dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di
bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.
PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan
terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar
pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain
gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam)
kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian
yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya
dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang
dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak
dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri
daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain
gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain
dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang
hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol
sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk
pemain-pemain gelanggang.
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Berlari

2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol
Di dalam blog ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja
kemahiran asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang
berkaitan dengan kemahiran tersebut.
3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring
KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA
Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara
penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang
digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola
jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah
seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi
HANTARAN BAHU
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh
pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini
dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan
cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh
mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia,
pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar
hala hantaran atau memusingkan badannya.
HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut.
Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak
lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini
biasanya dilakukan dengan sebelah tangan. HANTARAN
ARAS DADA
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam

permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak


dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil
tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak
di akhir tolakan.
HANTARAN LOMPAT
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari
permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang
penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang
membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus
kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada
pihak lawan.
HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat
hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu
memusingkan badannya untuk menghadap ke arah
penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan.
Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan
pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain
yang mempunyai tapak tangan yang besar.
PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang
pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu
memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan adakah bola ditujukan kepada
sasarannya?
c) Arah ke manakah bola dihantar supaya permainan
menjadi positif?
d) Kekuatan sekuat manakah boal patut dibaling dalam
situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan
jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?
PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan
ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang teguh
yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan
kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh
badan adalah penting untuk menghasilkan pergerakan
yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di
dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola
berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini
disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:

a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa


yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau
rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak
pergerakan sesuatu rintangan. Konsep konsep Penting
dalam Sistem Tuas
1. Daya usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan sebarang objek yang digerakkan
atau anggota-anggota badan itu sendiri.
3. Paksi/fulkrum sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan
beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan
kelajuan yang lebih dihasilkan.
Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain
membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di
lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan pemain,
lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk
bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang
berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu,
jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola
tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan
yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku
dengan cepat.
KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal,
mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik
dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara
tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah
setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat
tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat
oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan
betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang
tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua
keadaan dan situasi permainan, seorang pemain
mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor
berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan

penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan
dihulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka
semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai
penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan
ke dada dalam kedudukan yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan
harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain
hendaklah berada dalam kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu
ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk
ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola.
Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan
diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk
menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke
depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.
Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran
seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran
sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.
CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan bola aras muka
Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka,
pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang
hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan
dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola.
Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat
badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan bola rendah Untuk
menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan
badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk
menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari
menghala ke bawah semasa menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini
hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima
bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada
pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima
hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat
ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas,
keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola

hendaklah berada di belakang bola.


4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah
melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor
yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan
hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah
tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik
sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan
supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.
KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak
menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu
rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi
permainan.
MEMEGANG BOLA
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan
memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum
menghantarnya kepada rakan atau terus membuat
jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain
menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang
bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika
sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas
daripada pegangannya. Apabila bola dirapatkan ke dada,
ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan mengarah
ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi
membolehkan pemain melakukan gerakan yang
seterusnya.
Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan
kedua-dua belah tangan dan berkedudukan pada aras
dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar
tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan
masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan
pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah
serangan.
SAINS DALAM MENANGKAP BOLA
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang
berkaitan ialah Hukum pertama Newton iaitu Hukum

Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak


akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh
daya luar. Jika bergerak, ia akan bergerak terus dalam
arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika
diganggu oleh daya luar.
Konsep konsep Penting dalam Inersia
1. Otot otot besar menghasilkan daya lebih berbanding
dengan otot otot kecil.
2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan
dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak. 3.
Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang
berat dan bergerak cepat (menyerap momentum)
Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur
keluar ketika menangkap bola dan tangan ditarik ke dada
bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut.
Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi
kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola berada
di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan
berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola
ditangkap.
KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang
menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton
akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya
dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap
menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu
dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah
40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang
banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran
menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh
semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari
segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang
yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol.
Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab
dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi
permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan
belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah
antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola
baling, terutamanya mereka yang ditugaskan
mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan

mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak


merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak
mudah berputus asa.
PRINSIP PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam
kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola
baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap
pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan
dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada
gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran
tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan
penjaga gol.
JENIS JARINGAN
Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah
jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah
pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling
disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh
dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan
kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil
kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan
sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan
yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan
membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak
selepas membuat hantaran.
Jaringan dari Bawah Lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk
menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila
pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan

tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang


memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan
rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol
pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah
lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki
kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke
belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan
sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan
seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan
kanan dilepaskan.
Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan
jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting
ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak
tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan.
Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi
pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia
merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi
kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol
diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering
dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan
daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di
puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke
garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan
kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke
kawasan gol sambil membuat jaringan dengan
menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari
atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat
penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas
bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat
adalah seperti berikut:
1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan,

penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh


mengelirukan penjaga gol.
2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah
jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan
lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk
dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah
kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk
membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu
mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.
Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol.
Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang
menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras
paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan.
Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan
bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh
penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya
ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an
membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah
lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat
jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah
palang pintu gol pihak lawan.
Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah
untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga
boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang
mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat
jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba ,
dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan
badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila
mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan
sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah
lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan.
Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara
mengejut.
Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan
terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika

dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya


pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam
kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah keduadua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan
badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti
berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan
badannya ke udara menuju ke kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke
sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara
sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan
menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.
Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini
terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki
penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan
balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3
saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti
berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama
dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga
gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang
bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol
pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan
teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.
Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan
penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya.
Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini,
iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya
dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan
daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk

menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk


membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut
terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.
Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke
arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan
kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING
Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua
prinsip sains yang terlibat. Prinsip sains yang pertama
ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang kedua
ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan
dihayun ke udara untuk menjaring manakala daya
diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat
ketika hendak membuat jaringan bola. Ketika membuat
jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting
kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk
menambah kelajuan sesuatu beban atau halangan atau
menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:
1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke
udara untuk dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hal ini
terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana
bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum dan lengan
sebagai daya yang akan dikenakan ke atas bola. Lengan
memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola
dapat ditujukan tepat ke sasaran.
2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan
bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak
kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas
kaki dan memberikan daya yang kuat supaya bola dapat
bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan
tepat. Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring.
Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang
telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus
kepada jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut lajak

memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan


dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan
pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan
momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak
dilakukan, maka daya yang diberi kepada objek adalah
kurang.
LATIHAN ANSUR MAJU
Jaringan Lompat
a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke
atas (jika kaki kiri melonjak, angkat tangan kanan) c)
Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala
ke sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok sedikit)
dihayun ke hadapan dari belakang bahu.
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola
tanpa melemparkannya.
e) Latihan berpasangan berlari, melonjak dan
melempar bola kepada kawan di hadapan.
f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal
(latihan ini memerlukan 3 orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang
menjaga gol).
Jaringan jaringan Lain
a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola
baling antara 2 orang.
b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding)
melalui gelung.
c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3
langkah)
e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga
gol.
10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa
permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain
simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila
bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan
permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat

permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.


4. Seorang pemain dibenarkan: Menahan, menangkap,
membaling, melontar atau memukul bola dengan apa
cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau
lututnya. Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum
membuat balingan atau hantaran. Melantunkan bola
berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam
kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan
masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan
dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung
semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang
tidak mengeluarkan bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau
balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah
sekurang kurangnya 3 meter dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan
jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga
golnya yang berada dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.
REFLEKSI
Bola Baling merupakan salah satu permainan padang
yang terdapat di Malaysia ini. Mengikut sejarahnya, Bola
Baling (handball berasal daripada Eropah. Bola Baling
boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan.
Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling adalah
tidak banyak. Peralatan yang diperlukan ialah padang
atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola
baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan).
Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal
permainan.
Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah
berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola,
mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring
dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai
prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Sebagai
contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains
yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai
beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.

Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang


diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu
Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk
mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan
kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip sains yang
diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem
tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola
dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan
ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk
memberikan daya yang kuat. Setiap kemahiran
mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya
kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi
mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain.

Potrebbero piacerti anche