Sei sulla pagina 1di 4

Ruj : KEA 3122 900-2/5/3

KERTAS CADANGAN
JAMUAN HARI LAHIR PENGHUNI ASRAMA VOMER 2016
ANJURAN
PENGURUSAN ASRAMA SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK
23 NOVEMBER 2016 (RABU)
DEWAN SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

TUJUAN
1. Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan dan perbelanjaan
untuk menjalankan aktiviti Program Jamuan Hari Lahir Penghuni Asrama
Vomer 2016 bertempat di Dewan SMPKVM anjuran pengurusan asrama SM
Pendidikan Khas Vokasional Merbok.
LATAR BELAKANG
2. Asrama SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok menempatkan murid
berkeperluan khas yang terdiri daripada 34 murid lelaki dan 30 murid
perempuan SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok. Asrama ini mula
beroperasi pada 17 Julai 2016. Program Jamuan Hari Lahir 2016 diadakan
bagi meraikan murid murid berkeperluan khas SM Pendidikan Khas
Vokasional Merbok yang menghuni asrama putera dan puteri pada tahun
2016 di lokasi yang terpilih iaitu Dewan SMPKVM. Lokasi tersebut telah dipilih
kerana ia menyediakan perkhidmatan makanan dan fasiliti dewan dengan
harga berpatutan. Majlis ini juga diadakan sebagai simbolik sesi persekolahan
2016 telah tamat.
ASAS PERTIMBANGAN
3. Program ini dirancang bagi menghargai dan memberi keyakinan kepada diri
murid berkeperluan khas dengan mengingati hari lahir mereka serta
menghargai usaha dan kejayaan yang dilakukan oleh mereka sepanjang
tahun.
CADANGAN PERLAKSANAAN

4. Program Jamuan Hari Lahir Asrama VOMER 2016 telah diputuskan oleh
pihak jawatankuasa yang terlibat dan dicadangkan seperti ketetapan berikut :
4.1
4.2

Tarikh / Hari
Lokasi

:
:

23 November 2016 (Rabu)


Dewan SM Pendidikan Khas Vokasional

4.3
4.4

Masa
Bilangan Peserta

:
:

Merbok
8.30 pm 11.30 pm
38 Murid Lelaki, 30 Murid Perempuan

4.5

Tentatif Program

TARIKH

MASA

AKTIVITI

23
NOVEMBER
2016
RABU

07.10 pm

- Solat Maghrib / Isyak berjemaah

08.30 pm

- Berkumpul di Dewan SMPKVM

08.40 pm

- Murid / guru mengambil tempat


- Ucapan Aluan Pengerusi
- Ucapan Aluan GPK Hem
- Ucapan Aluan / Perasmian Pengetua
- Simbolik Perasmian Upacara
Memotong Kek

09.15 pm

- Jamuan Makan bermula

09.30 pm

- Persembahan Wakil Aspura / Aspuri


- Penyampaian Anugerah
- Penyampaian Hadiah Hari Lahir
- Tayangan Video Aktiviti-Aktiviti 2016

11.00 pm

-Bersurai

AHLI JAWATANKUASA
5. Jawatankuasa yang telah dibentuk adalah seperti berikut :
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Pengerusi
: En. Suhaini Shaari
Naib Pengerusi 1 : En. Nik Ahmad Zakil Nik Hamid

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengurus Program : En. Wan Mohd Haidir Wan Ahmad
Setiausaha Program: Pn. Nur Rawaidah Rahmat
Jamuan Makan
: En. Mohd Farizan Mohd Saad
Jurufoto / Montaj : En. Amir Hamzah Adnan
: En. Muhammad Amin Ibrahim
Dokumentasi
: Pn. Zuita Hazwani Mohd Hashim
Pengacara
: Cik Siti Farah Othman
Audio Sistem
: En. Ahmad Hairu Che Mustafaha
Hadiah
: Pn. Zubaidah Abd. Rahman
: Pn. Nor Shuhada Fitri
Disiplin
: En. Mohd Noor Azharuddin Mat Husin (PPM)
: En. Mohd Firdaus Muhamad (PPM)
IMPLIKASI KEWANGAN
BIL
PERKARA
1. 4 Biji Kek Hari Lahir

KOS
RM 250.00

2.

Hadiah Hari Lahir (RM 2.00 x 64 pelajar)

RM 126.00

3.

Hadiah Anugerah
JUMLAH

RM 154.00
RM 530.00

SUMBER KEWANGAN
6. Duit Sumbangan Dewan Makan (Makan/Minum Malam) = RM 7.80 x 68 murid :
RM 530.40
HARAPAN
7. Harapan pihak kami adalah program seumpama ini mendapat perhatian dan
kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Moga program ini menjadi kayu
pengukur dalam perancangan tahunan asrama sekolah dan diharap program
ini berjaya dan lancar perjalanannya nanti.
SYOR
8. Ahli jawatankuasa program adalah dipohon untuk memainkan peranan
mengikut

skop tugas yang telah diberikan bagi memastikan program ini

berjalan dengan lancar.

DISEDIAKAN OLEH
NUR RAWAIDAH BINTI RAHMAT
SETIAUSAHA PROGRAM
JAMUAN HARI LAHIR ASRAMA VOMER 2016
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK
DISEMAK OLEH
WAN MOHD HAIDIR WAN AHMAD
PENYELARAS PROGRAM
JAMUAN HARI LAHIR ASRAMA VOMER 2016
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK
DISOKONG / TIDAK DISOKONG
NIK AHMAD ZAKIL NIK HAMID
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
SUHAINI SHAARI
PENGETUA
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

Potrebbero piacerti anche