Sei sulla pagina 1di 4

Assalamualaikum wrt wbh:

Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis


Ybhg Prof Datuk Dr Asma Ismail, Naib Canselor Universti
Sains Malaysia
dan hadirin yang dimuliakan sekalian.
Pertama kali, ingin merafakan rasa syukur kepada Allah swt
kerana dapat berada di dalam Majlis Makan Malam sempena
Muzakarah Ilmiyyah yang akan berjalan secara langsung
pada keesokan hari. Seperti yang sedia maklum bahawa kita
berada bulan Maulidur Rasul di mana dengan kelahiran
baginda bermulanya jelajah ilmu wahyu yang mengikat akal
dan agama sehingga lahirlah tamadun Islam yang gemilang
dan tinggi.
Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan dan merakam
setinggi-tinggi penghargaan kepada Y. Bhg. Datuk Dr Asma
Ismail,

kerana

sudi

bersama-sama

kita

merasmikan

perjumpaan pada majlis malam ini, walaupun kita sedia tahu


bahawa jadual beliau amat padat sebagai figura nombor
satu Universiti. Saya bagi pihak Pusat Islam merasa sangat
dihargai .
Para hadirin sekalian,

Muzakarah Ilmiyyah merupakan satu usaha murni Pusat


Islam dalam menjelmakan semua mutiara ilmu para sarjana
terdahulu dalam mengembangkan Islam dan meneroka
setiap ilmu sains. Tamadun Islam adalah tamadun yang
mengangkat kejahilan kepada keilmuan dan kesarjanaan.
Kita mengharapkan tamadun dan ilmu Islam itu akan
diangkat semula dan mendapat perhatian setiap peringkat
pendidikan.

Sekiranya kita mengamati masa kini, telah lahir banayknya


Maahad Tahfiz Sains , sekolah Ulul albab iaitu gabungan
Hafazan Al-Quran dan juga ilmu sains di pelbagai negeri. Kita
mengharapkan

di

peringkat

pengajian

tinnggi

dapat

menyediakan lapangan yang lebih luas untk pelajar-pelajar


meneruskan intergrasi ilmu aqli dan naqli. Ini bertujuan
melahirkan ulamak-ulamak berkaliber, dan para saintis yang
berfalsafah

Islam.

Muzakarah

Ilmiyyah

yang

bakal

berlansung keesokan hari di dewan persidangan Universti


merupakan langkah pertama memasuki gerbang usaha
memartabatkan

ilmu

sains

dan

Islam

dan

sekaligus

memangkin visi dan misi Universti sains Malaysia.


Untuk pengetahuan semua, kita berasa amat betuah kerana
bersam-sam kita pada malam ini adalah pembentang yang
tidak asing lagi dalm dunia pemikiran islam dan sains iaitu,
2

yang pertama Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Pengarah


Institut Kefahaman Islam Malaysia dan yang kedua Dr Mat
Rofa Ismail Pensyarah Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia
(UPM). Masing-masing mereka akan membentangkan tajuk
Religion and Science, Islam and Science dan Islamic
Science for Sustainable Future. Mudah-mudah perkongsian
mereka

nanti

memberikan

inspirasi

buat

kita

dalam

menjulang kembali Tamadun dan Ilmu Islam.


Para hadirin sekalian,
Suka saya berkongsi bersama-sama semua di sini bahawa
salah seorang pegawai kita, Ustaz Mohd Zamrus Mohd Ali
yang

juga

merupakan

setiausaha

program

Muzakarah

Ilmiyyah dijemput oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara


menerima Anugerah Buku Negara 2016, di dalam kategori
Buku Tamadun Islam Terbaik di Dewan Tun Hussein Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpu. Buku
beliau yang bertajuk Tradisi Intelektual Andalusia :
Pengaruh Disiplin Al-Quran yang diterbit oleh Penerbit
Universiti Sains Malaysia telah dinilai oleh Panel Profesional
Anugerah Buku yang dipengerusikan oleh Ybhg Tan Sri
Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latif Abu Bakar.
Bagi pihak saya secara peribadi, anugerah ini merupakan
satu penghargaan buat Pusat Islam secara khusus dan
mengangkat nama Baik Universti secara umumnya.
3

Para Hadirin sekalian,


Sebelum

saya

mengakhiri

ucapan,

sekali

lagi

saya

mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada


YBhgi Prof. Datuk Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains
Malaysia kerana sudi meluangkan masa merasmikan Majlis
Makan Malam bersempena Muzakarah Ilmiyyah sebentar
lagi.
Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan ribuan terima
aksih kepada seketariat muzakarah ilmiyyah kelestarian
Tamadun dan ilmu sains yang bertungkus lumus
menjayakan majlis makan malam pada hari ini dan
merancang program secara keseluruhan dengan jayanya.
Sekian. Assalamualaikum w.b.t

Potrebbero piacerti anche