Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST, RAUB

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN TENDER KANTIN
SK PEREMPUAN METHODIST, RAUB BAGI TAHUN 2016 2018
TARIKH

: 19 OKTOBER 2016

HARI

: RABU

MASA

: 08.50 PAGI

TEMPAT

: BILIK KOMPUTER SK PEREMPUAN METHODIST, RAUB

HADIR BERSAMA

: Tn Hj Ab Nasir Bin Gahar, AMP ( wakil PPD )

KEHADIRAN

: Pn Resnani Binti Raus ( Guru Besar )


: En Norhan Bin Mohd Noor ( PK HEM )
: Pn Kholma Binti Ibrahim
: Pn Jamilah Binti Kamaruddin

AGENDA MESYUARAT
AGENDA 1:
1.2

Ucapan Pengerusi
Guru besar selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil PPD
Tn Hj Ab Nasir Bin Gahar dan semua ahli mesyuarat yang hadir. Beliau menerangkan
tujuan diadakan mesyuarat untuk memilih pengusaha kantin yang baru bagi sesi
2017/2018

AGENDA 2:
2.1

Ucapan wakil PPD


Tn Hj Ab Nasir Bin Gahar menekankan pembukaan tawaran sebut harga kantin mestilah
mengikut protokol dan tatacara yang betul. Beliau menyatakan sebelum mesyuarat sebut
harga diadakan pihak sekolah haruslah mengeluarkan surat perlantikan jawatan kuasa
sebut harga terlebih dahulu.

2.2

Beliau juga mengingatkan bahawa AJK buka borang mestilah terdiri daripada individu
yang berbeza daripada AJK pemilihan penender.

2.3

AGENDA 3:

Keputusan mesyuarat adalah sulit sehingga surat keputusan rasmi dikeluarkan.

Senarai penama sebut harga kantin

3.1

Senarai lengkap pemohon yang menyertai tawaran sebut harga kantin SK Perempuan
Methodist, Raub adalah seperti di lampiran ( rujuk lampiran 1 ).

AGENDA 4:
4.1

Pemilihan sebut harga


Mesyuarat telah mengambil keputusan tegas bahawa pemilihan perlulah berdasarkan
tawaran harga yang berpatutan, mutu perkhidmatan yang terbaik dan dapat mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

4.2

Penentuan pemilihan pengusaha kantin yang paling layak adalah dengan mengambil kira
reputasi perkhidmatan yang terbaik sebelum ini.

4.3

Hasil perbincangan ahli jawatankuasa pemilihan bersetuju menyenaraikan tiga penama


yang paling layak berdasarkan pengalaman mengusahakan kantin sekolah, tawaran
sebut harga kantin yang munasabah dan penetapan harga makanan yang berpatutan.

4.4

AGENDA 5:
5.1

Tiga penguasaha yang terpilih tersebut berdasarkan undian yang teringgi ialah:
Pertama

- Pn Asiah Binti Ishak

Kedua

- En Azam Bin Hussein

Ketiga

- Pn Siti Syariatul Akma Binti Mohd Sarif

Tindakan susulan
Sehubungan dengan pemilihan ini, Tn Hj Ab Nasir Bin Gahar menegaskan bahawa
pihak sekolah perlu menguruskan beberapa perkara seperti berikut:

5.1.1

Menyediakan satu laporan minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan sebut harga kantin
SK Perempuan Methodist, Raub 2017/2018.

5.1.2

Menulis surat pemberitahuan kepada pengusaha kantin tentang keputusan kelulusan


permohonan tender.

5.1.3

Pengusaha yang berjaya mendapat tender dikehendaki hadir ke sekolah untuk


mendengar taklimat dari guru besar.

5.1.4

Pihak sekolah akan memberi notis kepada pengusaha sekarang supaya membersihkan
kantin sebagai persediaan kepada pengusaha baru.

5.2

Tn Hj Ab Nasir Bin Gahar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli
mesyuarat di atas kelancaran mesyuarat sebut harga kantin yang sedang berlangsung.

AGENDA 6:

Hal-hal lain

6.1

Pn Resnani Binti Raus selaku guru besar mengharapkan agar pengusaha kantin yang
baru dapat memberikan perkhidmatan yang sebaiknya kepada warga sekolah
SK Perempuan Methodist, Raub samada dari segi layanan dan kerjasama mahupun dari
segi kualiti makanan yang disediakan.

6.2

Guru besar sekali lagi menekankan kepada semua AJK yang hadir supaya tidak
mendedahkan keputusan mesyuarat ini kepada pihak luar sehingga keputusan sebenar
dimaklumkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.


Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

PN JAMILAH BINTI KAMARUDDIN

PN RESNANI BINTI RAUS

SETIAUSAHA KANTIN 2016

GURU BESAR

SK PEREMPUAN METHODIST, RAUB

SK PEREMPUAN METHODIST, RAUB

(Sekolah Kluster Kecemerlangan)

(Sekolah Kluster Kecemerlangan)

Tarikh : 20/10/2016

Tarikh : 20/10/2016

Potrebbero piacerti anche