Sei sulla pagina 1di 8

LAWATAN SAMBIL BELAJAR- PULAU LANGKAWI

1. PENGENALAN
Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLDP) iaitu Lawatan Sambil Belajar ke Pulau
Langkawi ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk
melawat tempat-tempat yang menarik di samping menimba pengetahuan dan pengalaman
baru yang menggembirakan. Disamping itu, tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan
lagi hubungan silaturahim di antara pentadbir, guru dan murid. Lawatan ini juga merupakan
satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Murid-murid
memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu
kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada murid-murid.

2. MATLAMAT
Menganjurkan Program Pendidikan Luar BIlik Darjah (PLDP) yang tersusun dan terancang
ke arah meningkatkan keyakinan diri murid dan mengembangkan semangat sosialisasi
murid terhadap persekitaran luar. Melalui lawatan ini, murid tahun enam Sekolah
Kebangsaan Bindu, Batu Pahat akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan
pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang
pendidikan dan kehidupan amnya.
Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara peserta melalui program lawatan.
Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran peserta betapa pentingnya
mengeratkan silaturahim.

3. OBJEKTIF
3.1. Semua murid yang menyertai lawatan ini akan mendapat pengetahuan mengenai dunia
luar.
3.2. Merangsang minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran serta mendedahkan
murid tentang suasana sebenar, berdasarkan tema pembelajaran yang disusun
sepanjang tahun.
3.3. Mengeratkan silaturahim di antara pentadbir, guru dengan murid melalui aktiviti yang
dijalankan.
4. PESERTA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR- PULAU LANGKAWI

Seramai 11 orang murid tahun enam diiringi oleh 6 orang tenaga pengiring dari Sekolah
Kebangsaan Bindu, Batu Pahat.
5. JANGKAMASA
Program ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 25 hingga 27 Oktober
2016.
6. TEMPAT LAWATAN
6.1. Sekitar Pulau Langkawi
7. TENTATIF PROGRAM
( Rujuk lampiran 1)
8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
( Rujuk lampiran 2)
9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

PERINCIAN

JUMLAH

Bas (BP-KLIA2)
RM200

Pengangkutan

Tiket Kapal Terbang (Pergi-Balik)


RM158 x 17 orang = RM2686

RM3266

Kereta sewa (Langkawi)


RM150 x 2 hari = RM300
Petrol / Diesel
RM80
2

Penginapan

Homestay
RM 170 x 2 malam

RM340

Makan Dan Minum

RM12 x 17 Orang = RM204


RM204 x 3 Hari = RM612

RM612

Ubat-ubatan

RM50

RM50

LAWATAN SAMBIL BELAJAR- PULAU LANGKAWI

Insuran Nyawa

RM5 x 17 Orang

RM85

Set Combo B
Sky Cab + Sky Dome + Sky Rex +
3D Art Museum
6

Aktiviti Lawatan

Dewasa
RM57 x 6 = RM342

RM562

Kanak-Kanak
RM20 x 11 = RM220

Lain-lain Hal

Cenderahati dari
Langkawi

RM75

RM75

RM110

RM110

Jumlah

RM5100

10. SUMBER KEWANGAN


BIL

SUMBER PENDAPATAN

Kutipan Daripada Guru Dan Pelajar


RM300 x 17

Jumlah Keseluruhan
11. PENUTUP

JUMLAH

RM5100

RM5100

LAWATAN SAMBIL BELAJAR- PULAU LANGKAWI

Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu daripada program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah. Selain mengisi masa terluang murid-murid, mereka juga didedahkan
dengan pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi melalui lawatan dalam Negara ini.
Belajar melalui pengalaman sangat berkesan kerana mereka akan dapat melihat,
menyentuh dan juga mengalami sendiri segala pengetahuan serta pengalaman. Di samping
itu, ia memberi kepuasan dan keseronokan belajar di luar berbanding di dalam kelas yang
tidak dapat dilupakan kepada semua peserta lawatan.
Pihak pengurusan lawatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah
banyak memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan lawatan ini. Tidak dilupakan
juga kepada pihak sekolah yang banyak memberi dorongan dan semangat serta bantuan
demi kejayaan murid-murid. Sekian, terima kasih.

Lampiran 1
JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2016

TARIKH / HARI

MASA

PROGRAM

LAWATAN SAMBIL BELAJAR- PULAU LANGKAWI

6.30pagi
-10.30pagi
10.30pagi
25 Oktober
2016
(Selasa)

-11.00pagi
12.45tghri-2.30ptg
2.30ptg- 3.30ptg
3.30ptg- 5.00ptg
5.30ptg- 6.00ptg
6.00ptg-8.00mlm
8.00mlm-10.00mlm
10.00mlm

26 Oktober
2016
(Rabu)

Perjalanan dari Batu Pahat ke KLIA2


Makan
Penerbangan dari KLIA2 Ke Langkawi
Tiba di Langkawi Makan / Solat
Jamak (Zohor-Asar)
Ke Laman Padi di Pantai Chenang
(10min dr Lapangan Terbang
Langkawi)
Pulang ke tempat penginapan
Urus Diri / Solat Jamak (MaghribIsyak)/ Makan
Berjalan sekitar Pekan Kuah
Pulang ke tempat penginapan

6.00pagi-7.30pagi

Urus Diri / Solat Subuh

7.30pagi- 8.00pagi

Sarapan pagi

8.00pagi-9.00pagi

Bergerak ke Sky Cab

9.00pagi -5.00ptg

Sky Cab + Sky Dome + Sky Rex + 3D


Art Museum

5.00 ptg-6.00ptg

Ke Makam Mahsuri

6.00ptg-6.30ptg

Pulang ke tempat penginapan

6.30ptg-8.00mlm

Urus Diri / Solat Jamak / Makan


Berjalan sekitar Dataran Lang
Pulang ke tempat penginapan

8.00mlm-10.00mlm
10.00mlm

LAWATAN SAMBIL BELAJAR- PULAU LANGKAWI

27 Oktober
2016
(Khamis)

6.00pagi-7.30pagi

Urus Diri / Solat Subuh

7.30pagi -8.30pagi

Sarapan pagi

9.00pagi-9.30pagi

Check out

9.30pagi
-11.00pagi

Bersiar-siar di sekitar Langkawi


Perjalanan ke Lapangan Terbang

11.30pagi
-12.00tghri

Penerbangan dari Langkawi ke Kuala


Lumpur

2.10ptg- 3.15ptg
Tiba di KLIA2
3.15ptg-3.30ptg
Solat Jamak
3.30ptg-4.00ptg
4.00 ptg-8.00mlm

Perjalanan dari Kuala lumpur ke Batu


Pahat

Lampiran 2
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN BINDU 2016
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi
Naib Pengerusi
Penyelaras
Setiausaha
Naib Setiausaha
Bendahari

: Encik Ismail bin basar


: Puan Nurul Awatif binti Morazoki
: Puan Asmahani binti Ibrahim
: Noriana binti Othman
: Puan Nur Izzati binti Jamil
: Encik Azman bin Roslan

JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras Pelaksana
Penyelaras Pengangkutan
Penyelaras Penginapan
Penyelaras Makanan
Penyelaras Publisiti & Dokumentasi
Penyelaras Pengurusan Murid

: Encik Abu Bakar bin Mohd. Noor


: Encik Hazrat Abu Yazit bin Mansor
: Encik Muhammad Asraf bin Kamaruddin
: Puan Asmahani binti Ibrahim
: Puan Kamariah binti Mohd. Zain
: Cik Elyza binti Isa

LAWATAN SAMBIL BELAJAR- PULAU LANGKAWI

SEKOLAH KEBANGSAAN BINDU, BATU PAHATJOHOR


KERTAS KERJA
TAJUK: PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR TAHUN ENAM
TARIKH
: 25 HINGGA 27 OKTOBER 2016
TEMPAT
: PULAU LANGKAWI, KEDAH

PERKARA
Disediakan Oleh:
Cik Noriana binti Othman,
Setiausaha Program Lawatan
Sambil Belajar Murid Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Bindu,
Batu Pahat Johor.
Disemak Oleh :
Puan Asmahani bt Ibrahim,
Penyelaras Program Lawatan
Sambil Belajar Murid Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Bindu,
Batu Pahat Johor.
Disahkan Oleh :
Puan Nurul Awatif Bt Morzuki,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Sekolah Kebangsaan Bindu,
Batu pahat, Johor.

TANDATANGAN / ULASAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR- PULAU LANGKAWI

Diluluskan / Tidak Diluluskan Oleh :


Encik Ismail bin Haji Basar,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bindu,
Batu Pahat, Johor.

Potrebbero piacerti anche